Friday, April 11, 2014

KEHILANGAN

sumber : youtube

Apa itu kehilangan? Kehilangan bagi saya adalah satu perasaan yang wujud apabila kita memiliki sesuatu atau seseorang yang amat kita sayang tetapi ianya tiba-tiba hilang begitu sahaja. Kehilangan akan dirasai oleh semua orang tiada yang terkecuali. Ketakutan dalam kehilangan bukanlah untuk kita nikmati tetapi untuk dihadapi. Jika kita rasa takut, maka makin sukarlah kita untuk menghadapi dan menerima kenyataan itu. Sebagai contoh, saya ambil tentang pesawat MH 370 yang kini hangat diperkatakan yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Isu ini telah membuatkan ianya lebih hangat dari biasa. Perkara ini telah diketahui umum dan saya tertarik dengan kata-kata anak saudara kawan saya yang mengatakan "dari satu Malaysia menjadi satu dunia". Memang sangat betul sebabnya negara-negara lain juga telah terlibat dalam membantu Malaysia mencari pesawat tersebut. Oh maaf panjang pulak mukadimahnya...huhuhuhu. So, apa yang saya nak kaitkan disini ialah tentang kehilangan penumpang dan krew kapal itu. Masyarakat merasai kesedihan pada kehilangan misteri itu walaupun mereka bukanlah ahli keluarga tetapi sifat empati wujud dalam diri masing-masing. Jadi, saya rasa isu ini boleh kita bawa dalam sesi kelompok sebagai isu semasa dimana kita boleh minta ahli kelompok refleks pada diri sendiri tentang apa yang TERSIRAT disebalik perkara tersebut. Bagi saya, saya akan kaitkan tentang menghargai orang yang berada dekat dan rapat disekeliling kita. Adakah mereka menghargai orang disekelilingnya? Adakah mereka menghargai orang yang telah banyak berkorban dan membantu mereka? Kadang-kadang manusia terlalu alpa dan lupa tentang perkara tersebut. Bukanlah diminta untuk dihargai sehingga disanjung menggunung tetapi biarlah kita sekadar sedar dan tidak lupa diri kerana dalam hidup ini kita bukan hidup berseorangan. Mungkin ia juga membuatkan ahli kelompok terfikir dan tersedar tentang perkara tersebut. 

Kehilangan akan mmbuatkan individu akan imbas kembali bermacam perkara sebagai contoh mereka akan mengingat kembali perkara-perkara yang disukai dan bila kita merasai kehilangan biasanya kita akan mengingati kata-kata terakhir yang di ungkapkan.Selain itu, kita juga boleh kaitkan tentang diri dan hidup kita ini. Dimana kadang-kala kita merasakan kita kehilangan sesuatu dari dalam diri kita, sekaligus ini merangkumi pemikiran dan kehidupan kita sendiri.Ada dua bentuk gambaran yang dapat kita lihat iaitu gambaran luar dan gambaran dasar tetapi kita lebih melihat kepada gambaran luar diri kita. Dari segi dalam jiwa kita mengatakan suatu kehilangan itu sangat telus dan dari kata-kata ia mengatakan kehilangan itu sangat dominan dalam hidup kita. Kehilangan ini sebenarnya dikuasai oleh pemikiran kita sendiri samada kita mahu mempercayai kehilangan secara keseluruhan atau kita akan memikirkan kehilangan tersebut dari aspek positif. 

Kehilangan sangat sukar untuk diperkatakan dan mungkin juga ia menyakitkan dan mungkin dapat kita selami perasaan yang tersimpan sangat dalam tersebut. Jadi mungkin isu ini akan membantu peserta dan kaunselor pelatih dalam membuatkan para peserta mahu bercerita dan bercakap. Ini hanyalah pendapat saya. Akhir kata jagalah dan hargailah orang tersayang, tidak gunalah kiranya kita menyesal dan tangisi kehilangannya dan kalau ada barang yang kita sayang pun jagalah dengan elok. Walaupun barang tersebut barang yang dah lama, tapi  mungkin ia ada sentimental value tersendiri. terima kasih kerana sudi membaca. 



by SITI NOOR FATIN





No comments:

Post a Comment