Wednesday, March 12, 2014

Benarkah HATI ini, empati?

 “No mother no father, to wipe away my tears,
That’s why I won’t cry,
I feel scared, but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart, I never have any doubt,
Palestine, tomorrow will be free”
(Maher Zain, Palestine Will Be Free)

Palestine, tomorrow will be free. Sejak kita masih kecil kita sudah mendengar berita berkenaan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat palestin yang ditindas oleh Yahudi Laknatullah. Dan sehingga kini nasib mereka tetap sama, tiada perubahan. Mereka disakiti tterus menerus tanpa ada belas kasihan. Malah dunia yang melihat begitu ramai jika dibandingkan dengan kuantiti yang menindas. Namun, dunia hanya menjadi mata-mata yang melihat namun, tiada daya untuk berbuat apa-apa. Lebih sedih, apabila, masih ramai yang tidak tahu apa yang berlaku di tanah palestin.

“Aku bukan dari kalangan mereka yang menindas. Aku tidak merosakkan sesiapa!! Apa perlu aku peduli?”

“Aku bukan rakyat palestin. Mengapa aku pula yang perlu memperjuangkan nasib mereka?”

Dan ada pula yang menyahut,

“Mereka perlu bangkit sendiri!”

Jadi, dimana sifat empati kita? Sifat empati yang sentiasa ditekankan oleh para pensyarah, dan para pengamal kaunseling supaya sebagai individu yang mempunyai latar belakang kaunseling mengamalkannya. Dan sifat ini juga memang sudah tiada dalam diri masyarakat. Jika ada, mungkin dalam jumlah yang sangat sedikit.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa perlu kaitkan dengan isu palestin. Errrrr…. Itu hanya sekadar contoh yang ada dihadapan mata dan pada masa yang sama, memperlihatkan betapa masyarakat berada dalam keadaan yang sangat genting tanpa ada empati dan kasih sayang. Lihat sahaja, kes pembunuhan yang sangat kejam, selain itu, kehidupan yang menekan tanpa wujud kasih sayang menjadikan seseorang itu dengan mudah membuat keputusan untuk membunuh diri kerana itu penyelesaian yang terbaik.

Empati dalam konsep kaunseling, merujuk kepada bagaimana seorang kaunselor mampu untuk merasai apa yang klien rasakan berkenaan isu yang dibincangkan. Ini dikuatkan lagi dengan teori yang dipelopori oleh, Carl Rogers. Secara dasarnya, semua kaunselor perlu mempunyai tiga ciri utama dan salah satunya ialah bersifat empati.

Empathy is the ability to understand the client’s feeling.  This refers to the therapist's ability to understand sensitively and accurately the client's experience and feelings. An important part of the task of the person-centered counselor is to follow precisely what the client is feeling and to communicate to them that the therapist understands what they are feeling in here and now condition.”

Memang benar, sifat empati itu wujud apabila kita boleh merasakan apa yang orang lain rasakan. Seolah-olah meletakkan diri kita ditempat mereka. Sebagai kaunselor atau bakal kaunselor kita pasti dan yakin kita mampu bersikap empati ketika melakukan sesi kaunsleing bersama klien.

Namun, adakah kita menjadi empati hanya ketika kita melaksanakan sesi kaunseling. Sebaik melangkah keluar dari bilik sesi, kita seolah-olah terlupa lantas menjadi orang yang berbeza. Berjumpa dengan orang yang tidak setaraf, kita langsung tidak menghiraukan, mendengar kisah kesusahan seseorang tidak sedikit terlintas untuk membantu. Ini kerana bagi kita, “aku tiada kaitan dengan mereka”.

Adakah kita ingin membiarkan sifat individualistik tanpa empati ini terus berlaku dalam masyarakat kita? Percayalah jika sifat ini tidak diamalkan dan dilaksanakan kita siapa lagi yang akan menunjukkan contoh terbaik pada masyarakat. Lantas, kehidupan masyarakat akan menjadi sangat teruk suatu hari nanti. Semua saling memikirkan tentang diri sendiri, benci membenci, tiada kasih sayang walaupun kita berpijak diatas bumi yang sama.

Sebagai seorang yang berbangga menyatakan dirinya merupakan pengamal kaunseling, menjadi teladan kepada masyarakat merupakan satu perkara yang perlu dan mesti. Bukan bermakna, kita tidak boleh melakukan kesilapan, malah ia tidak mungkin kerana, manusia itu tidak sempurna. Tetapi, ini merupakan cabaran supaya kita menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Ketika bersesak-sesak menaiki bas, kita menjadi seseorang yang tidak mementingkan diri, malah mendahulukan orang lain. Ketika berjanji untuk memberikan sesuatu jika berjaya mestilah ditunaikan. Dan apabila ada yang memerlukan bantuan dan pada masa yang sama kita ada masa terluang, berilah sedikit masa untuk menghulurkan bantuan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan

Jom berfikir sejenak….

fatihamir 


No comments:

Post a Comment