Monday, April 11, 2016

Keperluan Membaca Bahan Bacaan Yang Tidak Menjadi Minat Kita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
 
Sebagai salah kaunselor pelatih di pusat pengajian tinggi, kebanyakan daripada kami hanya menjadikan buku-buku ilmiah yang mempunyai kaitan dengan bidang kaunseling sebagai bahan bacaan utama kami sehingga mengabaikan bahan bacaan lain . Contohnya , Buku Teori Kaunseling, buku Group Counseling Interventions and Techniques dan lain-lain buku yang berkaitan. Memang tidak dapat dinafikan pentingnya membaca buku-buku tersebut untuk mengukuhkan lagi kredibiliti kita sebagai seorang kaunselor pelatih .
Tetapi, sebagai seorang bakal kaunselor, terdapat pelbagai manfaat yang kita boleh dapat sekiranya kita membaca bahan bacaan yang bukan bidang kita yang utama .

Sumber gambar : Google

Manfaat #1 : Menambah tatabahasa yang sedia ada dan memperbaiki struktur ayat
            Sebagai seorang kaunselor, pentingnya penggunaan ayat yang betul dan penyusunan struktur ayat yang baik untuk kita membuat laporan kajian kes  yang terbaik. Oleh itu, amatlah digalakkan supaya sekali sekala kita membaca bahan-bahan ilmiah yang lain untuk memperbaiki struktur ayat kita agar ianya menjadi lebih teratur dan menarik untuk dibaca . Kita boleh membaca surat khabar Berita Harian misalnya. Penggunaan ayat didalam surat khabar tersebut adalah menggunakan ayat Bahasa Melayu yang baku dan ianya sesuai untuk kita jadikan panduan ketika menulis laporan kajian kes sesi yang kita kendalikan .

Manfaat #2 : Membantu untuk Mendalami Masalah Klien
            Klien-klien untuk sesi yang pernah atau bakal kita kendalikan  kebanyakannya datang dari bidang-bidang yang berlainan. Ada yang berlatarbelakang bidang kejuruteraan, bidang seni lukis, bidang sains sosial, bidang perubatan dan lain-lain. Oleh itu, kita patut luangkan masa kita untuk membaca bahan bacaan lain yang bukan minat kita . Hal ini bertujuan supaya kita boleh memahami jika klien bercerita mengenai isu-isu yang berkaitan dengan bidang klien tersebut . Perkara ini boleh menggelakkan kita terlampau bertanya kepada klien istilah-istilah yang diperkatakan oleh klien yang berkemungkinan ada kaitan dengan bidang yang beliau pelopori . Ini boleh membantu kita untuk lebih empati terhadap masalah klien .


Sumber gambar : Google

Manfaat #3 : Lari daripada minda ‘katak di bawah tempurung’
            Apabila kita membaca bahan bacaan lain yang berlainan daripada bidang utama kita, ini membantu sebenarnya untuk kita menjadi seorang yang lebih open-minded terhadap klien semasa sesi kaunseling dilakukan . Perasaan judgemental juga boleh turut kita elakkan kerana bahan bacaan yang pelbagai akan mengubah penilaian kita ke atas seseorang dengan penilaian yang lebih bersifat positif .


Sumber gambar : Google

 
Link Blog :

Sekian, terima kasih . 
 
HASIL NUKILAN :
LIA ATIKA BINTI ISHAK (47335)

1 comment:

  1. Lia, bahagian mana penulisan ini berdasarkan kupasan dr entri blog ACA? Lihat cth Yong (Stories) dan Nur Atikah (How to Shut Up and do Your Work) dan baca komen saya dlm entri mereka

    ReplyDelete