Assalamualaikum...
Bicara Kaunseling : Kesihatan Mental
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi :
1) Perasaan, fikiran dang tingkahlaku yang positif yang ada dalam diri.
2)Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain.
3)Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri Kesihatan Mental yang Positif :
*Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
*Berupaya mengawal perasaan.
*Sanggup menerima kegagalan dalam hidup.
*Mampu mengawal diri dari kegiatan yang tidak bermoral.
*Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
*Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
Langkah ke arah Kesihatan Mental yang Positif :
*Menerima kenyataan diri secara realistik.
*Mengendali masa dengan sebaiknya.
*Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
*Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
*Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
Akibat Kesihatan Mental diabaikan :
*Tekanan dalam hidup.
*Peningkatan risiko penyakit mental.
*Kecendungan melakukan kegiatan tidak bermoral (berzina, minum arak, dadah dan bohsia).
*Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga/keluarga.
sumber gambar-gambar yang diambil dari https://www.google.com/search?q=gambar+kesihatan+mental&rlz=1C1CHMO_en-GBMY575MY576&es_
Oleh yang demikian, kita seharusnya bijak menangani segala masalah yang berlaku dalam hidup kita. Kita juga perlu bijak membezakan perkara yang baik serta buruk. Minda yang sihat akan membentuk keperibadian yang mulia. Semoga nukilan ini bermanfaat untuk kita semua.
Sekian, Terima Kasih.
Nukilan :
Munirah Binti Mohd Jalani
No comments:
Post a Comment