Let’s
relieve stress by dancing!!
Di sini saya ingin berkongsi salah satu tips untuk
melegakan stress kerana saya percaya semua orang pernah mengalami stress.
Stress atau tekanan adalah sesuatu
yang tidak asing lagi bagi kita. Menurut Santrock
(2003) stress merupakan respon individu terhadap keadaan atau kejadian yang
memicu stres (stressor), yang mengancam dan mengganggu kemampuan seseorang
untuk menanganinya (coping)(Sumber, https://rumahradhen.wordpress.com/materi-kuliahku/semester-iii/perilaku-dalam-berorganisasi/pengertian-stres-dan-jenis-jenis-stres/)
Penyebab stress boleh disebabkan oleh faktor
persekitaran, kerja dan hubungan. Manakala bagi kebanyakkan pelajar seperti
saya pula, tugasan dan peperiksaan yang semakin dekat merupakan punca utama
saya tertekan. Punca stress mungkin adalah sama bagi setiap orang ,namun yang
membezakannya adalah cara kita mengendalikan stress tersebut. Sekiranya stress
tidak dikendalikan dengan baik, kemungkinan untuk menjadi lebih kronik adalah
pasti. Dirundung oleh stress yang kronik dan berpanjangan akan menyebabkan sel
sistem imun menyerang badan kita dan menyebabkan penyakit seperti asma,
alergik, lupus, rheumatoid arthritis
dan banyak lagi( Mitchel, 2013).
Salah satu
cara untuk melegakan stress adalah dengan menjadi kreatif. Bagi saya, terapi tarian
adalah ekspresi yang kreatif dan boleh dilakukan oleh semua orang. Hari ini,
terapi tarian telah dikenal pasti sebagai kepentingan untuk individu yang
sedang pulih daripada penyakit kronik fizikal, emosional dan sakit mental.
Bagusnya tentang terapi tarian adalah, membantu menyembuhkan secara fizikalnya
iaitu pergerakkan, koordinasi dan keseimbangan. Selain itu, melegakan juga
ketegangan emosi dan mental, meningkatkan kesedaran diri dan sebagai saluran
kreatif untuk melegakan emosi. Semua
pasti pernah mendengar mengenai Zumba, tango, salsa dan tarian yang sewaktu
dengannya kan..zumba juga boleh dijadikan sebagai cara untuk melegakan stress.
Jangan risau sekiranya malu untuk pergi ke studio , boleh je cari dalam youtube
dan lakukan sendiri dalam bilik. So..tunggu apa lagi, mula lah sekarang.
Sumber: google image
Rujukan:
Mitchel, D,.(2013),.The woman’s guide to stress relief in 7 easy steps,.St Martin’s
Paperback.New York
Posted by: melissa wong, 42045
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI always do that.whenever i stress,i will express it through my dance although i do not know how to dance.
ReplyDelete^-^-^-^..
Sangat setuju!! Bagi saya menari boleh mengurangkan stress sebab peluh kita keluar.. I like to dance tp badan keras..haha.. Saya suka berzumba + menari = kepuasan..
ReplyDelete