Thursday, April 7, 2016

Pilihan Adalah Perubahan " Choice is Change "

Sumber : Google Image


Perubahan bermaksud sesuatu perihal yang berubah(kamus dewan edisi keempat). Perubahan pada diri terbahagi kepada dua iaitu perubahan fizikal dan perubahan mental. Secara amnya, perubahan mental meliputi kognitif dan pemikiran seseorang itu untuk mengubah tingkah lakunya ataupun fahaman pemikirannya.



Mengapa perlunya perubahan?

Sumber : Google Image

Kadang kala, saya pernah terfikir bahawa kenapa perlu saya berubah? Saya mahu menjadi diri saya sendiri. Saya tidak mahu menjadi hipokrit dengan mengubah diri saya. Saya rasa apa yang saya rasakan, selagi ia tidak mendapat 'feedback' negatif dari orang lain selagi itu saya yakin saya tidak salah. Namun, ketika itu saya terlupa sesuatu yang penting dalam hidup ini, iaitu melalui  ayat 11, surah Al-Ra'd yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".
Pada ayat tersebut telah nyata bahawa perubahan itu adalah sesuatu yang baik. Berubah ke arah yang lebih baik untuk kebaikan diri saya dan juga orang di sekitar saya. Kadang-kala mungkin saya terlepas pandang bahawa mungkin ada segelintir yang tidak senang dengan tingkah laku saya. Namun, setelah mula menyedari hakikatnya, saya mula berfikir sejenak sebelum melakukan sesuatu perkara dan tidak salah saya mengubah perbuatan atau sikap saya untuk menjaga hati orang lain serta membuatkan orang lain berasa selesa hingga membawa kepada 'zero conflict'.

Perubahan : Mudah atau Madah ?

Walaubagaimanapun, untuk melakukan sesuatu perubahan memerlukan raancangan yang sistematik dan berhati-hati. Persediaan awal perlu diberi keutamaan. Sesuatu perubahan itu memerlukan satu motivasi diri yang kuat dan tegas supaya ianya dapat kekal dan terus istiqamah dalam diri. Oleh itu, kata-kata yang dikeluarkan untuk melakukan perubahan perlulah diikuti dengan perbuatan itu sendiri supaya keinginan untuk berubah itu bukanlah satu omong kosong.

Sumber : Google Image


Kebebasan Memilih dan Membuat Keputusan

Sumber : Google Image

Saya mempunyai kebebasan untuk memilih           Saya mempunyai pilihan saya tersendiri
           
        Saya mempunyai hak untuk membuat keputusan           Saya bertanggungjawab keatas diri saya


Kebebasan untuk memilih, membuat keputusan dan berubah adalah bergantung pada diri masing-masing. Namun, pada konteks undang-undang, etika dan budaya terdapat limitasi dalam kebebasan setiap individu ataupun masyarakat. Sebelum melakukan sesuatu tindakan itu perlulah dinilai sebaiknya dan diteliti apakah kemungkinan yang bakal terjadi pada masa akan datang tidak kira kesan pada diri sendiri mahupun orang lain. kehidupan dalam sesebuah masyarakat ini perlulah dititik beratkan pandangan dan sensitiviti masing-masing supaya dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera.


Sebagai penutup kata, perlulah diingatkan pada diri saya sendiri dan sesiapun bahawa perubahan itu adalah sesuatu yang baik selagi ianya tidak membawa impak yang negatif kepada dari ataupun masyarakat mahupun kepada negara. Setiap pilihan yang dibuat adalah tanggungjawab diri dan perlu dipandang serius kepada impak yang bakal terjadi atas pilihan dan keputusan yang dilakukan.  :)


Sedikit coretan :
" Saya adalah sehelai kain putih pada asalnya. Hari demi hari saya dilakar, dilukis dan ditulis dengan pelbagai bentuk, tulisan mahupun rentetan. Kini saya yang dahulunya bersih sudah dipenuhi dengan isi . Jauh didasar hati saya adalah ingin kembali menjadi kain putih yang bersih itu kerana tampak lebih menyenangkan.
Namun, masa tidak dapat saya undurkan. Sehingga pada suatu hari, saya ditukar dan diubah kepada hitam sehinggakan semua tulisan dan lukisan dibadan saya hilang ditutup dengan warna saya yang baru. Kini saya lebih gembira dan tampak seperti baharu. Perubahan kepada saya membawa sesuatu makna yang baru pada saya. "




Rujukan :

1) http://www.counseling.org/news/blog/aca-blog/2013/05/06/tell-it-like-it-is-choice-is-change
2) http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6699-perubahan-perlukan-strategi-sikap-positif
3) https://www.facebook.com/notes/ikhwan-sopa/inspirasi-perubahan-untuk-diri-sendiri-dan-orang-lain/131214232065/

Ditulis oleh,
Hazman Bin Omar ( 46957 )
~ Counselor To Be ~



2 comments:

  1. Hazman, penulisan telah dimulakan dengan baik. Namun, bahagian mana penulisan ini berdasarkan kupasan dr entri blog ACA? Lihat cth Yong (Stories) dan Nur Atikah (How to Shut Up and do Your Work) dan baca komen saya dlm entri mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik puan.. Terima kasih untuk tunjuk ajar.. :)

      Delete