Monday, June 6, 2016

Peranan Kaunselor dalam Kaunseling Pasangan

Saya amat tertarik dengan satu page di Facebook yang mempunyai populariti yang tinggi dan setiap hari post mereka akan di update oleh admin. Bertambah menarik lagi, post mereka dihantar oleh pembaca page tersebut. Setiap post yang di- update banyak mendapat perhatian netizen, kerana ada dalam kalangan mereka yang boleh relate dengan post tersebut.

Satu artikel yang ditulis oleh Robert Jackman, (Kaunselor yang bekerja dengan pasangan dan orang dewasa) yang bertajuk Couple Counselling di blog ACA (American Counselling Association), memberikan satu perspektif yang baru bagi saya yang masih bertatih dalam dunia Kaunseling ini.
Satu perkara yang dikatakan beliau dalam artikel tersebut adalah “Pasangan selalu menangguh dalam mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga mereka”
Survey juga mengatakan bahawa kebanyakan pasangan yang datang jumpa kaunselor sekurang-kurangnya telah menghadapi masalah selama 6 tahun sebelum berjumpa kaunselor.







Sumber: Facebook: Kisah Rumah Tangga
Si pengaku mengatakan bahawa dia sudah pendam lama masalah yang beliau hadapi, ini selari dengan kata-kata Robert Jackman bahawa pasangan selalu bertangguh dalam menyelesaikan masalah mereka.

Memendam bukanlah jalan penyelesaian kerana perkara yang disimpan dan dikumpul akhir sekali akan menyebabkan masalah yang lebih besar. Di sini sebenarnya, peranan seorang kaunselor boleh digunakan. Masih ramai lagi pasangan tidak menggunakan khidmat kaunseling untuk menyelesaikan masalah mereka, bahkan majoriti mereka memilih medium seperti media massa untuk menyalurkan perasaan negatif mereka.

Sumber: Facebook: Kisah Rumah Tangga

Media massa juga menjadi tempat netizen bertanyakan nasihat. Ini disebabkan dengan adanya media massa ia lebih senang dan cepat untuk dilayari daripada pergi ke tempat yang menyediakan nasihat pakar dan patah lagi mengenakan caj bayaran. Jika ini berterusan maka profesion dalam bidang konsultan akan kurang mendapat perhatian.

Dalam hal ini, sebagai kaunselor kita mempunyai dua pilihan. Sama ada untuk memanfaatkan media masa untuk mempromosikan bidang kita ataupun kekal dengan cara yang lama. Lagi-lagi dalam hal rumah tangga, adakah kita mahu terus biarkan masyarakat berkongsi masalah rumah tangga mereka di media sosial dan tidak mendapatkan nasihat ataupun intervensi yang disarankan oleh pakar dan hanya daripada netizen yang kadang kala tidak mendatangkan manfaat kepada pasangan dan nasihat yang diberikan lebih general dan tidak sesuai dengan keadaan si pengaku.

Mungkin ada pasangan yang malu ataupun tidak nampak peranan kaunseling dalam membantu permasalahan mereka. Kaunselor seharusnya memainkan peranan dalam menjernihkan imej kaunseling di mana, bukan saja orang yang bermasalah boleh berjumpa dengan kaunselor malah orang yang ingin menjadikan diri mereka orang yang lebih baik juga boleh berjumpa dengan kaunselor.


Akhir sekali, adakah kita sebagai kaunselor sudah melakukan yang terbaik untuk profesion kita? Muhasabah dan selamat berjuang!

Nur Syakila Aileen bt Ahmad Madani 48397

Rujukan:

Friday, June 3, 2016

"Letter Writing - Aku mungkin hanya sekeping kertas kosong"

Mendapat idea daripada blog berkenaan Letter writing, kini saya cuba untuk menceritakan berkenaan dengan tajuk ini. Letter writing atau saya namakan sebagai "aku mungkin hanya sekeping kertas kosong" memberi makna yang sangat mendalam bagi diri saya. Lumrah manusia, adakalanya sedih, marah, kecewa, gembira mahupun perasaan sakit hati itu tidak dapat terluah melalui kata-kata dan perbuatan. Setiap kali meluahkan sesuatu rasa yang terpendam pada seseorang, hasilnya acap kali mengecewakan. Kenapa? Kerana adakalanya apa yang cuba kita pertahankan itu adalah salah di mata orang lain. Perasaan kita mungkin kekadang diletakkan ditepi oleh orang yang kita kenali. Disebabkan itu, ramai orang memilih untuk mendiamkan diri dan hanya memendamkan hasrat di hati tanpa ingin menyuarakannya. Pernah tak mengalami semua ini? Berbicara tapi tak di dengar, meluah tapi tidak diterima. Sakit, betul tak?
 
 Oleh sebab itu, saya sangat suka akan kaedah "letter writing" yang bagi saya merupakan cara yang hebat dan agak membantu dalam proses meluahkan perasaan dalam hati. Ada suatu ketika di mana apa yang hendak kita luahkan mungkin tidak diterima oleh orang lain namun dengan menggunakan kaedah ini, saya yakin perasaan itu dapat disalurkan dan diluahkan dengan baik tanpa menyakiti diri atau hati orang lain.

Letter writing ini merupakan satu cara menulis apa yang sebenarnya kita ingin luahkan namun terpendam selama ini di atas satu kertas kosong. Tuliskan segala apa yang terpendam di dalam hati di atas kertas tersebut. Luahkan isi hati yang ingin ditujukan pada orang yang kita rasa tidak mampu untuk mendengar apa yang ingin kita perkatakan buat mereka. Dan selepas menulis segalanya, kita boleh membaca semula hasil nukilan kita namun kemudian perlu mengoyakkan surat tersebut dan buang. Ini bermakna kaedah ini cuma ingin membantu menjernihkan keadaan dan menenangkan emosi seseorang dan bukan sebagai diari atau jurnal harian.

Kaedah ini juga bukan bermaksud untuk memperbaiki masalah yang ditulis atau diluahkan tapi ianya lebih kepada membantu seseorang memahami situasi yang menyakitkan itu dengan lebih rasional dan faham perasaan sebenar terhadap situasi itu. Dengan memahami dengan jelas dan menjadi lebih rasional terhadap perkara yang berlaku, kita akan mampu menenangkan diri kita. Self-talk penting selepas melakukan perkara ini. Kita perlu belajar untuk memahami sesuatu dengan lebih rasional dan baik.

Walaupun letter writing ini mungkin hanya menggunakan sekeping kertas, namun kesannya mungkin amat mendalam bagi seseorang yang gemar memendamkan perasaan. Luahkan segala yang terpendam dalam kertas tersebut. Selepas itu, tenangkan diri, rasionalkan minda dan koyakkan kertas yang mengandungi perasaan negatif itu dan biarkan kesedihan dan kesakitan yang di alami sebelum ini berlalu bersama cebisan kertas itu.

Secara kesimpulannya, pada pandangan saya, kaedah ini mungkin boleh membantu seseorang meluahkan kesakitan dan kesedihan yang dialami. Walaupun "Aku" hanya sekeping kertas kosong, namun aku berharap kehadiran aku ini mampu menenangkan dan meredakan sikit kesakitan yang kalian alami. Selamat mencuba.


"Letter Writing - Aku mungkin hanya sekeping kertas"
Rohani Yacob (48805)