Assalamualaikum w.b.t dan salam satu
kaunseling :)
Sebelum baca blog saya pada hari ini semua
DIJAWIBKAN SENYUM :) :) :)
Saya harap semua sihat-sihat belaka :) mesti kamu semua hairan kenapa saya asyik-asyik
letakkan simbol SENYUMAN :) sebab CHARLES SCHWAB berkata bahawa harga senyuman
adalah lebih daripada sejuta dolar, saya yakin kenyataan itu adalah benar. Hal
ini, kerana saya dapat melihat seorang rakan baik saya yang tidak jemu
memberikan senyuman kepada semua orang membuatkan beliau amat disenangi oleh
kawan-kawan dan semua orang.
“TERSENYUMLAH”
Pada hari ini apa saya ingin kongsingkan di
blog yang sangat menarik ini bagi tantapan buat sahabatku yang disayang :)
Bagaimana cara mendapatkan kawan dan mampu mempengaruhi seseorang. Saya yakin
semua ingin memiliki kawan yang baik kan ?? serta mampu membimbing kita dengan
baik. Saya sangat bersyukur kerana dari saya sekolah tadika sehingga la saya
berada di UNIVERSITI ini saya dianugerahkan rakan-rakan yang baik dari
segi akhlak, sikap, berbudi bahasa dan sebagainya :)
Saya harap kawan-kawan lain juga merasakan apa yang saya rasa sekarang :)
Cuba anda melihat rakan sebelah anda kiri, kanan, belakang, depan dan sekelas
senyum la dengan mereka kerana mereka adalah insan yang sentiasa mengembirakan
hidup kita disaat kita berjauhan dengan keluarga ....... Satu tarikan yang
sangat kuat untuk kita mengambil hati kawan dengan dapat memberikan pertolongan
sebenar dengan tanpa mengharapakan balasan dan mahupun mengambil kesempatan.
Apabila kita Berjaya melakukan demikian maka anda menang tiga faedah iaitu,
mendapat sahabat-sahabat yang ikhlas, orang-orang yang memusuhi anda sebelumnya
akan kagum dan menghormati anda, dan rakan-rakan lain dapat melihat kehebatan
dalam diri kita dengan kebijaksanaan, diplomasi dan ketabahan yang kuat.
MESTI KAMU TERTANYA KENAPA SAYA FOKUSKAN KAWAN WAL HAL SEKARANG
KITA DALAM MAKMAL KAUNSELING II kalau semua masih ingat tajuk saya ada juga
menekankan cara mempengaruhi orang dan sama maksud dengan menarik perhatian.
MEMPENGARUHI ORANG sini buka bermaksud kita nak berniaga nak tarik pelanggan
hehehe :) sebagai bakal kaunselor kita perlu menarik perhatian individu agar
kita mendapatkan kepercayaan daripada mereka ... Bukan dalam sesi kaunseling
sahaja di luar juga kita perlu melihat bahawa di kehidupan masayarakat kita
perlu meyakinkan KERJAYA KAUNSELOR dengan masyarakat.
BAGAIMANA ANDA BERJAYA MENARIK PERHATIAN MANUSIA??? Kita nak
bagi duit, makanan, harta, semua itu bukan la satu tarikan buat manusia. Apa
yang paling penting kita perlu memberikan perhatian, penghormatan ,
persahabatan dan meletakkan perasaan mereka pada tempat iktibar. Saya yakin
sekiranya kita mengamalkan 4 perkara ini perasaan akan bertukar kepada kasih sayang
, penghormatan dan tolong menolong. Percayalah bahawa kebanyakan manusia mampu
berpengaruh kepada manusia ialah mereka yang mempercayai kepentingan manusia.
Hasil pembacaan buku PERSONALITI UNGGUL
terdapat satu ungkapan yang membuatkan saya tertarik yang mengatakan “ adakah
anda memperhatikan orang lain atau anda tidak memperhatikan selain perkara-perkara
yang anda perlukan??” tanpa kita sedari mendapati bahawa kita tidak
memperhatikan selain apa yang penting bagi kita. Kebiasaanya manusia ini
apabila dia merasakan seseorang itu memperhatikan dan mengambil berat dengan
kita maka mereka merasakan kita penting dalam hidup mereka. Oleh itu, apa yang
dapat kita lihat sini kita mengambil berat dalam hal kecil juga mampu menarik
perhatian J.
Pertama kali saya melihat sejarah kehidupan
Theodore Roosevelt tertarik dengan kepelbagaian pengetahuan beliau. Kawan-kawan
boleh menonton berkaitan beliau http://www.youtube.com/watch?v=ZlxVDdBtFQQ :)
Bagi beliau cara untuk menarik
perhatian seseorang agak mudah kerana apabila beliau mengetahui siapakah tetamunya,
pada malam itu beliau akan membaca tentang sesuatu perkara yang dijangkanya
akan menarik perhatian tetamunya. Begitu juga kita sebagai bakal KAUNSELOR
perlu membuat persediaan dalam melaksanakan aktiviti bimbingan, kelompok dan
sebagainya kerana sudah pasti kita telah mengetahui serba sedikit ahli mahupun
peserta yang kita akan kendalikan. Saya percaya sebelum kita ingin melakukan
satu perkara seperti perniagaan, temu duga dan lain-lain kita perlu mengetahui
serba sedikit berkaitan individu berkenaan. Oleh kerana berdasarkan pengalaman
saya bekerja di sebuah syarikat SWEET SECRET BAKERY saya sedar bahawa jika saya
tidak tahu apa yang digemari dan tidak pandai berbual sesuatu yang
menyeronokkan, saya sudah pasti sehinggakan hari ini mendapat bantuan yang
diberikan J
“ Perkatakanlah tentang sesuatu yang
digemari oleh orang lain “
-mutiara/ blue -
assalamualaikum..erm,sangat menarik intipati dalam blog ini..perkongsian cerita yang sangat
ReplyDeleteberkualiti..terima kasih kepada cik pemilik blog ini..saya mengharapkan luahan minda dan perkongsian fikiran di ruangan blog..ill keep observe n follow u..
by:miss No Blog
waalaikumsalam.... terima kasih atas sokongan anda :)
Delete