Monday, March 30, 2015

Intervention for Termination


Source: Google


Name              : My Wish for You

Times              : 1 hour

Materials        : 1) A wood star cut-out for each group member
                          2) Decorative supplies (paint, markers, glitter)

Objectives       : 1) Increase positive self-statements
                          2) Encourage compassion and caring for others
                          3) Experience a positive termination from family therapy

Rationale        :
Instead of conducting a big summarization, a closing activity is required for any counselling session. This is particularly important for adolescents, as they may sense abandonment when having to terminate therapy. Besides that, participants are able to express their feelings on particular person throughout this activity, and at the same time, they are able to receive positive feedback and support from other family members throughout this activity.

Steps               :
  1. The counsellor explains the process of intervention, and then provides a wood star cut-out and decorative supplies for each group members
  2. The counsellor asks each member to write or paint the words My Wish for You on the front of the star. 
  3. The counsellor asks each member to decorate the wooden star using the provided art supplies.
  4. The counsellor asks members to turn the star over, and then write a wish or hope that they have for the person who sits to their left on the back of the star.                                
  5. The counsellor asks members to pass their star to the person who sits on their left. Then, each member is required to read his or her star quietly.                                         
  6. The counsellor asks each member to read out the wish he or she gets loudly to the other family members. During the sharing, the counsellor may ask several questions, such as “Will the star be a nice reminder for you?”, “What emotions were evoked from the wish?
  7. The counsellor requests all the family members to place the star in a place where they will see it frequently after the session.

Discussion      :
This activity can be used with children, adolescents or adults and it serves as a positive reminder of the therapeutic experience. The star becomes a transitional object for the clients, as it is a positive reminder of their therapeutic experience. Additionally, the positive message (the wish) demonstrates the participant’s ability to care for others, but also provides a reminder that the participant is cared for, which gives her/him a sense of love and belonging and builds self-esteem.

Conclusion     :
In conclusion, this intervention can be used for family or group counselling, and it is important to enhance positive self-statements, develop compassion and caring among family members, provide a meaningful termination from family therapy. However, the counsellor should be aware of managing time and asking appropriate questions to reflect group members’ feelings and thought. 


This is an example that I read from the book, which the book emphasises on using creative art therapy in dealing with individual, group or even family counselling. For me, expressive art therapy is highly powerful tool to reveal oneself and deepen their understanding on themselves indirectly. In addition, it is mostly applicable for every generation as the elements of playfulness is something that everyone seeks for, no matters how old you are or how young you are. For me, the playing or drawing activities can trigger my childishness and I really enjoy it. For example, I really enjoy a session or lecture class with a lot of tools or element of creative art therapy. It is something refreshing yet exciting me like to be in the seventh heaven. 


Moreover, I strongly recommend this intervention because writing and putting the wish at somewhere we can see everyday is really helpful for me. As I have one wish with a group photo with my besties that really motivating me, especially when I am reaching the threshold level of particular things, which my level of tolerance is no longer maintained. However, their smiles and wishes that really encourage me to look forward and keep moving to strike for better achievement although a lot of challenges popping out unexpectedly. I believe that I still have a gang of friends who might be stayed far away from me but our hearts are linked and we are blessed each other everyday.     

References     :

Lowenstein, L. (2011). Favorite therapeutic activities for children, adolescents and families: Practitioners share their most effective interventions. Ontario: Champion Press.

From:
Tan Yao Xiong (Ah Bear)
44370

Thursday, March 26, 2015

Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT)



sumber: google
                                                                                               
Assalammualaikum w.b.t. dan hai semua. Adakah anda tahu mengenai LGBT yang sedang hangat dibicarakan dalam media massa pada masa kini? LGBT suatu singkatan yang menjadi tanda tanya untuk sesetengah masyarakat di negara kita. Hal ini berikutan dengan LGBT dianggap sebagai “taboo” oleh rakyat Malaysia kerana perkara ini amat sensitif dan masyarakat juga kurang terdedah dengan perkataan LGBT. Buat pengetahuan semua LGBT ialah singkatan daripada perkataan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender yang lebih senang dikenali kekeliruan gender identiti yang berkaitan dengan sexual orientations . LGBT bukan sahaja terdiri daripada maksud perkataan tersebut tetapi di Malaysia dolongan tersebut dikenali dengan pelbagai nama. Sebagai contoh Nyah, Pengkid, Tomboi, Pondan, Bapok, dan sebagainya. Nyah, Pondan, Gay dan Pondan adalah gelaran untuk lelaki yang mempunyai sexual orientations kewanitaan. Manakala untuk wanita gelaran yang diberi adalah pengkin, Tomboi dan lesbian yang mempunyai sexual orientations kelakian. Kesemua gelaran ini mempunayi maksud yang nampak serupa tapi tidak sama. Sebagai contoh maksud Nyah berbeza dengan maksud Gay. Nyah bermaksud lelaki bersifat kewanitaan, berpakaian seperti wanita, dan menyukai lelaki. Manakala Gay berbentuk badan maskulin dan sasa tetapi menyukai lelaki dan mereka tidak menunjukkan ciri – ciri kewanitaan. Begitu juga maksud gelaran yang lain.

sumber: google
Kenapa saya beria – ia untuk membicarakan tentang isu ini kerana, saya tertarik dengan topik yang boleh dikatakan menjadi perbualan hangat di Malaysia pada akhir-akhir ini. Ia berkaitan dengan salah sebuah mahkamah di Malaysia yang telah meluluskan kaum lelaki berpakaian wanita dan boleh memasuki tandas perempuan. Hal ini telah menyedarkan saya bahawa perkara sebegini bukanlah perkara yang remeh dan boleh kita pandang sebelah mata sahaja. Kerana perkara tersebut telah menjadi duri dalam daging dimana negara Malaysia dikenali dengan negara yang penuh dengan adat ketimuran dan juga dikenali sebagai negara beragama Islam walaupun di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perkara sebegini menjadi semakin serius apabila berlakunya beberapa perkahwinan yang melibatkan lelaki Melayu dan beragama Islam yang berada di luar negara dan perkara ini juga berlaku di Malaysia iaitu di Kuching, Sarawak. Hal ini telah membuktikan bahawa LGBT bukan suatu isu yang boleh dipandang enteng dan di tangani sebegitu sahaja. LGBT juga bukan perkara yang boleh kita politikkan namun ia perlu dibendung oleh semua pihak agar keruntuhan moral dapat dikurangkan. Ia bukan sahaja meruntuhkan moral pemuda dan pemudi tetapi boleh membawa kepada peningkatan kepada penyakit berjangkit terutamanya penyakit AIDS dan HIV. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak mendapat perhatian oleh sesetengah pihak kerana mereka melihat isu LGBT adalah isu yang tidak serius dan isu ini masih lagi menjadi “rahsia” dalam kalangan rakyat Malaysia.
Idea untuk membincangkan tentang isu LGBT tersebut timbul apabila saya seringkali melihat golongan tersebut yang berada di kawasan persekitaran saya. Hal ini telah menimbulkan tanda tanya dalam fikiran saya mengapakah mereka mengamalkan gaya hidup sebegitu dan apakah yang menyebabkan isu LGBT semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar universiti di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, saya perhatikan bahawa golongan tersebut terdiri daripada golongan yang berkerjaya dan juga pelajar universiti yang telah diketahui umum adalah golongan yang terpelajar dan mempunyai pengetahuan yang tinggi. Hal ini yang menyebabkan saya tertanya-tanya mengapakah mereka terlibat dalam kencah sebegitu sedangkan mereka inilah terdiri daripada golongan intelektual yang menjadi harapan negara kelak. Perkara tersebut telah menjadi sumber utama bagi saya untuk menjalankan kajian saya dengan lebih mendalam lagi terhadap golongan tersebut. Di samping itu, saya juga ingin mendengar pendapat mereka sendiri tentang LGBT. Bagaimana mereka boleh menjadi seorang LGBT? Bilakah mereka mempunyai perasaan seperti itu? Apakah mereka mementingkan perhubungan yang melibatkan persetubuhan ataupun perasaan? Terdapat juga persoalan-persoalan lain yang ingin saya ajukan kepada mereka jika saya berpeluang dan diberi kepercayaan untuk menjalankan kajian ini. Oleh hal yang demikian, saya ingin menjalankan kajian tentang isu LGBT ini dengan lebih mendalam lagi pada masa akan datang kerana perkara tersebut telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya pelajar universiti.

sumber : google
sumber : google
Sekian, terima kasih..
#jawapanyangdicari
Oleh : Hasmaliza Binti Abdul Hamid

Tuesday, March 10, 2015

stress & dance therapy

Let’s relieve stress by dancing!!
Di sini saya ingin berkongsi salah satu tips untuk melegakan stress kerana saya percaya semua orang pernah mengalami stress.
Stress atau tekanan adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi kita. Menurut Santrock (2003) stress merupakan respon individu terhadap keadaan atau kejadian yang memicu stres (stressor), yang mengancam dan mengganggu kemampuan seseorang untuk menanganinya (coping)(Sumber, https://rumahradhen.wordpress.com/materi-kuliahku/semester-iii/perilaku-dalam-berorganisasi/pengertian-stres-dan-jenis-jenis-stres/)
Penyebab stress boleh disebabkan oleh faktor persekitaran, kerja dan hubungan. Manakala bagi kebanyakkan pelajar seperti saya pula, tugasan dan peperiksaan yang semakin dekat merupakan punca utama saya tertekan. Punca stress mungkin adalah sama bagi setiap orang ,namun yang membezakannya adalah cara kita mengendalikan stress tersebut. Sekiranya stress tidak dikendalikan dengan baik, kemungkinan untuk menjadi lebih kronik adalah pasti. Dirundung oleh stress yang kronik dan berpanjangan akan menyebabkan sel sistem imun menyerang badan kita dan menyebabkan penyakit seperti asma, alergik, lupus, rheumatoid arthritis dan banyak lagi( Mitchel, 2013).
 Salah satu cara untuk melegakan stress adalah dengan menjadi kreatif. Bagi saya, terapi tarian adalah ekspresi yang kreatif dan boleh dilakukan oleh semua orang. Hari ini, terapi tarian telah dikenal pasti sebagai kepentingan untuk individu yang sedang pulih daripada penyakit kronik fizikal, emosional dan sakit mental. Bagusnya tentang terapi tarian adalah, membantu menyembuhkan secara fizikalnya iaitu pergerakkan, koordinasi dan keseimbangan. Selain itu, melegakan juga ketegangan emosi dan mental, meningkatkan kesedaran diri dan sebagai saluran kreatif untuk melegakan emosi.  Semua pasti pernah mendengar mengenai Zumba, tango, salsa dan tarian yang sewaktu dengannya kan..zumba juga boleh dijadikan sebagai cara untuk melegakan stress. Jangan risau sekiranya malu untuk pergi ke studio , boleh je cari dalam youtube dan lakukan sendiri dalam bilik. So..tunggu apa lagi, mula lah sekarang.
Sumber: google image

Rujukan:

Mitchel, D,.(2013),.The woman’s guide to stress relief in 7 easy steps,.St Martin’s Paperback.New York

Posted by: melissa wong, 42045

Tuesday, March 3, 2015

Peranan fasilitator dalam kaunseling kelompok

Apa itu fasilitator??????
Apa tugas fasilitator???
Apakah kepentingan  fasilitator ????


                             



     
  Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan fasilitator, izinkan terlebih dahulu  untuk  saya berkongsi pengalaman saya semasa menjadi fasilitator dan seterusnya menyatakan   definisi  fasilitator. 

Jujur saya katakan, pengalaman saya mengendalikan sesi kaunseling kelompok sebenarnya masih kurang. Banyak perkara yang masih saya perlu pelajari lagi untuk menjadi seorang fasilitator yang bagus. Pengalaman pertama saya dalam  mengendalikan sesi kelompok adalah pada semesta yang lepas. Di mana isu yang di bincangkan dalam  sesi tersebut ialah berkaitan dengan gaya pemakanan yang sihat. Pada mulanya saya merasa agak kekok untuk mengendalikan sesi tersebut kerana bilangan ahlinya agak ramai berbanding dengan kaunseling individu. Ini membuatkan saya agak sukar untuk memberi fokus kepada semua ahli. Saya juga sering kali memberi fokus kepada ahli yang lebih banyak bercakap dan  berkongsi pengalaman sehingga mengabaikan ahli yang kurang bercakap. Hal ini kerana, saya masih tidak dapat  mengenal pasti  teknik yang sesuai bagi tujuan untuk  menarik perhatian kepada ahli yang pasif dalam sesi tersebut.

Selain itu, terdapat juga di antara ahli tersebut yang terlalu dominan sehingga seolah-olah ahli tersebut yang mengetuai sesi tersebut sehingga membuatkan saya tidak berpeluang untuk melakukan refleksi terhadap apa yang telah dibincangkan. Dan kini, setelah hampir satu semesta saya mempelajari subjek dinamika kelompok, saya mula mengetahui dengan lebih jelas terhadap kemahiran, dan teknik yang boleh digunakan semasa menjalankan sesi kelompok. Antaranya ialah  penggunaan teknik “cutting off”, dan “drawing out”.  Fasilitator boleh menggunakan teknik “cutting off” apabila terdapat ahli yang terlalu lama sangat berkongsi cerita sehingga isu yang dibincangkan itu sudah luar daripada topik yang dibincangkan. Dan pesanan saya kepada semua fasilitator yang bakal menjalankan sesi kelompok agar mendapat rehat yang secukupnya supaya proses sesi kaunseling kelompok dapat dijalankan dengan lancar. 

Perkataan fasilitator sebenarnya berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud memudahkan.  Menurut  Trevor  Bently (1994) menyatakan memudahkan cara adalah mengenai memberi kuasa kepada individu untuk mengawal dan bertanggungjawab terhadap usaha dan pencapaian diri sendiri. Taylor (1998) pula menyatakan bahawa ia adalah bagi memudahkan dan melibatkan tindakan yang memberi sokongan, bimbingan dan menggalakkan  untuk ahli menggunakan potensi diri sendiri.
Pada pendapat saya, sekiranya ingin menjadi fasilitator yang efektif, seseorang itu haruslah mempunyai pengalaman  menjadi sebahagian daripada ahli kelompok dan mendapat latihan bagaimana menjadi fasilitator. Selain itu, pembelajaran tentang teknik-teknik kaunseling juga boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian agar ia menjadi kebiasaan dalam diri seseorang fasilitator tersebut.

Apakah persediaan yang perlu ada bagi seseorang  fasilitator??????
  •  Sentiasa perlu bersedia dari segi  mental, pengetahuan dan cuba untuk  melatih diri  mengendalikan kumpulan yang bersaiz kecil.
  •   Perlu memastikan persediaan perjumpaan kelompok berjalan dengan lancar, dan  menetapkan tempat yang ingin dijalan sesi kelompok tersebut.
  •  Persediaan dari segi peralatan yang ingin digunakan semasa aktiviti nanti
  •   Perlu menentukan objektif  sesi kelompok
  •   Akhir sekali, memastikan ahli kelompok perlu ditapis agar sesuai dengan kehendak objektif kelompok.
Peranan FASILITATOR ……..
  •  melibatkan diri secara terus di dalam isu perbincangan sesi kelompok
  •  bertindak menjadi role model dari segi sikap dan tingkah laku komunikasi ke arah yang lebih berkesan.
  •  menyediakan maklumat yang lengkap dan tepat kepada ahli kumpulan
  •   menggalakkan perbincangan
  •   menggerakkan dan membimbing proses kelompok.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang fasilitator yang berkesan.
  •   Mestilah seorang yang beretika
  •  Peka dengan keadaan ahli dan sekelilingnya
  •   Kejujuran
  •   Kreatif
  •   Fleksibel
  •   Pendedahan kendiri




sumber:google    

Panduan   FASILITATOR

@ tugas awal bagi fasilitator adalah bagi memastikan ahli kelompok berasa selesa dengan fasilitator dan juga ahli-ahli lain.

@ harus peka pada bahasa bukan lisan, mood dan tahap penerimaan ahli-ahli

@ gunakan pengalaman ahli sendiri bagi menggalakkan perbincangan  
       
@ memastikan fasilitator menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas agar ahli dapat memahaminya terutama apabila memberi arahan kepada ahli.

@ aktiviti yang dijalankan di dalam kelompok pastikan selari dengan objektif sesi

@ menggalakkan ahli untuk berkongsi  pengalaman harian yang boleh dikaitkan dengan isu yang dibincangkan.

@ setiap perkara yang dibincangkan di dalam sesi haruslah menjadi kerahsiaan.

@ ahli-ahli di dalam kumpulan sepatutnya  perlu aktif seperti  banyak bercakap, memberi pendapat, dan sebaliknya fasilitator pula perlu memainkan peranan untuk pendengar yang setia, memberi galakan, menyoal serta membuat rumusan.

@ keputusan yang di ambil di dalam sesi kelompok mestilah realistik dengan kehidupan.
     
Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya, Sekian terima kasih.
                                                                                                                               
Jaafar, Noridah Binti. (n.d.). Peranan Fasilitator untuk Kelompok Bimbingan. Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhimatan Awam Malaysia.

    
Oleh: Nur Azura Binti Zaidi   (43079)



PANDANGAN MATAMU....




       Eye contact sangat diperlukan dalam menjalani proses sesi kaunseling mahupun kehidupan seharian kita. Sejujurnya, saya sangat menyokong apabila dikatakan dalam pembelajaran kaunseling ini bahawa kemahiran eye contact penting dalam perbualan atau ketika menjalani sesi kaunseling. Hal ini kerana kebiasaannya, apabila seseorang sedang berkata-kata tanpa menggunakan eye contact kepada seseorang yang lain, situasi ini menggambarkan seolah-olah individu tersebut seperti mahu tidak mahu sahaja hendak bercakap dan boleh jadi, individu yang mendengar pun akan hilang fokus daripada perbualan tersebut. 
        Namun, di sini saya ingin menekankan bahawa eye contact bukan bermaksud seorang kaunselor akan sentiasa memandang mata klien seolah-olah boleh menembusi mata klien. Eye contact yang ingin dimaksudkan di sini adalah keseluruhan wajah seseorang, kaunselor boleh memandang keseluruhan wajah klien tanpa berterusan memandang mata si klien. Hal ini kerana sekiranya kaunselor berterusan dengan hanya memandang mata si klien, berkemungkinan besar, sebahagian klien akan kurang selesa ketika dalam sesi. Menurut Winkell (1991) menyatakan bahawa,

"kontak mata harus dapat menghindarkan kesan bahawa kaunselor memaksa, mengejar atau mempermasalahkan klien. Kontak mata yang memandang sekitar wajah klien secara wajar, akan memberi kesan bahawa kaunselor benar-benar memberikan kesempatan kepada klien untuk mengutarakan masalah dan klien merasa bahwa ia diterima apa adanya"

       Kemahiran eye contact ini sangat berguna dalam kehidupan, walaubagaimanapun ada sebahagian pendapat mengatakan bahawa sekiranya asyik memandang mata orang lain, lebih-lebih lagi yang berlainan jantina, khuatir pula kalau jatuh hati. Bak kata orang-orang muda, “dari mata turun ke hati”. Ya, perkara tersebut tidak dinafikan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana menyukai berlainan jantina adalah satu fitrah manusia yang dianugerahkan oleh-Nya. Namun, ianya masih boleh dikawal sekiranya kita beranggapan kemahiran eye contact dalam perbualan, lebih-lebih lagi eye contact dalam sesi kaunseling itu merupakan suatu kaedah yang profesional.
             
      Selain daripada perkongsian tentang kepentingan kemahiran eye contact yang saya tulis di atas, saya juga ingin berkongsikan pengalaman hidup saya berkenaan eye contact.
            
        " Tika dahulu, aku paling tidak suka bercakap yang memerlukan eye contact antara dua orang yang sedang berbicara tidak kira sesama jantina atau sebaliknya. Apabila berbicara dengan orang, pasti aku akan memandang ke arah tempat lain selain matanya. Contohnya, apabila orang bercakap dengan aku, aku akan mulalah pandang meja, bermain-main dengan pen atau pensil yang aku pegang, pandang tingkap dan macam-macam lagi, sehinggakan orang-orang yang bercakap dengan aku, mereka berfikiran bahawa aku tidak mahu mendengar kata-kata mereka atau aku berangan dan sebagainya. Tidak sangka begitu teruknya kemahiran eye contact aku suatu ketika dahulu. Sekiranya bertentangan mata sesama sendiri, aku terasa kurang selesa dan kadang-kala semua yang diceritakan oleh kawan-kawanku terus hilang begitu sahaja. Namun kini, aku menyedari bahawa kemahiran eye contact adalah suatu teknik yang sangat penting dalam komunikasi. Hal ini kerana bak kata anak-anak muda pada zaman era globalisasi ini, “dari mata turun ke hati”. Mata sukar untuk menipu, manakala mulut ringan bercakap bohong. Oleh yang demikian, dalam suatu perbicaraan, amat penting melakukan eye contact sesama sendiri, lebih-lebih lagi dalam sesi kaunseling". 

        
        Permulaan percubaan untuk melatih kemahiran eye contact bermula apabila saya berada di
Tahun 1, semester pertama dalam program kaunseling Unimas. Salah seorang pensyarah kaunseling telah menjadikan saya dan beberapa orang kawan sekelas sebagai bahan uji kajinya untuk membuat 
latihan eye contact.

        Bermula dari saat itulah saya belajar untuk berani melakukan eye contact dalam sesi kaunseling atau kehidupan seharian saya. Kini, Alhamdulillah saya semakin selamba dan suka menggunakan kemahiran eye contact dalam perbicaraan serta masih dalam proses mengasah kemahiran ini dan pelbagai kemahiran dalam kaunseling yang lain bagi membantu diri sendiri serta mereka yang memerlukan perkhidmatan saya. In sha Allah…
       Sampai di sini sahaja coretan daripada saya. Saya berharap agar penulisan ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada semua yang membacanya. Mohon maaf sekiranya tersalah bahasa atau tersilap maklumat dan sebagainya. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Yang baik datang daripada Yang Maha Esa dan yang buruk daripada diri saya yang tidak seberapa ini.
Sekian, terima kasih.

#Ceria-ceria selalu...

Oleh: Syarifah Haziqah Binti Syed Hassan (44300)