Tuesday, March 3, 2015

Peranan fasilitator dalam kaunseling kelompok

Apa itu fasilitator??????
Apa tugas fasilitator???
Apakah kepentingan  fasilitator ????


                             



     
  Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan fasilitator, izinkan terlebih dahulu  untuk  saya berkongsi pengalaman saya semasa menjadi fasilitator dan seterusnya menyatakan   definisi  fasilitator. 

Jujur saya katakan, pengalaman saya mengendalikan sesi kaunseling kelompok sebenarnya masih kurang. Banyak perkara yang masih saya perlu pelajari lagi untuk menjadi seorang fasilitator yang bagus. Pengalaman pertama saya dalam  mengendalikan sesi kelompok adalah pada semesta yang lepas. Di mana isu yang di bincangkan dalam  sesi tersebut ialah berkaitan dengan gaya pemakanan yang sihat. Pada mulanya saya merasa agak kekok untuk mengendalikan sesi tersebut kerana bilangan ahlinya agak ramai berbanding dengan kaunseling individu. Ini membuatkan saya agak sukar untuk memberi fokus kepada semua ahli. Saya juga sering kali memberi fokus kepada ahli yang lebih banyak bercakap dan  berkongsi pengalaman sehingga mengabaikan ahli yang kurang bercakap. Hal ini kerana, saya masih tidak dapat  mengenal pasti  teknik yang sesuai bagi tujuan untuk  menarik perhatian kepada ahli yang pasif dalam sesi tersebut.

Selain itu, terdapat juga di antara ahli tersebut yang terlalu dominan sehingga seolah-olah ahli tersebut yang mengetuai sesi tersebut sehingga membuatkan saya tidak berpeluang untuk melakukan refleksi terhadap apa yang telah dibincangkan. Dan kini, setelah hampir satu semesta saya mempelajari subjek dinamika kelompok, saya mula mengetahui dengan lebih jelas terhadap kemahiran, dan teknik yang boleh digunakan semasa menjalankan sesi kelompok. Antaranya ialah  penggunaan teknik “cutting off”, dan “drawing out”.  Fasilitator boleh menggunakan teknik “cutting off” apabila terdapat ahli yang terlalu lama sangat berkongsi cerita sehingga isu yang dibincangkan itu sudah luar daripada topik yang dibincangkan. Dan pesanan saya kepada semua fasilitator yang bakal menjalankan sesi kelompok agar mendapat rehat yang secukupnya supaya proses sesi kaunseling kelompok dapat dijalankan dengan lancar. 

Perkataan fasilitator sebenarnya berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud memudahkan.  Menurut  Trevor  Bently (1994) menyatakan memudahkan cara adalah mengenai memberi kuasa kepada individu untuk mengawal dan bertanggungjawab terhadap usaha dan pencapaian diri sendiri. Taylor (1998) pula menyatakan bahawa ia adalah bagi memudahkan dan melibatkan tindakan yang memberi sokongan, bimbingan dan menggalakkan  untuk ahli menggunakan potensi diri sendiri.
Pada pendapat saya, sekiranya ingin menjadi fasilitator yang efektif, seseorang itu haruslah mempunyai pengalaman  menjadi sebahagian daripada ahli kelompok dan mendapat latihan bagaimana menjadi fasilitator. Selain itu, pembelajaran tentang teknik-teknik kaunseling juga boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian agar ia menjadi kebiasaan dalam diri seseorang fasilitator tersebut.

Apakah persediaan yang perlu ada bagi seseorang  fasilitator??????
  •  Sentiasa perlu bersedia dari segi  mental, pengetahuan dan cuba untuk  melatih diri  mengendalikan kumpulan yang bersaiz kecil.
  •   Perlu memastikan persediaan perjumpaan kelompok berjalan dengan lancar, dan  menetapkan tempat yang ingin dijalan sesi kelompok tersebut.
  •  Persediaan dari segi peralatan yang ingin digunakan semasa aktiviti nanti
  •   Perlu menentukan objektif  sesi kelompok
  •   Akhir sekali, memastikan ahli kelompok perlu ditapis agar sesuai dengan kehendak objektif kelompok.
Peranan FASILITATOR ……..
  •  melibatkan diri secara terus di dalam isu perbincangan sesi kelompok
  •  bertindak menjadi role model dari segi sikap dan tingkah laku komunikasi ke arah yang lebih berkesan.
  •  menyediakan maklumat yang lengkap dan tepat kepada ahli kumpulan
  •   menggalakkan perbincangan
  •   menggerakkan dan membimbing proses kelompok.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang fasilitator yang berkesan.
  •   Mestilah seorang yang beretika
  •  Peka dengan keadaan ahli dan sekelilingnya
  •   Kejujuran
  •   Kreatif
  •   Fleksibel
  •   Pendedahan kendiri




sumber:google    

Panduan   FASILITATOR

@ tugas awal bagi fasilitator adalah bagi memastikan ahli kelompok berasa selesa dengan fasilitator dan juga ahli-ahli lain.

@ harus peka pada bahasa bukan lisan, mood dan tahap penerimaan ahli-ahli

@ gunakan pengalaman ahli sendiri bagi menggalakkan perbincangan  
       
@ memastikan fasilitator menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas agar ahli dapat memahaminya terutama apabila memberi arahan kepada ahli.

@ aktiviti yang dijalankan di dalam kelompok pastikan selari dengan objektif sesi

@ menggalakkan ahli untuk berkongsi  pengalaman harian yang boleh dikaitkan dengan isu yang dibincangkan.

@ setiap perkara yang dibincangkan di dalam sesi haruslah menjadi kerahsiaan.

@ ahli-ahli di dalam kumpulan sepatutnya  perlu aktif seperti  banyak bercakap, memberi pendapat, dan sebaliknya fasilitator pula perlu memainkan peranan untuk pendengar yang setia, memberi galakan, menyoal serta membuat rumusan.

@ keputusan yang di ambil di dalam sesi kelompok mestilah realistik dengan kehidupan.
     
Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya, Sekian terima kasih.
                                                                                                                               
Jaafar, Noridah Binti. (n.d.). Peranan Fasilitator untuk Kelompok Bimbingan. Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhimatan Awam Malaysia.

    
Oleh: Nur Azura Binti Zaidi   (43079)



2 comments:

  1. Azura, dalam penulisan refleksi selain dari 'content' seeloknya pengalaman tentang topik tersebut juga dikongsi. Mungkin Azura boleh ceritakan sedikit pengalaman mengendalikan kelompok.

    ReplyDelete
  2. good sharing.Thanks for the information.It could help me with my group counselling later.

    ReplyDelete