Assalamualaikum & salam sejahtera buat pembaca sekalian..
Macam mana hari ini,sihat?Alhamdulillah
Maka,tiba gilran saya untuk post entry di sini...
|
sumber: Google image
Entry kali ini akan bercerita mengenai budaya membaca.Pada masa sekarang jarang kita dapat lihat para remaja menghabiskan masa lapang mereka dengan membaca.Bagi mereka,membaca merupakan hobi untuk pelajar yang skema atau nerd. Bagi saya melalui pembacaan saya akan dapat menambah ilmu pengetahuan. Contoh, saya suka membaca novel,melalui pembacaan saya, saya akan dapat mengetahui sesuatu tempat dengan hanya membaca. Saya mengambil contoh dalam novel Aina Emir Sesuci Cinta dimana dalam novel tersebut,beliau memasukkan tempat - tempat yang menarik disekitar Eropah. Walaupun saya hanya membaca novel tersebut tetapi saya seolah - olah telah pun melancong ke tempat tersebut dengan hanya membaca sahaja,saya ulang dengan hanya membaca ye kawan- kawan..Nampak tak,dengan membaca kita dapat megetahui ilmu,tempat,cara mengatasi masalah / isu dan lain-lain...
Apa pula kaitannya dengan profession kaunselor? Profession kaunselor bagi saya memerlukan kita untuk membaca kerana melalui pembacaan kita akan dapat merasai pengalaman - pengalaman yang tidak pernah kita lalui. Membaca ini bukan sahaja berkait dengan buku,tetapi juga artikel - artikel, journal, majalah, dan hasil tulisan blog dan lain -lain. Zaman sekarang adalah zaman IT,kita dengan mudahnya akan dapat mengakses Internet untuk membaca dengan menggunakan telefon pintar yang kita ada ..Rugi rakan-rakan jika kita tidak memanfaatkan apa yang kita ada ke arah kebaikan. Kaunselor yang baik akan menyediakan diri mereka dengan ilmu yang sentiasa dikemas kini. Macam mana nak kemas kini, dengan membaca.
Pada 28. 4 nanti UNIMAS akan mengadakan 10 minit untuk membaca bagi menyokong kempen seperti tertera di gambar. hehehehe, Gambar tulis 22.4 sebab tarikh kempen dijalankan. Kempen ini bertujuan menyemarakkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia dengan memberhentikan segala kerja selama 10 minit untuk membaca.
Akhir kata, sedikit bingkisan mutiara kata yang saya ambil dari blog seseorang:
|
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa
terima kasih sudi baca
ditulis oleh : Nor Syahira bt Hasnan
No comments:
Post a Comment