Thursday, March 17, 2016

Apa yang membuat manusia menangis “What makes people cry?”
          


         Tajuk ini sangat menarik bagi saya kerana menangis adalah pekara yang normal dalam kehidupan manusia. Menangis adalah tindakbalas fizikal akibat dari refleksi ataupun dari emosi yang di alami manusia. Bagi saya, menangis dapat menghilangkan segala tekanan, masalah dalam diri manusia, walaubagaimanapun ada juga yang bertanggapan menangis melambangkan keperibadian kelemahan seseorang itu. Tapi sebaliknya menangis merupakan salah satu cara melepaskan emosi yang terpendam dalam diri yang sangat wajar dan mempunyai manfaat tersendiri. Tangisan sebagai cara penyaluran emosi yang positif, seseorang yang mudah menitiskan air mata bukan mempunyai keperibadian yang lemah malah orang itu mempunyai mental yang kuat. Terdapat beberapa alasan kenapa manusia menangis, pertama mereka tidak takut menunjukkan saat mereka rapuh, maksudnya disini walaupun ada yang bertanggapan menangis negatif mereka berani menyatakan perasaan rapuh tersebut. Selain itu, alasannya mereka berani menghadapi emosi, tidak takut dengan pandangan orang lain, dan mereka tahu bahawa pentingnya air mata.
            Apa yang dikongsikan oleh Tawnya Hettwer dalam penulisannya, ada beberapa topik yang menimbulkan kesedihan iaitu mengenai haiwan peliharaan, harapan, kegembiraan, dan mimpi semasa kanak-kanak. Bagi saya, saya bersetuju dengan topik haiwan peliharaan menyebabkan kesedihan, contohnya kematian haiwan peliharaan tersebut. Sewaktu saya masih kecil saya mempunyai haiwan peliharaan iaitu kucing, sayang akan kucing sehingga tidak sanggup berpisah dengan binatang tersebut, dan pada sesuatu saat kucing saya pun sakit dan akhirnya mati dan mulai detik tersebut saya menjadi trauma dan takut dengan kucing sampai sekarang. Kini saya mula perasaan pada diri saya dan keluarga, semenjak kematian kucing peliharaan kami sekeluarga tidak lagi memelihara binatang dan saya menjadi takut dan geli untuk menyentuh kucing.
Setiap manusia mempunyai peristiwa yang tersendiri yang boleh menyebabkan menitisnya air mata. Kesimpulannya, topik ini sangat menarik jika kita memahami, kerana menangis adalah hal yang normal bagi setiap manusia tetapi ada kisah disebalik tangisan tersebut. Walaupun ada juga yang bertanggapan menangis itu adalah sifat yang lemah dan negatif. Dan kita sebagai seorang kaunselor haruslah bijak mengetahui kenapa dan mengapa klien kita menangis. Renungkanlah.

Rujukan :
1. http://www.counseling.org/news/blog
2.http://www.counseling.org/news/blog/aca-blog/2015/07/28/what-makes-people-cry



Sekian terima kasih

                                                                                                       by Khairul Hamizah Melati

No comments:

Post a Comment