Saya amat
tertarik dengan satu page di Facebook yang mempunyai populariti yang tinggi dan
setiap hari post mereka akan di update oleh admin. Bertambah menarik
lagi, post mereka dihantar oleh pembaca page tersebut. Setiap post yang di- update banyak mendapat perhatian netizen, kerana ada dalam kalangan
mereka yang boleh relate dengan post
tersebut.
Satu artikel
yang ditulis oleh Robert Jackman, (Kaunselor yang bekerja dengan pasangan dan
orang dewasa) yang bertajuk Couple Counselling di blog ACA (American
Counselling Association), memberikan satu perspektif yang baru bagi saya yang
masih bertatih dalam dunia Kaunseling ini.
Satu perkara
yang dikatakan beliau dalam artikel tersebut adalah “Pasangan selalu menangguh
dalam mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga mereka”
Survey
juga mengatakan bahawa kebanyakan pasangan yang datang jumpa kaunselor
sekurang-kurangnya telah menghadapi masalah selama 6 tahun sebelum berjumpa
kaunselor.
Sumber:
Facebook: Kisah Rumah Tangga
Si pengaku mengatakan bahawa dia sudah
pendam lama masalah yang beliau hadapi, ini selari dengan kata-kata Robert
Jackman bahawa pasangan selalu bertangguh dalam menyelesaikan masalah mereka.
Memendam
bukanlah jalan penyelesaian kerana perkara yang disimpan dan dikumpul akhir
sekali akan menyebabkan masalah yang lebih besar. Di sini sebenarnya, peranan
seorang kaunselor boleh digunakan. Masih ramai lagi pasangan tidak menggunakan
khidmat kaunseling untuk menyelesaikan masalah mereka, bahkan majoriti mereka
memilih medium seperti media massa untuk menyalurkan perasaan negatif mereka.
Sumber:
Facebook: Kisah Rumah Tangga
Media massa juga
menjadi tempat netizen bertanyakan nasihat. Ini disebabkan dengan adanya media
massa ia lebih senang dan cepat untuk dilayari daripada pergi ke tempat yang
menyediakan nasihat pakar dan patah lagi mengenakan caj bayaran. Jika ini
berterusan maka profesion dalam bidang konsultan akan kurang mendapat
perhatian.
Dalam hal ini,
sebagai kaunselor kita mempunyai dua pilihan. Sama ada untuk memanfaatkan media
masa untuk mempromosikan bidang kita ataupun kekal dengan cara yang lama.
Lagi-lagi dalam hal rumah tangga, adakah kita mahu terus biarkan masyarakat
berkongsi masalah rumah tangga mereka di media sosial dan tidak mendapatkan
nasihat ataupun intervensi yang disarankan oleh pakar dan hanya daripada
netizen yang kadang kala tidak mendatangkan manfaat kepada pasangan dan nasihat
yang diberikan lebih general dan
tidak sesuai dengan keadaan si pengaku.
Mungkin ada
pasangan yang malu ataupun tidak nampak peranan kaunseling dalam membantu
permasalahan mereka. Kaunselor seharusnya memainkan peranan dalam menjernihkan
imej kaunseling di mana, bukan saja orang yang bermasalah boleh berjumpa dengan
kaunselor malah orang yang ingin menjadikan diri mereka orang yang lebih baik
juga boleh berjumpa dengan kaunselor.
Akhir sekali,
adakah kita sebagai kaunselor sudah melakukan yang terbaik untuk profesion
kita? Muhasabah dan selamat berjuang!
Nur Syakila Aileen bt Ahmad Madani 48397
Rujukan:
Tahniah Shake kupasan yg menarik, penulisan Robert Jackman sudah tentu memberi inspirasi untuk menggalakkan pasangan mendpt bantuan sebelum terlewat.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteShake letakkan link blog ACA tersebut dlm ruangan komen ini ye.
ReplyDelete