Monday, May 9, 2016

Be Happy !

    Salam Sejahtera,

              Sebagai seorang bakal kaunselor di masa hadapan banyak benda yang perlu kita belajar untuk menjadi seorang kaunselor yang professional namun menjadi seorang kaunselor tetapi diri sendiri tidak gembira dan ceria akan menganggu rutin kita sebagai kaunselor yang professional pada masa akan dating. Jangan tunggu sehingga bekerja dahulu baru buat, tapi bermulalah sekarang semasa menjadi seorang pelajar. Sujujurnya, kami sebagai pelajar kaunseling juga mempunyai banyak tekanan malah bukan pelajar kaunseling sahaja tetapi siapa yang bergelar sebagai pelajar memang akan mengalami tekanan dan akan mengganggu keceriaan diri setiap hari. Jadi disini saya akan kongsikan beberapa tips untuk menjadi seorang yang ceria dan gembira selalu disamping banyak tugasan yang perlu dilakukan.
 Sumber : google
Tips # 1 : Jangan Menyimpan Benci Dalam Diri
Setiap manusia tidak dinafikan akan ada perasaan benci terhadap sesuatu perkara tidak kiralah sama ada dengan kawan - kawan, diri sendiri, keluarga atau yang lain. Tahukah anda, perasaan benci yang kita simpan akan memudaratkan kegembiraan kita seharian dan akan menyebabkan kita tidak menjadi ceria. Apabila kita menyimpan perasaan benci maka ia akan merosakkan niat keikhlasan kamu untuk melakukan sesuatu benda. Bila kita tidak ikhlas melakukan sesuatu benda tersebut seperti tugasan maka markah yang kita dapat akan membuat kita tidak berpuas hati. Betul kan? :-) Jadi sebagai seorang manusia janganlah kita menyimpan perasaan benci. " Benci itu ibarat sekam yang akan membangkitkan dendam".
Sumber: Google

Tips # 2 : Sentiasa Menghadiahkan Senyuman
Senyum bukanlah perkara yang susah untuk dilakukan seharian bukan? Tidak salah kita memberikan senyuman kepada orang lain TETAPI senyum itu kenalah bertempat kan. Senyuman bermaksud kita mempunyai jiwa yang damai dan niat yang baik serta ikhlas untuk melakukan sesuatu. Senyuman juga mungkin bermaksud keyakinan diri bagi sesetengah orang. Cuba anda bayangkan jika hari-harimu tidak menyedekahkan senyuman pasti ia menambah tekanan bukan? Kita senyum terhadap orang bukanlah bermaksud kita suka padanya tapi ia juga salah satu cara kita bagaimana untuk memulakan persahabatan antara kita.
 Sumber : Google

Tips # 3 : Sentiasa Memaafkan
Kita sebagai manusia dan juga pelajar tidak akan lari dari pelbagai masalah namun adakah kamu akan mengekalkan sikap dendam tersebut dalam diri anda? Bukan senang bagi sesetengah manusia bagi memaafkan tetapi yakinlah memaafkan bukanlah benda yang buruk sebaliknya ia akan menjadi permulaan jalinan persahabata atau perhubungan sesama manusia. Jika kita tidak memaafkan setiap kesalahan bagaimana kita akan menjadi seorang yang ceria dan gembira disamping mempunyai perasaan dendam dalam diri. Ia akan merumitkan keadaan bukan? Mungkin orang yang kita maafkan itu akan menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Ini bermaksud kita juga membantu individu untuk berubah kearaha yang lebih positif secara tidak langsung.

 Sumber: google

Tips # 4 : Terima Keadaan Diri Kita Seadanya
Tidak dinafikan sesetengah individu mempunyai perasaan iri hati terhadap orang lain dan menganggap kekurangan itu dilihat tidak baik dimata orang lain. Sebenarnya apa yang kita ada dan bagaimana kita sekarang itu adalah anugerah Tuhan jadi kenapa kita perlu menjadi orang lain untuk menjadi seorang yang sempurna? Kita tidak akan merasa bahagia atau ceria jika diri  kita sendiri kita tidak dapat terima bukan? Jadi terimalah keadaan kita seadanya dan perbaiki kekurangan yang ada pada diri sendiri dan tidak mustahil kekurangan itu menjadi semangat kita untuk menghadapi sesuatu cabaran . :-) Kebahagian dan kecerian tidak semestinya kita dapat dari orang lain namun kita boleh dapatkannya dalam diri sendiri.
Sumber : google


Tips # 5 : Jaga Kesihatan
Semua manusia akan menjadi tidak ceria dan tidak gembira ketika sakit bukan? Kesihatan adalah bahagian yang paling penting dalam hidup kita, dan bagaimana untuk kita jaga kesihatan adalah antaranya jangan sesekali tinggalkan masa makan anda! Sesibuk apapun kita makan merupakan keperluan tubuh badan kita, jika kita tidak makan tenaga kita juga akan berkurangan. Jadi bila tenaga berkurangan mood untuk senyum dan melakukan kerja juga akan berkurangan menyebabkan kita kelihatan lemah dan lesu. Disini, keceriaan kita tidak lagi teserlah. Jadi, menjadi seorang yang ceria  dan bahagia bukanlah sesuatu perkara yang susah.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada setiap orang yang membaca.

Link Blog : http://www.inc.com/minda-zetlin/11-simple-ways-to-make-yourself-happy-every-day.html
http://www.osmanaffan.com/3-sumber-keyakinan-diri-2/
http://www.healthmoneysuccess.com/994/50-ways-to-make-yourself-happy/


Posted by : Zeniefor Ereska Michael (49526)







1 comment:

  1. Zen, topik yg menarik tapi seharusnya penulisan ini perlu dikaitkan dgn Blog ACA

    ReplyDelete