Tuesday, March 4, 2014

Gaya Kepimpinan


Assalamualaikum , salam 1 Malaysia dan salam 1 Kaunseling..
Alhamdulilah...minggu ini merupakan giliran saya uuntuk berkongsi mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kaunseling kelompok... Sudah tentu anda tertanya-tanya perkara apa yang ingin saya kongsikan..

ok kali ini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang gaya kepimpinan.. Gaya kepimpinan ??? Apa yang dimaksudkan dengan gaya kepimpinan?? Penting ke didalam kaunseling kelompok??

Menurut Hill (1965) memberi definisi gaya kepimpinan didalam kaunseling kelompok sebagai "sifat perlakuan kaunselor yang ada dan pendekatan yang digunakannya apabila berhubung dengan klien secara individu dan berkumpulan". Gaya kepimpinan dipengaruhi oleh personaliti ketua,latihan yang diterima,keprluan ahli didalam kumpulan serta masalah dan matlamat kumpulan itu. Terdapat 3 jenis Gaya Kepimpinan iaitu Autoritarian,Demokratik dan Laissez-faire.

i) Autoritarian 
* Gaya kepimpinan ini hanya berpusat kepada ketua iaitu ketua yang menetukan hala tuju sesi. 
* Ketua bertanggungjawab terhadap pengalaman, interaksi dan perkembangan ahli-ahli kumpulan.


ii) Demokratik
* Dikenali sebagai "penumpuan kepada kumpulan".
* Ketua dan ahli kumpulan bersama-sama bertanggungjawab dan menyumbang idea semasa sesi.

iii) Laisez-faire
* Ketua kumpulan tidak berfungsi.
* Ahli kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya menentukan arah tuju kumpulan.

Ok...Selepas membaca entri ini..Ciri-ciri gaya kepimpinan manakah yang sesuai dalam diri anda.??
Tentu anda terfikir-fikir lagikan.. :)


ok..sampai disini sahaja pengkongsian daripada saya...Diharapkan pengkongsian ini memberi input yang berguna kepada anda dan diri saya juga.. insyaAllah.. :)





sumber :
Google
Pengenalan Kaunseling Kelompok
Zuraidah Abd Rahman



by : Norsyuhadah bte Abd Aziz
malusipohonsemalu@blogspot.com









No comments:

Post a Comment