Tuesday, May 13, 2014

Relaxation... Jom Cuba


Google Image Relaxation



Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Pada ruangan kali ini saya ingin berkongsikan satu teknik yang dapat membantu kita dalam mengawal Stress dalam rutin seharian kita. Bukan itu sahaja teknik ini juga dapat digunakan oleh kaunselor pelatih seperti kita untuk membantu klien. Kebanyakkan kajian  mendapati lebih daripada 50% pesakit mengalami penurunan kekerapan atau kejadian sawan dengan mengamalkan teknik Relaxation. Teknik ini sesuai untuk mengurangkan ketegangan kepada otot. Cara-cara menarik dan melepaskan pernafasan juga diajar dalam teknik ini. Dalam teknik ini kita akan dilatih membayangkan gambaran-gambaran yang memberi ketenangan dan dilatih sehingga menjadi amalan seharian. (Mahir, 2009).  Oleh itu, teknik ini juga telah membantu saya dalam mengawal tekanan saya dan membantu klian yang telah kehilangan self-esteem. Sekiranya anda ingin mencuba, saya ada sertakan langkah-langkah dan muzik yang sesuai digunakan untuk proses tersebut. Sekiranya ingin menukar muzik kepada muzik yang lain anda boleh melakukan sedemikian tetapi perlu diingat muzik yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan intonasi suara yang digunakan. Selamat mencuba.

Langkah-langkah Relaxation;   Play Music

1.      Fasilitator perlu memperkenalkan diri sebelum melakukan sebarang aktiviti kepada para peserta.
2.      Fasilitator perlu menerangkan Objektif dan rasional aktiviti yang akan dijalankan
3.      Setelah selesai kanselor pelatih bertanyakan khabar para peserta.
4.      Fasilitator perlu tahu akan tahap kesihatan para peserta agar aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.
5.      Peserta akan diminta untuk memejam mata dan mengandaikan mereka sedang baru bangun tidur.
6.      Langkah-langkah relaxation:
·         Assalamulaikum dan salam sejahtera….
·         Anda diminta untuk pejamkan mata anda bagi melaksanakan slot Relaxation ini.
·         Tenangkan fikiran anda dan tidak perlu anda fikirkan apa yang sudah berlaku atau akan berlaku
·         Biarkan diri anda dalam keadaan yang tenang
·         Caranya mudah…. tumpukan kepada penafasan anda kini
                                                              i.      Tarik lepaskan perlahan-lahan
                                                            ii.      Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan.
                                                          iii.      Biarkan diri anda dalam keadaan yang selesa
·         Bayangkan anda baru sahaja bangun dari tidur.
·         Anda senyum untuk meneruskan kehidupan anda pada hari ini
·         Anda mula berazam untuk menjadi individu yang lebih bagus dari semalam
                                                              i.      Hari ini aku ingin menyiapkan segala tugasan yang aku ada sebaik mungkin.
                                                            ii.      Aku juga mahu mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang aku miliki sekarang.
                                                          iii.      Setelah selesai aku mahu mengulang pelajaran bagi pesediaan untuk menghadapi peperiksaan yang tidak lama lagi.
                                                          iv.      Aku akan lakukan sebaik mungkin demi masa depan aku

·         Anda mula membersihkan diri anda dan mula bersiap untuk ke kuliah pada hari ini.
·         Anda bersiap awal bagi memastikan anda tiba di kelas lebih awal daripa pensyarah anda.
·         Anda mula mengambil tempat didalam kelas anda
·         Setiap kata dan penerangan yang anda dapati didalam kelas anda manfaat sebaik mungkin.
·         Anda tetapkan teguh matlamat anda hari ini.
·         Setelah selesai kuliah anda berjumpa pensyarah bagi menanyakan setiap persoalan yang bermain difikiran anda.
·         Terima kasih itulah ungkapan yang anda berikan kepada pensyarah anda dengan penuh keikhlasan.
·         Jam sudah menunjukkan jam 12.00 tengahari.
·         Tanpa membuang masa anda menuju ke destinasi anda untuk menjamu selera.
·         Anda menjamah makanan yang telah anda beli sebentar tadi.
·         Sambil menikmati keindahan ciptaan Allah anda lahirkan dengan rasa penuh kesyukuran
·         Setelah selesai anda terus menunaikan tanggunjawab sebelum anda melaksanakan tugasan yang lain.
·         Anda manfaat masa yang ada sebaik mungkin.
                                                              i.      Segala bahan dan tugasan anda lakukan tanpa mengenal erti penat.
                                                            ii.      Tiada alasan yang diberikan untuk menangguhkan segala urusan.
                                                          iii.      Tetapkan matlamat untuk selesaikan segala urusan.
                                                          iv.      Petang hampir melabuhkan tirainya…..
                                                            v.      Anda mula mengemas segala perlatan anda dan letakkan kemudahan yang digunakan ditempat asalnya.
                                                          vi.      Dengan senyuman yang tidak penah lekang dibibir anda mengatur langkah untuk pulang.
·         Langkah di atur terus ke
·         rumah
·         Selesai segala urusan untuk hari ini
·         Nafas dalam mula ditarik tanda lega atas taggungjawab yang telah dilaksanakan.
·         Peluk diri anda sambil ucapkan tahniah dan syabas………( sebut nama sendiri)
·         Anda bersihkan diri anda untuk rehat bagi meneruskan kisah anda pada kesokkan hari anda.
·         Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan (3x)
·         Buka mata anda perlahan –lahan.
7.      Aktiviti pertama adalah untuk melihat bagaimana tingkahlaku peserta apabila baru bangun tidur.
8.      Setelah mereka semua bangun tidur, mereka akan dibenarkan untuk menceritakan apa yang mereka lakukan.
9.      Setiap ahli diberi peluang untuk berkongsikan apa yang akan mereka lakukan.
1.  Fasilitator akan menjelaskan bahawa kita manusia hidup didunia adalah sama sahaja dan kita sahaja yang membezakan bezakan diantara satu sama yang lain.
11.  Selepas bangun tidur kita perlu memulakan menanamkan azam yang lebih baik untuk kehidupan kita. Apabila kita mempunyai azam maka kita akan lebih bermotivasi dari hari-hari sebelum ini.
12.   Siapa kita tidak penting tetapi semangat dan matlamat kita perlulah jelas untuk kita akan terus berjaya. Siapa anda, siapa saya, siapa kamu itu bukanlah persoalan tetapi niat dan matlamat hidup perlulah jelas untuk menjadi orang yang berjaya. 
t
s Tarik lepaskan perlahan
    Tarik nafas dan lepaskan perlahan
 Biarkan diri anda dalam keadaan yang selesa
buka mata anda. biarkan diri anda dalam keadaan yang sangat 



Google Image Meditation













No comments:

Post a Comment