Wednesday, May 11, 2016

sparx vs depression

Salam sejahtera kepada pensyarah tersayang, Puan Salmah dan rakan-rakan seperjuangan sekalian, topik yang akan saya bawa ialah,

SPARX VS DEPRESSION

                                      

Sumber: Google
                       

Seperti yang kita sedia maklum, permainan computer selalu dianggap sebagai faktor yang membuatkan remaja tidak aktif dan suka mengasingkan diri. Namun kini permainan ini dalam satu program inovatif di New Zealand, digunakan sebagai salah satu kaedah untuk merawat kemurungan di dalam kalangan remaja.



                                   
Sumber: Google


Berbanding dengan permainan lain, permainan video Sparx cuba mengajar pemainnya cara untuk menanangi kemurungan menggunakan pendekatan CBT. Namun begitu, aspek penting dalam setiap permainan iaitu elemen keseronokkan tetap diberi keutamaan. Ini dapat membantu mereka yang berat hati untuk mendapatkan bantuan khidmat kaunseling.

Hasil daripada permainan yang mempunyai peranan fantasi itu dimana remaja bertindak sebagai pahlawan avatar dan perlu membedil pemikiran negatif dengan bola api, pada masa sama cuba untuk menyelamatkan bumi daripada tenggelam dalam rasa pesimis dan putus asa.

Ketua projek, Sally Merry, psikiatri kanak-kanak dan remaja di Universiti Auckland, berkata pendekatan yang lari daripada konsep konvensional itu terbukti lebih popular di kalangan remaja kerana ia membolehkan golongan muda ini melahirkan masalah mereka secara rahsia mengikut kelapangan masing-masing.



“Anda boleh mengendalikan masalah kesihatan mental dalam cara yang lebih ringan. Kaedah rawatan tidak semestinya perlu terlalu serius sehingga membuatkan orang tertekan. Kami cuba mencari kaedah terapi yang menyeronokkan”


“Masalah kemurungan di kalangan golongan muda adalah masalah antarabangsa, ia sering berlaku tetapi paling kurang diberikan rawatan”
         


“Memang biasa apabila remaja berasa tidak bersemangat, tetapi tidak sedar apa yang berlaku pada mereka. Mereka cuma tahu ada perasaan ‘lantaklah’ dan menerimanya sebagai sesuatu yang mereka perlu hadapi dan bertahan. Sparx dan CBT menunjukkan kepada remaja ini bahawa mereka tidak sepatutnya menerima saja perasaan seperti itu”

                                                                                                                           - SALLY MERRY-  






Merry berkata, dia benar-benar mahu menjadikan rawatan untuk kemurungan lebih mudah diperolehi. 75 hingga 80 peratus remaja yang mengalami kemurungan tidak mendapatkan bantuan langsung, menyebabkan masalah itu boleh berlarutan dan mempengaruhi pelbagai aspek termasuk kemerosotan pelajaran, pengasingan sosial dan penampilan yang negatif. 


Permainan yang ditawarkan dalam program ini mempunyai tujuh peringkat dan setiap peringkat berlangsung selama 35 hingga 40 minit, tempoh yang sama dengan satu sesi kaunseling. Ia disasarkan untuk remaja berusia 13 hingga 17 tahun iaitu peringkat umur bermulanya kemurungan remaja.


posted by: Radiana Elya bt Abdul Rahman (48747)



1 comment:

  1. ok Rad, topik yg menarik, ada kaitkan dr Blog ACA yg dirujuk tak?

    ReplyDelete