Friday, May 2, 2014

BANGGAKAH KITA???

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
bakal kaunselor dan para pembaca...

Saya mulakan entry saya dengan pengalaman saya..


Pernah satu ketika apabila Encik Razali a.k.a bapak bertanya kepada semua pelajar kaunseling antara pekerjaan doktor dan kaunselor mana yang lebih hebat. Rata-rata pelajar ada yang memilih kaunselor dan ada juga yang memilih doktor. Namun apa yang bapak katakan adalah pekerjaan akan menjadi hebat apabila anda memikirkannya hebat. Adakah kita memikirkan perkara yang sama wahai kaunselor to be semua..

Pernahkah kita terfikir kita menjadi apa yang anda sekarang..pasti semua bakal kaunselor pernah melontarkan keluhan "ingat senang jadi kaunselor"..hehe..saya pun pernah mengalami situasi yang sama..selalu dekat sekolah tengok kaunselor duduk dalam bilik je..macam senang je..tetapi bila sudah masuk dalam bidang kaunseling..haaa barulah sedar bukan mudah sebenarnya dan saya pasti banyak cabaran dan dugaan menjadi kaunselor pelatih..yess!!!kita special!!!kerana apa???kerana kita dilatih dari awal untuk menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan..walaupun terdapat sesetengah orang akan mengaitkan kaunseling dengan sekolah tetapi itulah sebenarnya peranan kita sebagai kaunselor pelatih untuk mengembangkan skop pekerjaan kaunselor. Tonjolkan kemampuan kita wahai kaunselor to be!!!!tiba-tiba bersemangat pulak kan..hehe..

Mulakan dengan diri kita..jika kita ingin dikenali oleh orang lain sebagai kaunselor yang kita inginkan,binalah identiti kita..adakah kita ingin dikenali hanya kerana nama kaunselor atau kerana sumbangan kita kepada yang memerlukan..fikirkan lah..masih banyak yang perlu kita pelajari..saya juga mempunyai rakan yang mengambil bidang yang sama..apa yang dia pesan kepada saya, belajarlah sebanyak mana yang boleh selagi belum masuk ke alam pekerjaan..kerana alam pekerjaan sangat lah mencabar..tetapi saya percaya proses pembelajaran yang disediakan oleh jabatan kaunseling sangat membantu pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan. tidak dinafikan kursus yang ditawarkan oleh jabatan kaunseling amat diminati oleh pelajar program lain..kerana apa??kerana ianya dapat membantu pelajar dalam mengenal identiti diri..tidakkah itu sudah terlalu cukup untuk kita mengucapkan alahamdulillah..syukur dengan apa yang kita ada..bukan sahaja dapat membantu orang disekeliling tetapi yang lebih penting dapat membantu diri kita kaunselor to be memiliki aura positif dalam diri..cewahh..macam senang je kan..tetapi tidak mustahil juga kan..it is learning proses..=)

Saya akhiri entry saya dengan kata-kata semangat bagi kaunselor to be...


sumber : google image


  • wish u all have a nice day
  • enjoy read my entry

by: Norhayani Hassan

1 comment:

  1. hi saya salah seorang kaunselor di sekolah.hahaha normal sgt normal bila org kata kaunselor duduk dalam bilik sahaja sebab bukan dia (sesiapa shj yg bg pandangan begitu) jadi PA kita. tapi bak kata org tak masuk dalam kasut org tu mmg lah boleh shj bercakap seperti itu.
    hakikatnya kaunselor di sekolah adalah pusat penyelesai segala jenis masalah.aikkk ye ke? (saya tak perlu ceritakan ttg kertas kerja, jumpa ibu bapa pelajar, sesi kaunseling individu& kelompok, buat program, kursus, seminar, bengkel, buat program dan kerja2 semasa hatta jadi guru tingkatan fuhhh penat tu weiii belum masuk key in data lagi.bab data2 ni jgn sebutlah...mmg mainan guru) hahahaha berbalik pada persoalan PUSAT PENYELESAI MASALAH...
    jeng4...apa tu?
    cthnya. zip baju rosak...cikgu kaunseling ada pin tak?
    datang bulan (haid)...cikgu kaunseling ada stok pad tak di unit kaunseling?
    pelajar pengsan....cikgu kita bagi budak ni duduk bilik kaunseling ek sebab bilik uoll ada aircond
    pelajar buat kes disiplin parah cthnya bergaduh bawa geng then sementara tunggu parent sampai...cikgu kita rehatkan pelajar duduk sini ya nanti kasi lepas ke kelas kang bergaduh lagi.(baby sit ini budak kerja ku membebel dlm hati )
    pelajar tak reti nyanyi betul2 lagu negara ku...cikgu kaunseling kena bg latihan intensif kelas nyanyian

    owhhh sungguh banyak lagi list...

    jadi MORAL OF THE STORY

    time belajar kaunseling 4 tahun ini jgn MENGELUH jika tugasan tak masuk AKAL (ye ke?ada ke?ada saya dengar anda membebel tu) sebab bila bekerja nanti bos bagi kerja yang lagi MAHA TAK MASUK AKAL SEPERTI YANG SAYA TULIS DI ATAS.

    sekian selamat berguru bidang KAUNSELING yang HEBAT :-)

    ReplyDelete