Saturday, March 8, 2014

Kaunseling Kelompok

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada kumpulan satu bagi kelas makmal kelompok dua….
Kalau nak dikatakan pengalaman dalam menulis blog, memang saya kurang mahir.. kadang-kadang terfikir, apa la yang aku nak kongsikan dalam blog nie… hehheheheheh

Walaubagaimanapun, saya akan cuba untuk buat yang terbaik dan kita sama-sama dapat belajar dan mengetahui serba sedikit tentang apa ilmu yang ingin saya kongsikan disisi. Mungkin ada segelintir dari kita yang sudah mengetahui mengenai peristiwa ini, namun saya rasa tidak salah untuk saya kongsikan lagi..
Apa yang saya akan kongsikan adalah mengenai definisi kaunseling kelompok? 

Definisi kaunseling kelompok

Kaunseling Kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang dialami. Jadi proses ini menekankan pemikiran yang sedar, dari segi perasaan dan kelakuan. Tujuan kaunseling kelompok ini adalah untuk memperbaiki tingkah laku klien yang tidak mengikut norma-norma kehidupan yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah.

Mengikut Corey (1990), kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih . Hansen et. al (1976), tujuan mencegah klien dari mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini daripada berterusan. Dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi “serius”. Tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang “serius” di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelakuan .

Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah pembelajaran, kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus perbincangan dalam kelompok sebahagain besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada individu yang normal (dapat berfungsi dengan sepenuhnya). Masalah-masalah yang sering di bawa ke dalam kelompok ialah berkaitan dengan tugas perkembangan dalam hidup seharian. Fungsi kaunseling kelompok ini serta klien adalah memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang selamat dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta perlakuan.

Teori–teori kaunseling kelompok adalah “guidelines” yang digunakan supaya proses kaunseling yang dijalankan mendatangkan hasil yang baik atau efektif. Hansen et al (1976), “ each theory proposes a process whereby the counselor and group can participate in the process of changing the member’s behavior”.Dalam menjalankan sesi, kaunselor perlulah mematuhi beberapa etika demi matlamat yang hendak dicapai.

                                              Sumber :google

Rujukan :

Corey, G. (1995). Theory and Practice of Group Counseling (4th Ed). Pacific Grove, CA: Brooks/ Cole Publishing Company

Hansen, J. C., Warner, R. W. & Smith, E. J. (1980). Group Counseling. Theory and Process (2nd Ed). Chicago: Rand McNally.



By: AINUL SARIKIN BINTI IBRAHIM

No comments:

Post a Comment