Assalamualaikum...
Bicara Kaunseling : Kesihatan Mental
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi :
1) Perasaan, fikiran dang tingkahlaku yang positif yang ada dalam diri.
2)Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain.
3)Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri Kesihatan Mental yang Positif :
*Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
*Berupaya mengawal perasaan.
*Sanggup menerima kegagalan dalam hidup.
*Mampu mengawal diri dari kegiatan yang tidak bermoral.
*Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
*Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
Langkah ke arah Kesihatan Mental yang Positif :
*Menerima kenyataan diri secara realistik.
*Mengendali masa dengan sebaiknya.
*Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
*Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
*Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
Akibat Kesihatan Mental diabaikan :
*Tekanan dalam hidup.
*Peningkatan risiko penyakit mental.
*Kecendungan melakukan kegiatan tidak bermoral (berzina, minum arak, dadah dan bohsia).
*Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga/keluarga.
sumber gambar-gambar yang diambil dari https://www.google.com/search?q=gambar+kesihatan+mental&rlz=1C1CHMO_en-GBMY575MY576&es_
Oleh yang demikian, kita seharusnya bijak menangani segala masalah yang berlaku dalam hidup kita. Kita juga perlu bijak membezakan perkara yang baik serta buruk. Minda yang sihat akan membentuk keperibadian yang mulia. Semoga nukilan ini bermanfaat untuk kita semua.
Sekian, Terima Kasih.
Nukilan :
Munirah Binti Mohd Jalani
Tuesday, May 13, 2014
7 kunci menuju ketenangan hati
7 Kunci menuju ketenangan hati
1. Jangan bergantung pada orang lain.
bergantunglah pada diri sendiri dan
bersikaplah berdikari. Hanya Tuhan-lah satu-satunya zat dimana kamu dapat
menggantungkan hidup.
2. Jangan berburuk sangka terhadap orang lain di sekelilingmu.
Berfikirlah positif, hal ini
mungkin tidak menyelesaikan SEMUA masalah mu. Tapi kegiatan ini AKAN mengusir
sifat pembenci dalam dirimu dan kemudian melakukan sesuatu yang lebih
bermanfaat.
3. Jangan selalu mengingat
penyesalan di masa lalu.
Oleh kerana itu hiduplah
sebaik-baiknya. Hidup itu mudah teman, buatlah satu keputusan.. dan JANGAN
PERNAH menyesalinya.
4. Jangan
menyimpan kemarahan, dendam, iri hati dan kebencian.
Dendam itu bagaikan racun. Ia
bisa menguasai hidupmu. Sebelum kamu menyedarinya, dendam itu boleh mengubahmu
menjadi seorang yang jahat. Sebaiknya, jika kamu merasa hari mu sungguh berat,
maka percayalah bahwa di setiap kesulitan PASTI selalu ada ada
kemudahannya.
5. "manage"
masa.
Aset utama dan terpenting dalam
kehidupan bukanlah wang, intan, permata ataupun berlian, tetapi adalah WAKTU.
Ingatlah bahwa mesin waktu itu tidak pernah ada, kita tak akan boleh membeli
waktu, memutar waktu, ataupun menghentikan waktu. Dan demi masa, sesungguhnya
manusia berada dalam kerugian yang sangat besar apabila mereka tidak dapat
memanfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya.
6. Jangan pernah
risau tentang hari esok.
Ingatlah bahwa Tuhan menjanjikan
masa depan, dan harapan kita tidak akan pernah lenyap.
Bukankah cinta, hidup dan mati itu ada di tangan Tuhan?
Ia telah menuliskan takdir manusia jauh saat sebelum kita di lahirkan.
Ia tahu apa yg terbaik bagi kita, maka dari itu jangan pernah sesali apa yang terjadi meskipun terasa perih bagi kita.
Pada akhirnya setiap manusia akan di ciptakan untuk saling berpasang pasangan, maka dari itu jangan pernah kuatir akan cinta mu. Segala sesuatu akan indah.. pada waktunya. Percayalah. Sudah banyak orang yang pernah mengalaminya.
Bukankah cinta, hidup dan mati itu ada di tangan Tuhan?
Ia telah menuliskan takdir manusia jauh saat sebelum kita di lahirkan.
Ia tahu apa yg terbaik bagi kita, maka dari itu jangan pernah sesali apa yang terjadi meskipun terasa perih bagi kita.
Pada akhirnya setiap manusia akan di ciptakan untuk saling berpasang pasangan, maka dari itu jangan pernah kuatir akan cinta mu. Segala sesuatu akan indah.. pada waktunya. Percayalah. Sudah banyak orang yang pernah mengalaminya.
7. Ketuklah, maka pintu
akan terbuka.
Ingatlah pada Nya, maka Ia akan
mengingatmu.
Berdoalah, maka keluh kesahmu akan didengarkan.
Berdoalah, maka keluh kesahmu akan didengarkan.
prepared by: nurul farahin ibrahim @ missfaara.
Relaxation... Jom Cuba
Google Image Relaxation |
Assalamulaikum
dan salam sejahtera. Pada ruangan kali
ini saya ingin berkongsikan satu teknik yang dapat membantu kita dalam mengawal
Stress dalam rutin seharian kita. Bukan itu sahaja teknik ini juga dapat
digunakan oleh kaunselor pelatih seperti kita untuk membantu klien. Kebanyakkan
kajian mendapati lebih daripada 50%
pesakit mengalami penurunan kekerapan atau kejadian sawan dengan mengamalkan
teknik Relaxation. Teknik ini sesuai
untuk mengurangkan ketegangan kepada otot. Cara-cara menarik dan melepaskan
pernafasan juga diajar dalam teknik ini. Dalam teknik ini kita akan dilatih
membayangkan gambaran-gambaran yang memberi ketenangan dan dilatih sehingga
menjadi amalan seharian. (Mahir, 2009) . Oleh itu, teknik ini juga telah membantu saya
dalam mengawal tekanan saya dan membantu klian yang telah kehilangan
self-esteem. Sekiranya anda ingin mencuba, saya ada sertakan langkah-langkah
dan muzik yang sesuai digunakan untuk proses tersebut. Sekiranya ingin menukar
muzik kepada muzik yang lain anda boleh melakukan sedemikian tetapi perlu
diingat muzik yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan intonasi suara yang
digunakan. Selamat mencuba.
Langkah-langkah Relaxation; Play Music
1. Fasilitator
perlu memperkenalkan diri sebelum melakukan sebarang aktiviti kepada para
peserta.
2. Fasilitator
perlu menerangkan Objektif dan rasional aktiviti yang akan dijalankan
3. Setelah
selesai kanselor pelatih bertanyakan khabar para peserta.
4. Fasilitator
perlu tahu akan tahap kesihatan para peserta agar aktiviti dapat dijalankan
dengan sempurna.
5. Peserta
akan diminta untuk memejam mata dan mengandaikan mereka sedang baru bangun
tidur.
6. Langkah-langkah
relaxation:
·
Assalamulaikum dan salam sejahtera….
·
Anda diminta untuk pejamkan mata anda
bagi melaksanakan slot Relaxation ini.
·
Tenangkan fikiran anda dan tidak perlu
anda fikirkan apa yang sudah berlaku atau akan berlaku
·
Biarkan diri anda dalam keadaan yang
tenang
·
Caranya mudah…. tumpukan kepada
penafasan anda kini
i.
Tarik lepaskan perlahan-lahan
ii.
Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan.
iii.
Biarkan diri anda dalam keadaan yang
selesa
·
Bayangkan anda baru sahaja bangun dari
tidur.
·
Anda senyum untuk meneruskan kehidupan
anda pada hari ini
·
Anda mula berazam untuk menjadi individu
yang lebih bagus dari semalam
i.
Hari ini aku ingin menyiapkan segala
tugasan yang aku ada sebaik mungkin.
ii.
Aku juga mahu mencari maklumat untuk
menyiapkan tugasan yang aku miliki sekarang.
iii.
Setelah selesai aku mahu mengulang
pelajaran bagi pesediaan untuk menghadapi peperiksaan yang tidak lama lagi.
iv.
Aku akan lakukan sebaik mungkin demi
masa depan aku
·
Anda mula membersihkan diri anda dan
mula bersiap untuk ke kuliah pada hari ini.
·
Anda bersiap awal bagi memastikan anda
tiba di kelas lebih awal daripa pensyarah anda.
·
Anda mula mengambil tempat didalam kelas
anda
·
Setiap kata dan penerangan yang anda
dapati didalam kelas anda manfaat sebaik mungkin.
·
Anda tetapkan teguh matlamat anda hari
ini.
·
Setelah selesai kuliah anda berjumpa
pensyarah bagi menanyakan setiap persoalan yang bermain difikiran anda.
·
Terima kasih itulah ungkapan yang anda
berikan kepada pensyarah anda dengan penuh keikhlasan.
·
Jam sudah menunjukkan jam 12.00
tengahari.
·
Tanpa membuang masa anda menuju ke
destinasi anda untuk menjamu selera.
·
Anda menjamah makanan yang telah anda
beli sebentar tadi.
·
Sambil menikmati keindahan ciptaan Allah
anda lahirkan dengan rasa penuh kesyukuran
·
Setelah selesai anda terus menunaikan
tanggunjawab sebelum anda melaksanakan tugasan yang lain.
·
Anda manfaat masa yang ada sebaik
mungkin.
i.
Segala bahan dan tugasan anda lakukan
tanpa mengenal erti penat.
ii.
Tiada alasan yang diberikan untuk
menangguhkan segala urusan.
iii.
Tetapkan matlamat untuk selesaikan
segala urusan.
iv.
Petang hampir melabuhkan tirainya…..
v.
Anda mula mengemas segala perlatan anda
dan letakkan kemudahan yang digunakan ditempat asalnya.
vi.
Dengan senyuman yang tidak penah lekang
dibibir anda mengatur langkah untuk pulang.
·
Langkah di atur terus ke
·
rumah
·
Selesai segala urusan untuk hari ini
·
Nafas dalam mula ditarik tanda lega atas
taggungjawab yang telah dilaksanakan.
·
Peluk diri anda sambil ucapkan tahniah
dan syabas………( sebut nama sendiri)
·
Anda bersihkan diri anda untuk rehat
bagi meneruskan kisah anda pada kesokkan hari anda.
·
Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan
(3x)
·
Buka mata anda perlahan –lahan.
7. Aktiviti
pertama adalah untuk melihat bagaimana tingkahlaku peserta apabila baru bangun
tidur.
8. Setelah
mereka semua bangun tidur, mereka akan dibenarkan untuk menceritakan apa yang
mereka lakukan.
9. Setiap
ahli diberi peluang untuk berkongsikan apa yang akan mereka lakukan.
1. Fasilitator
akan menjelaskan bahawa kita manusia hidup didunia adalah sama sahaja dan kita
sahaja yang membezakan bezakan diantara satu sama yang lain.
11. Selepas
bangun tidur kita perlu memulakan menanamkan azam yang lebih baik untuk
kehidupan kita. Apabila kita mempunyai azam maka kita akan lebih bermotivasi
dari hari-hari sebelum ini.
12. Siapa kita tidak penting tetapi semangat dan
matlamat kita perlulah jelas untuk kita akan terus berjaya. Siapa anda, siapa
saya, siapa kamu itu bukanlah persoalan tetapi niat dan matlamat hidup perlulah
jelas untuk menjadi orang yang berjaya.
t
s Tarik lepaskan perlahan
Tarik nafas dan lepaskan perlahan
Biarkan diri anda dalam keadaan yang selesa
Group Counseling Vs Cute Circle (Usrah)
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Baru-baru ini
saya temui satu buku bertajuk 'Pengenalan Kaunseling Kelompok' di perpuastakaan
Unimas,
so apalagi saya pinjam untuk kegunaan sebagai rujukan nanti sebab nak
buat sesi dekat IKM Kuching kan.
Buku ini
terlalu ilmiah untuk saya baca tetapi serba sedikit saya telah terjumpa beberapa
perenggan yang saya cari selama ini.
**ttaaarrraaaa...
Ya.
Seperti kita
tahu Perkataan 'kaunseling' seringkali dipandang serong atau disalah anggap
oleh kebanyakan orang.
Bagi mereka
kaunseling ini hanya untuk mereka yang bermasalah sahaja. Memang tidak
dinafikan kaunseling itu merupakan satu terapi. Tapi pada masa yang sama juga
kaunseling boleh bertindak sebagai satu pencegah dan pengembang kepada potensi
dalam diri.
Bukan kaunseling yang saya carikan
tapi kelompok itu yang memberi pengertian besar bagi saya.
KAUNSELING KELOMPOK!!
KAUNSELING KELOMPOK!!
Apa itu kaunseling kelompok ? **angkat
kening sebelah kiri.
OK.
Secara halusnya Kaunseling Kelompok
ini dipandang sebagai proses penyesuaian diri dengan menggunakan
pengalaman-pengalaman kelompok sebagai penggalak perkembangan diri ahli-ahli.
Saya temukan objektif Kaunseling Kelompok ini seakan-akan ataupun sama dengan sebahagian objektif Usrah ataupun Cute Circle atau bulatan gembira yang pernah dan selalu ikuti ketika di asrama dahulu
*krik krik
Meh sini saya kongsikan apa objektif Kaunseling
Kelompok ni sebenarnya
1. Menolong setiap ahli mengenal dan
memahami diri masing-masing.
2. Ahli dapat menerima diri sendiri dan menganggap dirinya sebagai berguna/berperanan.
3. Membina kemahiran berhubung di antara ahli agar membolehkan mereka menggunakannya di dunia luar.
4. Membina kepekaan terhadap orang lain. Hasilnya ahli bertangggungjawab terhadap kelakuan diri.
5. Menolong ahli mengenal perasaan orang lain. Ini menjalinkan rasa simpati mereka.
6.
Meningkatkan kemahiran mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai
matlamat hidup dan ini kemudian menolong mereka dalam perhubungan di luar dan
di dalam pekerjaan seharian.
7. Menolong ahli membina kemahiran mendengar dengan empati. Ini membolehkan ahli memahami perasaan yang tersembunyi di sebalik kata-kata yang dikeluarkan.
8. Membolehkan ahli menyatakan perasaannyadengan jujur dan tepat.
9. Menolong ahli menentukan matlamat tertentu yang boleh ditukar dan dilihat melalui kelakuan mereka.
10. Menolong ahli membina rasa dipunyai dan diterima oleh orang lain. Ini menimbulkan rasa selamat apabila menjalankan tugas dan cabaran harian.
11. Menolong ahli membina semangat dan kewibawaan menghadapi risiko dan menunjukkan kepada mereka bahawa risiko juga mempunyai ganjaran yang tinggi. Perkembangan diri tercapai melalui berkongsi pengalaman.
**fuhh panjangnya.
Ok.
Ada 11 tau objektif tu
Now..apa yang nak disampaikan disini kedua-dua usrah dan kauseling kelompok bertujuan
membentuk peribadi individu ke arah kehidupan yang lebih positif, dan
bermanfaat dalam masyarakat.
Setiap ahli bukan sekadar mendengar tetapi
berpeluang menyatakan pendapat masing-masing yang secara tidak lansung melatih
ahli untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam masyarakat.
so. camane kita sebagai bakal kaunselor ni?
Dapat tak capai objektif tu?
renung-renungkan selamat beramal.
Intahal waqt. Ilalliqa', tata J
SitiMariyamZaini (38764)
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Bismillahhirrahmannirahim..
Assalammualaikum,kabareyyy semua?? ini kali entri kakput kita borak sikit..
dah bace tajuk kat atas tu? agak-agak rasa nak pecah kat perut ke pecah kat mulut?
hehe..beguro jak bahhh bak kata urang Sarawak.. :)
![]() |
| sumber: Google |
![]() |
| sumber: Google |
Siapa tahu maksud biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ? Meh kakput nak bagi hadiah siapa yang dapat jawab betul :) maksudnya adalah.. MENYIMPAN RAHSIA.hah..siap huruf besar lagi tu..
al-kisah nya, macam entri Adawiyah Alijan sebelum ini yang bertajuk 'Kerahsiaan', lebih kurang sama juga dengan menyimpan rahsia dan macam mana kita nak simpan rahsia. Jadi, macam mana?
Kalau kita dok sembang-sembang 'rahsia' dengan kawan tu, mesti habis je sembang kita akan cakap dekat kawan, "sshhh..rahsia, jangan bagitau orang lain keh," (siap janji guna jari kelingking). tapi, betul ke semua orang boleh simpan rahsia?? Mungkin ramai yang berpendapat 'alaa..senang je, bukan perlu buat ape pun, simpan rahsia je, zip je mulut tu,habis cerita'.. tapi, senang cakap, senang ke nak buat? terpulang kepada individu masing-masing kan. Namun, sebagai manusia, kita perlu fikir, apa kesan kalau kita pecah di mulut ? banyak negatif dari positif sebenarnya. setuju tak?
Sebagai contoh dalam kaunseling kelompok, ada rakan yang berkongsi mengenai hal peribadi atau aib dirinya sendiri, tapi kalau terdapat ahli yang pecah di mulut ni dan bagitau kat rakan lain mengenai aib rakan tersebut di luar sesi, apa akan terjadi? sendiri boleh fikirkan akibatnya kalau kita tak simpan rahsia atau aibkan orang. Kalau ter'kantoi' macam mana? memang hilanglah kepercayaan orang pada kita. kan?? Satu lagi nak bagitau, kalau rasa nak terpecah jugak rahsia tu, cepat-cepat kita istighfar balik..ingat kesan/akibat/malapetaka semua tu kalau tak simpan rahsia..sebab kalau dah terpecah rahsia dekat orang lain tu confirm akan terus jadi mengumpat..lebih senang nak cakap, gosip ! Mintak-mintak dijauhkan daripada mengaibkan orang, Insyaallah.
Jangan dilupakan jugak, kite ni bakal kaunselor Insyaallah, so utk masa akan dtg confirm confirm klien dtg pada kite utk sesi kaunseling kan. Perkara paling penting daripada semua benda adalah simpan rahsia diorang. Meh kakput bagi tips sikit macam mana nak kekalkan confidentiality dalam kaunseling. Mula-mula skali masa nak buat sesi kaunseling tu,,
Banyak borak pulak ek? malas sangat nak baca leh jenguk link ni
http://www.wikihow.com/Maintain-Confidentiality-in-Counseling :)
Kembali kepada tajuk besar kite tu, ingat je kata-kata kakput ni, 'jangan terlalu mencari aib orang lain, sehingga kita terlupa akan aib kita sendiri'..
- Bagi la persetujuan termaklum dkt klien. Dlm pada tu jelaskan la kat klien apa faedah yg klien dpt dari sesi tu dan kalau kita rekod sesi, bagitau semua kat dlm persetujuan termaklum tu. Jgn lupa jugak ! bace la buku kod etika kaunseling dan Akta Kaunseling tu smbil duduk tunggu klien dtg. Atleast kite tahu yg kita ni terlindung dgn Akta dan etika. takdelah dok buat sesi sesukahatimu sajeee kan :)
- Kite jugak kena jaga rekod-rekod sesi kaunseling yg kita dh buat tu. segala nota kes klien pun kena simpan elok-elok (lagi elok simpan kat peti besi) supaya takdela org dok belek-belek buat-buat terjumpa fail klien kita tu. kalau ada klien nk tengok rekod fail diorang, elok kalau kita hanya tunjuk yg surface saja. Jgn sampai emosi klien terganggu pulak lepas tengok rekod fail diorang ! ingat tu :)
- Daripada semua yg kat atas tu, paling penting skali nak ulang balik, ingat etika kita. etika kerahsiaan taww ! susah sangat, beli benang ngan jarum, jahit je mulut tu. hehe gurau over pulak. tak tak. memang kena simpan rahsia klien k. or maybe kita boleh share dgn penyelia kita apa masalah yg dihadapi tp secara surface jugak klaw nk kongsi maklumat :)
Banyak borak pulak ek? malas sangat nak baca leh jenguk link ni
http://www.wikihow.com/Maintain-Confidentiality-in-Counseling :)
Kembali kepada tajuk besar kite tu, ingat je kata-kata kakput ni, 'jangan terlalu mencari aib orang lain, sehingga kita terlupa akan aib kita sendiri'..
Peringatan untuk kakput juga yang kadang-kadang leka untuk zip mulut ini. so better pecah kat perut daripada pecah kat mulut sampai menyusahkan orang lain. Akhirulkalam, kakput bagi sepotong hadis buat tatapan semua. Insyaallah menginsafkan. Amin.
![]() |
| sumber: Google |
by: Naziatul Aqma binti Azhar a.k.a KAKPUT :)
Setiap Langkah Kita Bersama..
ewah2, klik..klik.. (cerita sem 1)
Lawatan ke penjara borneo.. sapa xpi mmg rugi.. hu hu
Hang ingat senang nak jadi kaunselor?? hang ingat senang nak faham perasaan orang nie?? susah weyh... perasaan sendiri pun kadang tu xfaham, mcm mna pulak dengan perasaan orang len nie.. hang ingat nak main dengan perasaan orang tu perkara kecik, ingt mcm maen masak-masak.. tidak semudah yang hang fikirkan, kalau salah faham, salah tafsir, hancur habis lah.. perasaan nie kalau kita main, tapi x keluarkannya dgn abes atau hanya bermain mcm tu sja.. memang sakit la.. cuba kita tgok air berkarbonat..ok saya bagi contoh air coca-cola.. cuba kita goncangkan botol tu, then buka penutupnya.. memang gas akan tersemburlah kan.. mcm mna pulak kalau kita xbuka penutupnya tu, mmg gas tu tak akan keluar tapi.... faham-faham sendirilah yea.. mcm 2 jugak perasaan manusia, kalau kita hanya main-main dan last sekali kita biarkan sja tanpa ada jalan keluar @ penyelesaiannya. Hati-hatilah wahai bakal kaunselor!
Setiap langkah, setiap detik, kita bersama wahai bakal kaunselor..
Peluang datang hanya sekali, jangan sia-sianya.. Fikir, fikir dan fikir..
Gunakan ia sebaik-baiknya..
posted by Noor Fadzilah Zolkifli
Friday, May 2, 2014
BANGGAKAH KITA???
Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
bakal kaunselor dan para pembaca...
Saya mulakan entry saya dengan pengalaman saya..
Pernah satu ketika apabila Encik Razali
a.k.a bapak bertanya kepada semua pelajar kaunseling antara pekerjaan doktor
dan kaunselor mana yang lebih hebat. Rata-rata pelajar ada yang memilih
kaunselor dan ada juga yang memilih doktor. Namun apa yang bapak katakan adalah
pekerjaan akan menjadi hebat apabila anda memikirkannya hebat. Adakah kita memikirkan perkara yang sama wahai kaunselor to be semua..
Pernahkah kita terfikir kita menjadi
apa yang anda sekarang..pasti semua bakal kaunselor pernah melontarkan keluhan
"ingat senang jadi kaunselor"..hehe..saya pun pernah mengalami situasi
yang sama..selalu dekat sekolah tengok kaunselor duduk dalam bilik je..macam
senang je..tetapi bila sudah masuk dalam bidang kaunseling..haaa barulah sedar
bukan mudah sebenarnya dan saya pasti banyak cabaran dan dugaan menjadi
kaunselor pelatih..yess!!!kita special!!!kerana apa???kerana kita dilatih dari
awal untuk menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan..walaupun terdapat sesetengah
orang akan mengaitkan kaunseling dengan sekolah tetapi itulah sebenarnya
peranan kita sebagai kaunselor pelatih untuk mengembangkan skop pekerjaan
kaunselor. Tonjolkan kemampuan kita wahai kaunselor to be!!!!tiba-tiba
bersemangat pulak kan..hehe..
Mulakan dengan diri kita..jika kita
ingin dikenali oleh orang lain sebagai kaunselor yang kita inginkan,binalah
identiti kita..adakah kita ingin dikenali hanya kerana nama kaunselor atau
kerana sumbangan kita kepada yang memerlukan..fikirkan lah..masih banyak yang
perlu kita pelajari..saya juga mempunyai rakan yang mengambil bidang yang
sama..apa yang dia pesan kepada saya, belajarlah sebanyak mana yang boleh
selagi belum masuk ke alam pekerjaan..kerana alam pekerjaan sangat lah
mencabar..tetapi saya percaya proses pembelajaran yang disediakan oleh jabatan
kaunseling sangat membantu pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan. tidak
dinafikan kursus yang ditawarkan oleh jabatan kaunseling amat diminati oleh pelajar
program lain..kerana apa??kerana ianya dapat membantu pelajar dalam mengenal
identiti diri..tidakkah itu sudah terlalu cukup untuk kita mengucapkan
alahamdulillah..syukur dengan apa yang kita ada..bukan sahaja dapat membantu
orang disekeliling tetapi yang lebih penting dapat membantu diri kita kaunselor
to be memiliki aura positif dalam diri..cewahh..macam senang je kan..tetapi
tidak mustahil juga kan..it is learning proses..=)
Saya akhiri entry saya dengan kata-kata
semangat bagi kaunselor to be...
bakal kaunselor dan para pembaca...
sumber : google image
- wish u all have a nice day
- enjoy read my entry
by: Norhayani Hassan
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)


.jpg)

.jpg)

.jpg)







