Saturday, March 15, 2014

Mendapatkan Kawan Dan Menarik Perhatian Manusia


Assalamualaikum w.b.t dan salam satu kaunseling :)

Sebelum baca blog saya pada hari ini semua DIJAWIBKAN SENYUM :) :) :)

Saya harap semua  sihat-sihat belaka :) mesti kamu semua hairan kenapa saya asyik-asyik letakkan simbol SENYUMAN :) sebab CHARLES SCHWAB berkata bahawa harga senyuman adalah lebih daripada sejuta dolar, saya yakin kenyataan itu adalah benar. Hal ini, kerana saya dapat melihat seorang rakan baik saya yang tidak jemu memberikan senyuman kepada semua orang membuatkan beliau amat disenangi oleh kawan-kawan dan semua orang.

                                        “TERSENYUMLAH”

         Pada hari ini apa saya ingin kongsingkan di blog yang sangat menarik ini bagi tantapan buat sahabatku yang disayang :) Bagaimana cara mendapatkan kawan dan mampu mempengaruhi seseorang. Saya yakin semua ingin memiliki kawan yang baik kan ?? serta mampu membimbing kita dengan baik. Saya sangat bersyukur kerana dari saya sekolah tadika sehingga la saya berada di UNIVERSITI ini saya dianugerahkan rakan-rakan yang baik dari segi  akhlak, sikap, berbudi bahasa dan sebagainya :) Saya harap kawan-kawan lain juga merasakan apa yang saya rasa sekarang  :) Cuba anda melihat rakan sebelah anda kiri, kanan, belakang, depan dan sekelas senyum la dengan mereka kerana mereka adalah insan yang sentiasa mengembirakan hidup kita disaat kita berjauhan dengan keluarga ....... Satu tarikan yang sangat kuat untuk kita mengambil hati kawan dengan dapat memberikan pertolongan sebenar dengan tanpa mengharapakan balasan dan mahupun mengambil kesempatan. Apabila kita Berjaya melakukan demikian maka anda menang tiga faedah iaitu, mendapat sahabat-sahabat yang ikhlas, orang-orang yang memusuhi anda sebelumnya akan kagum dan menghormati anda, dan rakan-rakan lain dapat melihat kehebatan dalam diri kita dengan kebijaksanaan, diplomasi dan ketabahan yang kuat.

     MESTI KAMU TERTANYA KENAPA SAYA FOKUSKAN KAWAN WAL HAL SEKARANG KITA DALAM MAKMAL KAUNSELING II kalau semua masih ingat tajuk saya ada juga menekankan cara mempengaruhi orang dan sama maksud dengan menarik perhatian. MEMPENGARUHI ORANG sini buka bermaksud kita nak berniaga nak tarik pelanggan hehehe :) sebagai bakal kaunselor kita perlu menarik perhatian individu agar kita mendapatkan kepercayaan daripada mereka ... Bukan dalam sesi kaunseling sahaja di luar juga kita perlu melihat bahawa di kehidupan masayarakat kita perlu meyakinkan KERJAYA KAUNSELOR dengan masyarakat.


BAGAIMANA ANDA BERJAYA MENARIK PERHATIAN MANUSIA??? Kita nak bagi duit, makanan, harta, semua itu bukan la satu tarikan buat manusia. Apa yang paling penting kita perlu memberikan perhatian, penghormatan , persahabatan dan meletakkan perasaan mereka pada tempat iktibar. Saya yakin sekiranya kita mengamalkan 4 perkara ini perasaan akan bertukar kepada kasih sayang , penghormatan dan tolong menolong. Percayalah bahawa kebanyakan manusia mampu berpengaruh kepada manusia ialah mereka yang mempercayai kepentingan manusia.
Hasil pembacaan buku PERSONALITI UNGGUL terdapat satu ungkapan yang membuatkan saya tertarik yang mengatakan “ adakah anda memperhatikan orang lain atau anda tidak memperhatikan selain perkara-perkara yang anda perlukan??” tanpa kita sedari mendapati bahawa kita tidak memperhatikan selain apa yang penting bagi kita. Kebiasaanya manusia ini apabila dia merasakan seseorang itu memperhatikan dan mengambil berat dengan kita maka mereka merasakan kita penting dalam hidup mereka. Oleh itu, apa yang dapat kita lihat sini kita mengambil berat dalam hal kecil juga mampu menarik perhatian J.
Pertama kali saya melihat sejarah kehidupan Theodore Roosevelt tertarik dengan kepelbagaian pengetahuan beliau. Kawan-kawan boleh menonton berkaitan beliau  http://www.youtube.com/watch?v=ZlxVDdBtFQQ :) 

 

   Bagi beliau cara untuk menarik perhatian seseorang agak mudah kerana apabila beliau mengetahui siapakah tetamunya, pada malam itu beliau akan membaca tentang sesuatu perkara yang dijangkanya akan menarik perhatian tetamunya. Begitu juga kita sebagai bakal KAUNSELOR perlu membuat persediaan dalam melaksanakan aktiviti bimbingan, kelompok dan sebagainya kerana sudah pasti kita telah mengetahui serba sedikit ahli mahupun peserta yang kita akan kendalikan. Saya percaya sebelum kita ingin melakukan satu perkara seperti perniagaan, temu duga dan lain-lain kita perlu mengetahui serba sedikit berkaitan individu berkenaan. Oleh kerana berdasarkan pengalaman saya bekerja di sebuah syarikat SWEET SECRET BAKERY saya sedar bahawa jika saya tidak tahu apa yang digemari dan tidak pandai berbual sesuatu yang menyeronokkan, saya sudah pasti sehinggakan hari ini mendapat bantuan yang diberikan J
“ Perkatakanlah tentang sesuatu yang digemari oleh orang lain “

-mutiara/ blue -




Friday, March 14, 2014

BUKAN mudah " MEMANUSIAKAN" manusia



SUDUT PANDANG :  NUR IZZATI BINTI SABTU, JOHORIAN :)



Taken from MH370 Picture.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dirahmati Allah hendaknya.
Isu MH370 semakin hangat diperkatakan. Ketiadaan jawapan dalam persoalan sudah tentu menimbulkan banyak spekulasi dan judgement dalam pemikiran insan yang bergelar manusia. Sudah tentu scrolling di Facebook juga kian membuak-buak tanpa ada hentinya.

Inilah yang dinamakan kehidupan, semakin kita diuji semakin hebat ujian dalam kesabaran. Dari sudut inilah, keperluan kaunselor itu dipandang dan digunapakai. Kemahiran yang telah dipelajari,jangan kita siakan. Saya melihat, kepakaran kita sangat dituntut dalam mengendalikan kes-kes yang berbentuk pengawalan emosi dan tekanan, dan ternyata di kaca televisyen,ianya  sangat- sangat diperlukan bagi mangsa-mangsa kejadian ataupun keluarganya yang terdekat.

Dan sudah tentu menjadi kebiasaan bagi diri kita yang lemah, atas setiap permasalahan yang belum diselesaikan itu akan membuat jiwa tak tenang, hati yang gusar, pikiran yang resah, muncul pelbagai keraguan, bahkan terkadang hampir putus asa menunggu permasalahan itu cepat berlalu dari dalam diri. Pada masa inilah nilai kesabaran, keikhlasan, kecerdasan, kematangan dan tentunya yang paling utama, adalah keimanan, akan menjadi salah satu benteng yang kukuh untuk menghindari diri dari terpengaruh dengan setiap berita yang tidak dapat ditemui betul ataupun tidak.

Permasalahan-permasalahan yang datang , jika difikir secara logik, tidak hanya berasal dari diri sendiri saja, bahkan terkadang permasalahan itu pun boleh datang dari orang lain di sekitar kita. Jika kita tidak menguatkan iman, tidak mampu bersikap dewasa dalam bertindak, matang dalam pemikiran, luas dalam ilmu dan pengalaman, bahkan tidak menyerahkan semuanya kepada Sang Khalik iaitu pencipta, setelah berusaha keras dan cerdas, maka sangat dikhuatiri diri kita juga akan menjadi seseorang yang semakin lemah, rapuh, putus asa, frustasi dan cenderung ke arah depresi.


Letakkan empati yang dipelajari di dalam diri, dan kita tidak akan pernah rugi. Teruskan berdoa dan jangan berputus asa kerana doa merupakan senjata orang mukmin. 

Meminjam sedikit kata-kata dari Kapten Norudin MH370 berkenaan insiden ini ialah , 

"Di mana sains berakhir , disitulah kuasa ALLAH bermula " J J J 

-WALLAHUALAM _

Wednesday, March 12, 2014

Benarkah HATI ini, empati?

 “No mother no father, to wipe away my tears,
That’s why I won’t cry,
I feel scared, but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart, I never have any doubt,
Palestine, tomorrow will be free”
(Maher Zain, Palestine Will Be Free)

Palestine, tomorrow will be free. Sejak kita masih kecil kita sudah mendengar berita berkenaan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat palestin yang ditindas oleh Yahudi Laknatullah. Dan sehingga kini nasib mereka tetap sama, tiada perubahan. Mereka disakiti tterus menerus tanpa ada belas kasihan. Malah dunia yang melihat begitu ramai jika dibandingkan dengan kuantiti yang menindas. Namun, dunia hanya menjadi mata-mata yang melihat namun, tiada daya untuk berbuat apa-apa. Lebih sedih, apabila, masih ramai yang tidak tahu apa yang berlaku di tanah palestin.

“Aku bukan dari kalangan mereka yang menindas. Aku tidak merosakkan sesiapa!! Apa perlu aku peduli?”

“Aku bukan rakyat palestin. Mengapa aku pula yang perlu memperjuangkan nasib mereka?”

Dan ada pula yang menyahut,

“Mereka perlu bangkit sendiri!”

Jadi, dimana sifat empati kita? Sifat empati yang sentiasa ditekankan oleh para pensyarah, dan para pengamal kaunseling supaya sebagai individu yang mempunyai latar belakang kaunseling mengamalkannya. Dan sifat ini juga memang sudah tiada dalam diri masyarakat. Jika ada, mungkin dalam jumlah yang sangat sedikit.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa perlu kaitkan dengan isu palestin. Errrrr…. Itu hanya sekadar contoh yang ada dihadapan mata dan pada masa yang sama, memperlihatkan betapa masyarakat berada dalam keadaan yang sangat genting tanpa ada empati dan kasih sayang. Lihat sahaja, kes pembunuhan yang sangat kejam, selain itu, kehidupan yang menekan tanpa wujud kasih sayang menjadikan seseorang itu dengan mudah membuat keputusan untuk membunuh diri kerana itu penyelesaian yang terbaik.

Empati dalam konsep kaunseling, merujuk kepada bagaimana seorang kaunselor mampu untuk merasai apa yang klien rasakan berkenaan isu yang dibincangkan. Ini dikuatkan lagi dengan teori yang dipelopori oleh, Carl Rogers. Secara dasarnya, semua kaunselor perlu mempunyai tiga ciri utama dan salah satunya ialah bersifat empati.

“Empathy is the ability to understand the client’s feeling.  This refers to the therapist's ability to understand sensitively and accurately the client's experience and feelings. An important part of the task of the person-centered counselor is to follow precisely what the client is feeling and to communicate to them that the therapist understands what they are feeling in here and now condition.”

Memang benar, sifat empati itu wujud apabila kita boleh merasakan apa yang orang lain rasakan. Seolah-olah meletakkan diri kita ditempat mereka. Sebagai kaunselor atau bakal kaunselor kita pasti dan yakin kita mampu bersikap empati ketika melakukan sesi kaunsleing bersama klien.

Namun, adakah kita menjadi empati hanya ketika kita melaksanakan sesi kaunseling. Sebaik melangkah keluar dari bilik sesi, kita seolah-olah terlupa lantas menjadi orang yang berbeza. Berjumpa dengan orang yang tidak setaraf, kita langsung tidak menghiraukan, mendengar kisah kesusahan seseorang tidak sedikit terlintas untuk membantu. Ini kerana bagi kita, “aku tiada kaitan dengan mereka”.

Adakah kita ingin membiarkan sifat individualistik tanpa empati ini terus berlaku dalam masyarakat kita? Percayalah jika sifat ini tidak diamalkan dan dilaksanakan kita siapa lagi yang akan menunjukkan contoh terbaik pada masyarakat. Lantas, kehidupan masyarakat akan menjadi sangat teruk suatu hari nanti. Semua saling memikirkan tentang diri sendiri, benci membenci, tiada kasih sayang walaupun kita berpijak diatas bumi yang sama.

Sebagai seorang yang berbangga menyatakan dirinya merupakan pengamal kaunseling, menjadi teladan kepada masyarakat merupakan satu perkara yang perlu dan mesti. Bukan bermakna, kita tidak boleh melakukan kesilapan, malah ia tidak mungkin kerana, manusia itu tidak sempurna. Tetapi, ini merupakan cabaran supaya kita menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Ketika bersesak-sesak menaiki bas, kita menjadi seseorang yang tidak mementingkan diri, malah mendahulukan orang lain. Ketika berjanji untuk memberikan sesuatu jika berjaya mestilah ditunaikan. Dan apabila ada yang memerlukan bantuan dan pada masa yang sama kita ada masa terluang, berilah sedikit masa untuk menghulurkan bantuan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan

Jom berfikir sejenak….

fatihamir 


Saturday, March 8, 2014

Kaunseling Kelompok

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada kumpulan satu bagi kelas makmal kelompok dua….
Kalau nak dikatakan pengalaman dalam menulis blog, memang saya kurang mahir.. kadang-kadang terfikir, apa la yang aku nak kongsikan dalam blog nie… hehheheheheh

Walaubagaimanapun, saya akan cuba untuk buat yang terbaik dan kita sama-sama dapat belajar dan mengetahui serba sedikit tentang apa ilmu yang ingin saya kongsikan disisi. Mungkin ada segelintir dari kita yang sudah mengetahui mengenai peristiwa ini, namun saya rasa tidak salah untuk saya kongsikan lagi..
Apa yang saya akan kongsikan adalah mengenai definisi kaunseling kelompok? 

Definisi kaunseling kelompok

Kaunseling Kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang dialami. Jadi proses ini menekankan pemikiran yang sedar, dari segi perasaan dan kelakuan. Tujuan kaunseling kelompok ini adalah untuk memperbaiki tingkah laku klien yang tidak mengikut norma-norma kehidupan yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah.

Mengikut Corey (1990), kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih . Hansen et. al (1976), tujuan mencegah klien dari mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini daripada berterusan. Dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi “serius”. Tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang “serius” di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelakuan .

Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah pembelajaran, kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus perbincangan dalam kelompok sebahagain besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada individu yang normal (dapat berfungsi dengan sepenuhnya). Masalah-masalah yang sering di bawa ke dalam kelompok ialah berkaitan dengan tugas perkembangan dalam hidup seharian. Fungsi kaunseling kelompok ini serta klien adalah memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang selamat dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta perlakuan.

Teori–teori kaunseling kelompok adalah “guidelines” yang digunakan supaya proses kaunseling yang dijalankan mendatangkan hasil yang baik atau efektif. Hansen et al (1976), “ each theory proposes a process whereby the counselor and group can participate in the process of changing the member’s behavior”.Dalam menjalankan sesi, kaunselor perlulah mematuhi beberapa etika demi matlamat yang hendak dicapai.

                                              Sumber :google

Rujukan :

Corey, G. (1995). Theory and Practice of Group Counseling (4th Ed). Pacific Grove, CA: Brooks/ Cole Publishing Company

Hansen, J. C., Warner, R. W. & Smith, E. J. (1980). Group Counseling. Theory and Process (2nd Ed). Chicago: Rand McNally.



By: AINUL SARIKIN BINTI IBRAHIM

Thursday, March 6, 2014

TEORI PCT

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat G1!!!!hihihihi..

Mulakan hari dengan senyuman J J J
bila cakap mengenai kaunseling kelompok,saya tertarik nak cerita pengalaman saya waktu di kem Kemahiran Asas Menolong bersama pelajar PRS,Politeknik Kuching..Mungkin kem yang saya pergi haritu bukanlah buat sesi kaunseling kelompok yang sebenar tapi kami yang pergi kesana cuba untuk mengaplikasikan kemahiran yang pernah diajar oleh Puan Salmah…saya mengaku masih lagi dalam pembelajaran tapi saya rasa kem tersebut sangat mencabar saya sebab melaksanakan sesi kelompok tersebut bersama ahli yang saya tidak kenal. Pada permulaan perkenalan,kami memang membuat aktiviti perkenalan seperti yang saya tonton tadi perkenalan kelompok yang dilakukan oleh Corey…memang mendalam waktu buat sesi perkenalan..sehingga dua sesi baru habis sesi perkenalan saya dan ahli-ahli kelompok..bagi saya yang menyebabkan ahli-ahli kelompok mudah berkongsi disebabkan cara untuk membina hubungan mungkin  menggunakan kemahiran yang telah diajar..jadi,disini saya nak beritahu sahabat-sahabat sekalian,saya lebih gemar menggunakan teori PCT yang diasaskan oleh Carl Rogers. Teori ini menekankan tiga perkara dalam menjalankan sesi  iaitu:

Kongruen/jujur

Kaunselor mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien. Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi oleh ahli.

Menerima Tanpa Syarat

Penerimaan tanpa syarat kaunselor terhadap ahli dalam kumpulan bermaksud kaunselor menerima diri ahli yang sebenar. Kaunselor perlulah melayan ahli sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun ahli datang dengan masalah yang negatif. Kaunselor tidak boleh memandang negatif terhadap permasalahan ahli dan tidak membuat tanggapan pada ahli dengan tanggapan yang negatif.

Berempati

Kaunselor mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan tetapi bukannya sifat simpati. Sifat empati menunjukkan kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia ahli dan turut membenarkan kaunselor mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh ahli.



Bagi saya,tiga perkara diatas perlu ada dalam diri kaunselor bagi mengelakkan “bias” pada ahli yang baru dikanali. Kaunselor perlu lebih menunjukkan cirri-ciri positif agar ahli kelompok tahu bahawa mereka diterima oleh “leader” dan ahli yang lain. 
ini sahaja coretan yang saya dapat kongsikan untuk hari ini...

TAQIAH BINTI MOHAMED SALLEH

Tuesday, March 4, 2014

Gaya Kepimpinan


Assalamualaikum , salam 1 Malaysia dan salam 1 Kaunseling..
Alhamdulilah...minggu ini merupakan giliran saya uuntuk berkongsi mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kaunseling kelompok... Sudah tentu anda tertanya-tanya perkara apa yang ingin saya kongsikan..

ok kali ini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang gaya kepimpinan.. Gaya kepimpinan ??? Apa yang dimaksudkan dengan gaya kepimpinan?? Penting ke didalam kaunseling kelompok??

Menurut Hill (1965) memberi definisi gaya kepimpinan didalam kaunseling kelompok sebagai "sifat perlakuan kaunselor yang ada dan pendekatan yang digunakannya apabila berhubung dengan klien secara individu dan berkumpulan". Gaya kepimpinan dipengaruhi oleh personaliti ketua,latihan yang diterima,keprluan ahli didalam kumpulan serta masalah dan matlamat kumpulan itu. Terdapat 3 jenis Gaya Kepimpinan iaitu Autoritarian,Demokratik dan Laissez-faire.

i) Autoritarian 
* Gaya kepimpinan ini hanya berpusat kepada ketua iaitu ketua yang menetukan hala tuju sesi. 
* Ketua bertanggungjawab terhadap pengalaman, interaksi dan perkembangan ahli-ahli kumpulan.


ii) Demokratik
* Dikenali sebagai "penumpuan kepada kumpulan".
* Ketua dan ahli kumpulan bersama-sama bertanggungjawab dan menyumbang idea semasa sesi.

iii) Laisez-faire
* Ketua kumpulan tidak berfungsi.
* Ahli kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya menentukan arah tuju kumpulan.

Ok...Selepas membaca entri ini..Ciri-ciri gaya kepimpinan manakah yang sesuai dalam diri anda.??
Tentu anda terfikir-fikir lagikan.. :)


ok..sampai disini sahaja pengkongsian daripada saya...Diharapkan pengkongsian ini memberi input yang berguna kepada anda dan diri saya juga.. insyaAllah.. :)





sumber :
Google
Pengenalan Kaunseling Kelompok
Zuraidah Abd Rahman



by : Norsyuhadah bte Abd Aziz
malusipohonsemalu@blogspot.com









Thursday, February 20, 2014

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers...

Selamat datang kami ucapkan kepada para pembaca sekalian, 

Sebelum kami pergi dengan lebih jauh, ini merupakan blog yang diwujudkan khas untuk tugasan
KMC 2053 Makmal Kaunseling II (Kelompok)

Oh ye sebelum itu,kami merupakan pelajar kaunseling UNIMAS batch 12 / 13


say HI, everyone



KAMI


sesi di IKM

Setakat itu sahaja serba sedikit yang kami kongsikan pada entri pengenalan ini. anda semua akan mengenali kami berdasarkan entri -entri yang akan diupload..

SELAMAT  MEMBACA semua.....
Sebelum terlupa,serba sedikit tips untuk rakan - rakan yang mungkin pertama kali berbloging,..

cara-cara untuk menulis entry di blog
sumber:Abu Kholid
keep calm & smile
Counsellor to be