Tuesday, May 13, 2014

Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

Bismillahhirrahmannirahim.. 
Assalammualaikum,kabareyyy semua?? ini kali entri kakput kita borak sikit..
dah bace tajuk kat atas tu? agak-agak rasa nak pecah kat perut ke pecah kat mulut? 
hehe..beguro jak bahhh bak kata urang Sarawak.. :)

sumber: Google

sumber: Google


Siapa tahu maksud biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ? Meh kakput nak bagi hadiah siapa yang dapat jawab betul :) maksudnya adalah.. MENYIMPAN RAHSIA.hah..siap huruf besar lagi tu.. 
al-kisah nya, macam entri Adawiyah Alijan sebelum ini yang bertajuk 'Kerahsiaan', lebih kurang sama juga dengan menyimpan rahsia dan macam mana kita nak simpan rahsia. Jadi, macam mana? 

Kalau kita dok sembang-sembang 'rahsia' dengan kawan tu, mesti habis je sembang kita akan cakap dekat kawan, "sshhh..rahsia, jangan bagitau orang lain keh," (siap janji guna jari kelingking). tapi, betul ke semua orang boleh simpan rahsia?? Mungkin ramai yang berpendapat 'alaa..senang je, bukan perlu buat ape pun, simpan rahsia je, zip je mulut tu,habis cerita'.. tapi, senang cakap, senang ke nak buat? terpulang kepada individu masing-masing kan. Namun, sebagai manusia, kita perlu fikir, apa kesan kalau kita pecah di mulut ? banyak negatif dari positif sebenarnya. setuju tak? 

Sebagai contoh dalam kaunseling kelompok, ada rakan yang berkongsi mengenai hal peribadi atau aib dirinya sendiri, tapi kalau terdapat ahli yang pecah di mulut ni dan bagitau kat rakan lain mengenai aib rakan tersebut di luar sesi, apa akan terjadi? sendiri boleh fikirkan akibatnya kalau kita tak simpan rahsia atau aibkan orang. Kalau ter'kantoi' macam mana? memang hilanglah kepercayaan orang pada kita. kan?? Satu lagi nak bagitau, kalau rasa nak terpecah jugak rahsia tu, cepat-cepat kita istighfar balik..ingat kesan/akibat/malapetaka semua tu kalau tak simpan rahsia..sebab kalau dah terpecah rahsia dekat orang lain tu confirm akan terus jadi mengumpat..lebih senang nak cakap, gosip ! Mintak-mintak dijauhkan daripada mengaibkan orang, Insyaallah. 

Jangan dilupakan jugak, kite ni bakal kaunselor Insyaallah, so utk masa akan dtg confirm confirm klien dtg pada kite utk sesi kaunseling kan. Perkara paling penting daripada semua benda adalah simpan rahsia diorang. Meh kakput bagi tips sikit macam mana nak kekalkan confidentiality dalam kaunseling. Mula-mula skali masa nak buat sesi kaunseling tu,,


  •  Bagi la persetujuan termaklum dkt klien. Dlm pada tu jelaskan la kat klien apa faedah yg klien dpt dari sesi tu dan kalau kita rekod sesi, bagitau semua kat dlm persetujuan termaklum tu. Jgn lupa jugak ! bace la buku kod etika kaunseling dan Akta Kaunseling tu smbil duduk tunggu klien dtg. Atleast kite tahu yg kita ni terlindung dgn Akta dan etika. takdelah dok buat sesi sesukahatimu sajeee kan :)

  • Kite jugak kena jaga rekod-rekod sesi kaunseling yg kita dh buat tu. segala nota kes klien pun kena simpan elok-elok (lagi elok simpan kat peti besi) supaya takdela org dok belek-belek buat-buat terjumpa fail klien kita tu. kalau ada klien nk tengok rekod fail diorang, elok kalau kita hanya tunjuk yg surface saja. Jgn sampai emosi klien terganggu pulak lepas tengok rekod fail diorang ! ingat tu :)

  • Daripada semua yg kat atas tu, paling penting skali nak ulang balik, ingat etika kita. etika kerahsiaan taww ! susah sangat, beli benang ngan jarum, jahit je mulut tu. hehe gurau over pulak. tak tak. memang kena simpan rahsia klien k. or maybe kita boleh share dgn penyelia kita apa masalah yg dihadapi tp secara surface jugak klaw nk kongsi maklumat :)


Banyak borak pulak ek? malas sangat nak baca leh jenguk link ni  
     http://www.wikihow.com/Maintain-Confidentiality-in-Counseling :)

Kembali kepada tajuk besar kite tu, ingat je kata-kata kakput ni, 'jangan terlalu mencari aib orang lain, sehingga kita terlupa akan aib kita sendiri'..

Peringatan untuk kakput juga yang kadang-kadang leka untuk zip mulut ini. so better pecah kat perut daripada pecah kat mulut sampai menyusahkan orang lain. Akhirulkalam, kakput bagi sepotong hadis buat tatapan semua. Insyaallah menginsafkan. Amin. 

sumber: Google



by: Naziatul Aqma binti Azhar a.k.a KAKPUT :)











2 comments:

  1. yarabbiii..kenak x kak lehot??kakput cam ampus jk nyawa..pa2 pun makseh kakput a.k.a kak lehot!

    ReplyDelete
  2. hahahaha kak lehot dah becerita. tapi ada fakta okeh :) hahaha sama2 dek mint. amacam? agak2 nk pecah kat perut ke kak mlut? haha

    ReplyDelete