Sunday, March 20, 2016

The Choice of Forgiveness

ADAKAH ANDA SEORANG YANG MUDAH UNTUK MEMAAFKAN ORANG LAIN?

Ya atau Tidak. Hanya diri kita sendiri yang tahu.


Sumber : Google

Adakah anda setuju jika saya katakan bahawa memaafkan itu merupakan suatu pilihan? Pilihan itu di tangan anda, sama ada untuk memaafkan atau tidak. Akan tetapi alangkah baiknya jika kita mampu untuk memaafkan kesalahan orang lain kerana kita telah memilih untuk bahagia daripada menyimpan dendam. Semua agama menggalakkan penganutnya untuk memaafkan orang lain kerana itu merupakan perkara yang mulia.  
Menurut Enright (2001) dalam bukunya yang bertajuk “Forgiveness Is A Choice”, beliau mengatakan bahawa kemaafan merupakan suatu proses dan dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh kumpulan yang disertai olehnya, mereka mendapati bahawa selalunya dengan hanya mengungkapkan ‘Saya maafkan awak’ tidak mencukupi. Walaupun ungkapan itu telah dinyatakan, perasaan marah itu akan muncul kembali.

            Sumber : Google


Ciri-ciri Seorang Pemaaf (meynida.WordPress.com)
1)  Bersabar
2) Mengawal perasaan marah
3) Menghilangkan perasaan dendam kesumat
 4) Lemah lembut

Di sini, ingin saya kongsikan satu kisah yang dikongsikan oleh Deb Del Vecchio-Scully di blog ACA yang bertajuk The Choice of Forgiveness. Kejadian ini berlaku sekitar awal tahun 2013, di mana berlakunya pembunuhan pelajar dan guru di Sandy Hook Elementary School. Ibu bapa pelajar yang terlibat telah berkongsi mengenai pilihan mereka untuk memaafkan penembak tersebut. Mereka tahu bahawa mereka boleh sahaja memilih untuk tidak memaafkan pesalah tersebut, akan tetapi mereka memilih untuk memaafkan untuk kehidupan yang lebih baik.

Sumber : Google

Fikirkanlah. Bagaimana agaknya jika kita berada di tempat orang yang melakukan kesalahan? Apa perasaan kita jika orang tidak ingin memaafkan kesalahan yang telah kita lakukan? Kita sebagai manusia memang tidak lari dari melakukan kesalahan. Ini sememangnya diketahui ramai. Oleh sebab itu, memaafkan kesalahan orang lain sangatlah penting.

Rujukan
1) Enright, R. D. (2001). Forgiveness Is A Choice: A Step-by-Step Process for Resolving Anger and Restoring Hope. Washington, DC.
2)  https://meynida.wordpress.com/artikel-2/hakikat-bermaafan/
3) http://www.counseling.org/news/blog/aca-blog/2014/06/03/the-choice-of-forgiveness

Nur'Ain binti Jahori (48420)


No comments:

Post a Comment