Eye contact sangat diperlukan dalam
menjalani proses sesi kaunseling mahupun kehidupan seharian kita. Sejujurnya,
saya sangat menyokong apabila dikatakan dalam pembelajaran kaunseling ini
bahawa kemahiran eye contact penting dalam perbualan atau ketika menjalani sesi
kaunseling. Hal ini kerana kebiasaannya, apabila seseorang sedang berkata-kata tanpa menggunakan eye contact kepada
seseorang yang lain, situasi ini menggambarkan seolah-olah individu tersebut
seperti mahu tidak mahu sahaja hendak bercakap dan boleh jadi, individu yang
mendengar pun akan hilang fokus daripada perbualan tersebut.
Namun, di sini saya ingin menekankan bahawa eye contact bukan bermaksud seorang kaunselor akan sentiasa memandang mata klien seolah-olah boleh menembusi mata klien. Eye contact yang ingin dimaksudkan di sini adalah keseluruhan wajah seseorang, kaunselor boleh memandang keseluruhan wajah klien tanpa berterusan memandang mata si klien. Hal ini kerana sekiranya kaunselor berterusan dengan hanya memandang mata si klien, berkemungkinan besar, sebahagian klien akan kurang selesa ketika dalam sesi. Menurut Winkell (1991) menyatakan bahawa,
Kemahiran eye contact ini sangat berguna dalam kehidupan, walaubagaimanapun ada sebahagian pendapat mengatakan bahawa sekiranya asyik memandang mata orang lain, lebih-lebih lagi yang berlainan jantina, khuatir pula kalau jatuh hati. Bak kata orang-orang muda, “dari mata turun ke hati”. Ya, perkara tersebut tidak dinafikan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana menyukai berlainan jantina adalah satu fitrah manusia yang dianugerahkan oleh-Nya. Namun, ianya masih boleh dikawal sekiranya kita beranggapan kemahiran eye contact dalam perbualan, lebih-lebih lagi eye contact dalam sesi kaunseling itu merupakan suatu kaedah yang profesional.

"kontak mata harus dapat menghindarkan kesan
bahawa kaunselor memaksa, mengejar atau mempermasalahkan klien. Kontak
mata yang memandang sekitar wajah klien secara wajar, akan memberi
kesan bahawa kaunselor benar-benar memberikan kesempatan kepada klien
untuk mengutarakan masalah dan klien merasa bahwa ia diterima apa
adanya"
Kemahiran eye contact ini sangat berguna dalam kehidupan, walaubagaimanapun ada sebahagian pendapat mengatakan bahawa sekiranya asyik memandang mata orang lain, lebih-lebih lagi yang berlainan jantina, khuatir pula kalau jatuh hati. Bak kata orang-orang muda, “dari mata turun ke hati”. Ya, perkara tersebut tidak dinafikan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana menyukai berlainan jantina adalah satu fitrah manusia yang dianugerahkan oleh-Nya. Namun, ianya masih boleh dikawal sekiranya kita beranggapan kemahiran eye contact dalam perbualan, lebih-lebih lagi eye contact dalam sesi kaunseling itu merupakan suatu kaedah yang profesional.
Selain daripada perkongsian
tentang kepentingan kemahiran eye contact yang saya tulis di atas,
saya juga ingin berkongsikan pengalaman hidup saya berkenaan eye
contact.
" Tika dahulu, aku paling tidak suka bercakap yang
memerlukan eye contact antara dua orang yang sedang berbicara tidak kira sesama
jantina atau sebaliknya. Apabila berbicara dengan orang, pasti aku akan
memandang ke arah tempat lain selain matanya. Contohnya, apabila orang bercakap
dengan aku, aku akan mulalah pandang meja, bermain-main dengan pen atau pensil
yang aku pegang, pandang tingkap dan macam-macam lagi, sehinggakan orang-orang
yang bercakap dengan aku, mereka berfikiran bahawa aku tidak mahu mendengar
kata-kata mereka atau aku berangan dan sebagainya. Tidak sangka begitu teruknya
kemahiran eye contact aku suatu ketika dahulu. Sekiranya bertentangan
mata sesama sendiri, aku terasa kurang selesa dan kadang-kala semua yang
diceritakan oleh kawan-kawanku terus hilang begitu sahaja. Namun kini, aku
menyedari bahawa kemahiran eye contact adalah suatu teknik yang
sangat penting dalam komunikasi. Hal ini kerana bak kata anak-anak muda pada
zaman era globalisasi ini, “dari mata turun ke hati”. Mata sukar untuk menipu,
manakala mulut ringan bercakap bohong. Oleh yang demikian, dalam suatu
perbicaraan, amat penting melakukan eye contact sesama sendiri, lebih-lebih
lagi dalam sesi kaunseling".
Permulaan percubaan untuk melatih
kemahiran eye contact bermula apabila saya berada di
Tahun 1, semester pertama dalam program kaunseling Unimas. Salah seorang pensyarah kaunseling telah menjadikan saya dan beberapa orang kawan sekelas sebagai bahan uji kajinya untuk membuat
latihan eye contact.

Bermula dari saat itulah saya
belajar untuk berani melakukan eye contact dalam sesi kaunseling
atau kehidupan seharian saya. Kini, Alhamdulillah saya semakin selamba dan suka
menggunakan kemahiran eye contact dalam perbicaraan serta
masih dalam proses mengasah kemahiran ini dan pelbagai kemahiran dalam
kaunseling yang lain bagi membantu diri sendiri serta mereka yang memerlukan
perkhidmatan saya. In sha Allah…
Sampai di sini sahaja coretan
daripada saya. Saya berharap agar penulisan ini dapat memberi manfaat sedikit
sebanyak kepada semua yang membacanya. Mohon maaf sekiranya tersalah bahasa
atau tersilap maklumat dan sebagainya. Saya budak baru belajar, kalau salah
tolong tunjukkan. Yang baik datang daripada Yang Maha Esa dan yang buruk
daripada diri saya yang tidak seberapa ini.
Sekian, terima kasih.
#Ceria-ceria selalu...
#Ceria-ceria selalu...
Oleh: Syarifah Haziqah Binti Syed
Hassan (44300)
Syasya, eye contact bukan sahaja bermaksud pandangan mata yg tepat antara kaunselor dan klien, tetapi kita juga boleh memandang sekitar kawasan kening & hidung :), untuk mengelakkan rasa kurang selesa klien.
ReplyDeleteIn my opinion,eye contact is very important in a counselling session but i need to use it wisely.i need to provide comfortable environment for my client and myself.It is hard for me to make eye contact with my client so i prefer to make non verbal signal or verbal signal.
ReplyDelete