Thursday, March 26, 2015

Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT)



sumber: google
                                                                                               
Assalammualaikum w.b.t. dan hai semua. Adakah anda tahu mengenai LGBT yang sedang hangat dibicarakan dalam media massa pada masa kini? LGBT suatu singkatan yang menjadi tanda tanya untuk sesetengah masyarakat di negara kita. Hal ini berikutan dengan LGBT dianggap sebagai “taboo” oleh rakyat Malaysia kerana perkara ini amat sensitif dan masyarakat juga kurang terdedah dengan perkataan LGBT. Buat pengetahuan semua LGBT ialah singkatan daripada perkataan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender yang lebih senang dikenali kekeliruan gender identiti yang berkaitan dengan sexual orientations . LGBT bukan sahaja terdiri daripada maksud perkataan tersebut tetapi di Malaysia dolongan tersebut dikenali dengan pelbagai nama. Sebagai contoh Nyah, Pengkid, Tomboi, Pondan, Bapok, dan sebagainya. Nyah, Pondan, Gay dan Pondan adalah gelaran untuk lelaki yang mempunyai sexual orientations kewanitaan. Manakala untuk wanita gelaran yang diberi adalah pengkin, Tomboi dan lesbian yang mempunyai sexual orientations kelakian. Kesemua gelaran ini mempunayi maksud yang nampak serupa tapi tidak sama. Sebagai contoh maksud Nyah berbeza dengan maksud Gay. Nyah bermaksud lelaki bersifat kewanitaan, berpakaian seperti wanita, dan menyukai lelaki. Manakala Gay berbentuk badan maskulin dan sasa tetapi menyukai lelaki dan mereka tidak menunjukkan ciri – ciri kewanitaan. Begitu juga maksud gelaran yang lain.

sumber: google
Kenapa saya beria – ia untuk membicarakan tentang isu ini kerana, saya tertarik dengan topik yang boleh dikatakan menjadi perbualan hangat di Malaysia pada akhir-akhir ini. Ia berkaitan dengan salah sebuah mahkamah di Malaysia yang telah meluluskan kaum lelaki berpakaian wanita dan boleh memasuki tandas perempuan. Hal ini telah menyedarkan saya bahawa perkara sebegini bukanlah perkara yang remeh dan boleh kita pandang sebelah mata sahaja. Kerana perkara tersebut telah menjadi duri dalam daging dimana negara Malaysia dikenali dengan negara yang penuh dengan adat ketimuran dan juga dikenali sebagai negara beragama Islam walaupun di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perkara sebegini menjadi semakin serius apabila berlakunya beberapa perkahwinan yang melibatkan lelaki Melayu dan beragama Islam yang berada di luar negara dan perkara ini juga berlaku di Malaysia iaitu di Kuching, Sarawak. Hal ini telah membuktikan bahawa LGBT bukan suatu isu yang boleh dipandang enteng dan di tangani sebegitu sahaja. LGBT juga bukan perkara yang boleh kita politikkan namun ia perlu dibendung oleh semua pihak agar keruntuhan moral dapat dikurangkan. Ia bukan sahaja meruntuhkan moral pemuda dan pemudi tetapi boleh membawa kepada peningkatan kepada penyakit berjangkit terutamanya penyakit AIDS dan HIV. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak mendapat perhatian oleh sesetengah pihak kerana mereka melihat isu LGBT adalah isu yang tidak serius dan isu ini masih lagi menjadi “rahsia” dalam kalangan rakyat Malaysia.
Idea untuk membincangkan tentang isu LGBT tersebut timbul apabila saya seringkali melihat golongan tersebut yang berada di kawasan persekitaran saya. Hal ini telah menimbulkan tanda tanya dalam fikiran saya mengapakah mereka mengamalkan gaya hidup sebegitu dan apakah yang menyebabkan isu LGBT semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar universiti di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, saya perhatikan bahawa golongan tersebut terdiri daripada golongan yang berkerjaya dan juga pelajar universiti yang telah diketahui umum adalah golongan yang terpelajar dan mempunyai pengetahuan yang tinggi. Hal ini yang menyebabkan saya tertanya-tanya mengapakah mereka terlibat dalam kencah sebegitu sedangkan mereka inilah terdiri daripada golongan intelektual yang menjadi harapan negara kelak. Perkara tersebut telah menjadi sumber utama bagi saya untuk menjalankan kajian saya dengan lebih mendalam lagi terhadap golongan tersebut. Di samping itu, saya juga ingin mendengar pendapat mereka sendiri tentang LGBT. Bagaimana mereka boleh menjadi seorang LGBT? Bilakah mereka mempunyai perasaan seperti itu? Apakah mereka mementingkan perhubungan yang melibatkan persetubuhan ataupun perasaan? Terdapat juga persoalan-persoalan lain yang ingin saya ajukan kepada mereka jika saya berpeluang dan diberi kepercayaan untuk menjalankan kajian ini. Oleh hal yang demikian, saya ingin menjalankan kajian tentang isu LGBT ini dengan lebih mendalam lagi pada masa akan datang kerana perkara tersebut telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya pelajar universiti.

sumber : google
sumber : google
Sekian, terima kasih..
#jawapanyangdicari
Oleh : Hasmaliza Binti Abdul Hamid

3 comments:

  1. wow.interesting topic.Hope to get know more about LGBT.

    ReplyDelete
  2. Hi Erza, Im ah bear. It is indeed a nice research to see more about their behaviours. As my former secondary school, quite a lot of people show interest on guys and at the same time, they are guys. However, I didn't put any judgement on them, just sometime curious about what are the possible causes that influence their sexual orientation. Hopefully, Erza can find some ideas on it. Looking forward to your works.

    ReplyDelete
  3. Hi, Iza. Sememangnya topik ini mendjadi taboo dalam kalangan masyarakat tempatan. Saya berpendapat, sama seperti Iza, bahawa mereka perlu diberikan peluang atau satu platform yang selesa di mana mereka boleh menceritakan tentang perkembangan identiti mereka. Tambahan pula, golongan ini sering dipandang rendah dan dilabel mempunyai pekerjaan "sampingan", terutamanya di bandaraya besar. Saya sendiri pernah menjadi saksi apabila seorang lelaki cuba untuk memikat rakan saya yang juga seorang lelaki dengan bermain mata. Banyak individu yang pada asalnya mempunyai orientasi yang "straight" membuat keputusan untuk menjadi LGBT. Saya berharap perancangan Iza mengenai kajian dalam isu ini dapat membantu rakan-rakan kaunselor pelatih yang lain dalam membuat persediaan dalam menerima klien LGBT pada masa akan datang.

    All the best.
    Cynthia

    ReplyDelete