Semasa sesi kaunseling yang sedang
dijalankan terdapat beberapa halangan yang dapat menganggu kelancaran proses
kaunseling dan halangan yang paling utama ialah komunikasi yang tidak berkesan
antara klien dan kaunselor.
Hal – hal ini berlaku apabila wujud
ciri – ciri kaunselor yang bersifat memerintah atau mengarah. Kaunselor yang
bersifat memerintah menunjukkan ciri – ciri paksaan terhadap klien untuk
menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor perlu sabar dan mendengar cerita klien
dengan teliti dan apabila kaunselor mula menunjukkan reaksi memerintah, klien
akan mula berasa takut dan tidak bersedia untuk memulakan sesi kaunseling.
Halangan dalam kaunseling juga
berlaku apabila kaunselor bersikap untuk mendengar secara memilih. Hal ini
bermaksud, kaunselor hanya berminat pada cerita – cerita klien yang menarik
tetapi tidak pada cerita tentang diri klien. Hal ini boleh menyebabkan klien
berasa bahawa klien tidak menumpukan tumpuan kepada penceritaannya. Klien juga
beranggapan bahawa kaunselor tidak berminat untuk membantunya tetapi hanya
berminat untuk mendengar cerita – cerita yang menarik sahaja. Oleh itu, hal ini
menyebabkan kaunselor tidak dapat mengetahui punca sebenar permasalahan klien
Ketiga ialah kaunselor kerap
mencelah. Hal ini bermaksud kaunselor kerap mencelah percakapan klien semasa
klien sedang bercerita. Hal ini boleh menyebabkan perkara yang dikongsi oleh
klien menjadi tidak lancar dan hal ini boleh menyebabkan klien tidak mendapat
kepuasan untuk bercerita dan sesi yang dijalankan tidak dapat berjalan dengan
lancar. Selain itu, klien juga akan merasa kecewa dan marah kerana kaunselor
tidak menghormatinya.
Seterusnya ialah masalah dimana
kaunselor gemar membuat penghakiman awal yang mana kaunselor akan menyalahkan
klien sekiranya klien melakukan kesalahan. Hal ini boleh menyebabkan klien
berasa dirinya dipersalahkan dan boleh menyebabkan proses kaunseling menjadi
tergantung kerana klien bertindak mendiamkan diri dan tidak meneruskan
perkongsian. Selain itu sekiranya kaunselor banyak memberi nasihat juga boleh
menyebabkan klien berasa terikat dan tidak dapat menyelesaikan masalahnya.
Halangan – halangan yang telah dinyatakan diatas boleh
menyebabkan proses kaunseling yang dijalankan menjadi tidak lancar. Dan hal itu juga boleh menyebabkan matlamat
kaunseling tidak dapat dicapai.
Oleh : AIMAN