Wednesday, April 30, 2014

HALANGAN DALAM SESI KAUNSELING

            Semasa sesi kaunseling yang sedang dijalankan terdapat beberapa halangan yang dapat menganggu kelancaran proses kaunseling dan halangan yang paling utama ialah komunikasi yang tidak berkesan antara klien dan kaunselor.
            Hal – hal ini berlaku apabila wujud ciri – ciri kaunselor yang bersifat memerintah atau mengarah. Kaunselor yang bersifat memerintah menunjukkan ciri – ciri paksaan terhadap klien untuk menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor perlu sabar dan mendengar cerita klien dengan teliti dan apabila kaunselor mula menunjukkan reaksi memerintah, klien akan mula berasa takut dan tidak bersedia untuk memulakan sesi kaunseling.
            Halangan dalam kaunseling juga berlaku apabila kaunselor bersikap untuk mendengar secara memilih. Hal ini bermaksud, kaunselor hanya berminat pada cerita – cerita klien yang menarik tetapi tidak pada cerita tentang diri klien. Hal ini boleh menyebabkan klien berasa bahawa klien tidak menumpukan tumpuan kepada penceritaannya. Klien juga beranggapan bahawa kaunselor tidak berminat untuk membantunya tetapi hanya berminat untuk mendengar cerita – cerita yang menarik sahaja. Oleh itu, hal ini menyebabkan kaunselor tidak dapat mengetahui punca sebenar permasalahan klien
            Ketiga ialah kaunselor kerap mencelah. Hal ini bermaksud kaunselor kerap mencelah percakapan klien semasa klien sedang bercerita. Hal ini boleh menyebabkan perkara yang dikongsi oleh klien menjadi tidak lancar dan hal ini boleh menyebabkan klien tidak mendapat kepuasan untuk bercerita dan sesi yang dijalankan tidak dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, klien juga akan merasa kecewa dan marah kerana kaunselor tidak menghormatinya.
            Seterusnya ialah masalah dimana kaunselor gemar membuat penghakiman awal yang mana kaunselor akan menyalahkan klien sekiranya klien melakukan kesalahan. Hal ini boleh menyebabkan klien berasa dirinya dipersalahkan dan boleh menyebabkan proses kaunseling menjadi tergantung kerana klien bertindak mendiamkan diri dan tidak meneruskan perkongsian. Selain itu sekiranya kaunselor banyak memberi nasihat juga boleh menyebabkan klien berasa terikat dan tidak dapat menyelesaikan masalahnya.
            Halangan – halangan yang telah dinyatakan diatas boleh menyebabkan proses kaunseling yang dijalankan menjadi tidak lancar. Dan hal  itu juga boleh menyebabkan matlamat kaunseling tidak dapat dicapai.

Oleh : AIMAN

No comments:

Post a Comment