Sunday, April 24, 2016

How to shut up and do your work

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebagai seorang yang bergelar manusia, pastinya kita ingin melakukan perubahan pada diri sendiri untuk menjadi lebih baik terutamanya manusia yang bergelar kaunselor. Seorang kaunselor seharusnya menaik taraf ilmu pengetahuan dan memperbaiki lagi kemahiran yang sedia ada serta menambahkan kemahiran baru untuk menjadi kaunselor yang profesional. Tetapi untuk melakukan perubahan atau sesuatu kerja yang kita inginkan, pastinya akan ada halangan untuk kita terus lakukan atau capai.

Bagaimana untuk diam dan melakukan kerja?
Diam - mengelak/menerima halangan tersebut supaya terus melakukan apa yang diinginkan/kerja.

1- menerima semua rintangan yang datang dari dalam

  • rintangan - apa-apa yang menghalang kita daripada melakukan kerja sehingga selesai. menganggap rintangan tersebut seolah-olah datang dari luar dan pelbagai arah contohnya notification dari rakan-rakan facebook, suapan berita ataupun dari keluarga sendiri. 
  • Kita menyatakan rintangan datang dari luar tetapi sebenarnya ia merupakan 100% toksin yang dihasilkan sendiri. Ini membuatkan kitaberasa lemah atau melengahkan kerja dengan menambahkan masa bagi menghasilkan sesuatu produk.
2- memaksa diri untuk menonjolkan diri tepat pada masa
  • unuk melakukan sesuatu tindakan pada setiap hari adalah yang paling susah. Oleh itu, ramai yang tidak berjaya untuk menghasilkan sesuatu daripada tindakan yang gagal tetapi sebenarnya adalah kegagalan untuk bertindak.
  • sebagai kaunselor, kita menghabiskan masa bertahun-tahun memberitahu pada diri sendiri untuk berkembang/menetapkan amalan tetapi "saya akan lakukannya esok/kemudian hari". Seterusnya tidak pernah datangnya esok.
  • Bagaimana ingin beralih dari 'amatur' kepada 'profesional' jika kemahiran yang sedia ada dijadikan sebagai hobi.
3- tangan terganggu- fokus di jalan
  • apabila kita menyimpang dari tumpuan kita, sebenarnya kita takut pada kegagalan yang mungkin dihadapi jika kita terus berada di jalan sendiri.
  • sebaik sahaja kita memilih arah yang ingin dituju, kita mungkin perlu mengabaikan peluang-peluang lain supaya kita fokus pada jalan yang telah dipilih.
4- ketahuilah bahawa mesyuarat, bengkel, kerjasama boleh menjadi satu bentuk kelengahan/kelambatan
  • kesemua ini memang penting tetapi ada ketikanya ia menjadi saturintangan yang memesongkan kita dari kerja.
5- mengakui bahawa orang yang berjaya dapat mengatasi rintangan yang sukar
  • tidak ada alasan yang wajar untuk tidak boleh melakukan kerja.
  • orang yang berjaya tidak akan membiarkan kesukaran menghalang mereka.

http://www.counseling.org/news/blog/aca-blog/2015/04/29/how-to-shut-up-and-do-your-work


Nur Atikah Binti Mohd Yadzi
48224

1 comment:

  1. Atikah, pemilihan topik yg menarik. ada baiknya diperingkat awal entri ditulis scr ringkas ttg penulis blog, link blog dan barulah kupasan ttg isi penting blog tersebut. Kemudian kongsi pengalaman/ persepsi sendiri berkaitan dgn Shut Up & Do Your Work yg dpt dikaitkan dgn pglm sendiri.

    ReplyDelete