Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Baru-baru ini
saya temui satu buku bertajuk 'Pengenalan Kaunseling Kelompok' di perpuastakaan
Unimas,
so apalagi saya pinjam untuk kegunaan sebagai rujukan nanti sebab nak
buat sesi dekat IKM Kuching kan.
Buku ini
terlalu ilmiah untuk saya baca tetapi serba sedikit saya telah terjumpa beberapa
perenggan yang saya cari selama ini.
**ttaaarrraaaa...
Ya.
Seperti kita
tahu Perkataan 'kaunseling' seringkali dipandang serong atau disalah anggap
oleh kebanyakan orang.
Bagi mereka
kaunseling ini hanya untuk mereka yang bermasalah sahaja. Memang tidak
dinafikan kaunseling itu merupakan satu terapi. Tapi pada masa yang sama juga
kaunseling boleh bertindak sebagai satu pencegah dan pengembang kepada potensi
dalam diri.
Bukan kaunseling yang saya carikan
tapi kelompok itu yang memberi pengertian besar bagi saya.
KAUNSELING KELOMPOK!!
KAUNSELING KELOMPOK!!
Apa itu kaunseling kelompok ? **angkat
kening sebelah kiri.
OK.
Secara halusnya Kaunseling Kelompok
ini dipandang sebagai proses penyesuaian diri dengan menggunakan
pengalaman-pengalaman kelompok sebagai penggalak perkembangan diri ahli-ahli.
Saya temukan objektif Kaunseling Kelompok ini seakan-akan ataupun sama dengan sebahagian objektif Usrah ataupun Cute Circle atau bulatan gembira yang pernah dan selalu ikuti ketika di asrama dahulu
*krik krik
Meh sini saya kongsikan apa objektif Kaunseling
Kelompok ni sebenarnya
1. Menolong setiap ahli mengenal dan
memahami diri masing-masing.
2. Ahli dapat menerima diri sendiri dan menganggap dirinya sebagai berguna/berperanan.
3. Membina kemahiran berhubung di antara ahli agar membolehkan mereka menggunakannya di dunia luar.
4. Membina kepekaan terhadap orang lain. Hasilnya ahli bertangggungjawab terhadap kelakuan diri.
5. Menolong ahli mengenal perasaan orang lain. Ini menjalinkan rasa simpati mereka.
6.
Meningkatkan kemahiran mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai
matlamat hidup dan ini kemudian menolong mereka dalam perhubungan di luar dan
di dalam pekerjaan seharian.
7. Menolong ahli membina kemahiran mendengar dengan empati. Ini membolehkan ahli memahami perasaan yang tersembunyi di sebalik kata-kata yang dikeluarkan.
8. Membolehkan ahli menyatakan perasaannyadengan jujur dan tepat.
9. Menolong ahli menentukan matlamat tertentu yang boleh ditukar dan dilihat melalui kelakuan mereka.
10. Menolong ahli membina rasa dipunyai dan diterima oleh orang lain. Ini menimbulkan rasa selamat apabila menjalankan tugas dan cabaran harian.
11. Menolong ahli membina semangat dan kewibawaan menghadapi risiko dan menunjukkan kepada mereka bahawa risiko juga mempunyai ganjaran yang tinggi. Perkembangan diri tercapai melalui berkongsi pengalaman.
**fuhh panjangnya.
Ok.
Ada 11 tau objektif tu
Now..apa yang nak disampaikan disini kedua-dua usrah dan kauseling kelompok bertujuan
membentuk peribadi individu ke arah kehidupan yang lebih positif, dan
bermanfaat dalam masyarakat.
Setiap ahli bukan sekadar mendengar tetapi
berpeluang menyatakan pendapat masing-masing yang secara tidak lansung melatih
ahli untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam masyarakat.
so. camane kita sebagai bakal kaunselor ni?
Dapat tak capai objektif tu?
renung-renungkan selamat beramal.
Intahal waqt. Ilalliqa', tata J
SitiMariyamZaini (38764)
No comments:
Post a Comment