Thursday, March 6, 2014

TEORI PCT

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat G1!!!!hihihihi..

Mulakan hari dengan senyuman J J J
bila cakap mengenai kaunseling kelompok,saya tertarik nak cerita pengalaman saya waktu di kem Kemahiran Asas Menolong bersama pelajar PRS,Politeknik Kuching..Mungkin kem yang saya pergi haritu bukanlah buat sesi kaunseling kelompok yang sebenar tapi kami yang pergi kesana cuba untuk mengaplikasikan kemahiran yang pernah diajar oleh Puan Salmah…saya mengaku masih lagi dalam pembelajaran tapi saya rasa kem tersebut sangat mencabar saya sebab melaksanakan sesi kelompok tersebut bersama ahli yang saya tidak kenal. Pada permulaan perkenalan,kami memang membuat aktiviti perkenalan seperti yang saya tonton tadi perkenalan kelompok yang dilakukan oleh Corey…memang mendalam waktu buat sesi perkenalan..sehingga dua sesi baru habis sesi perkenalan saya dan ahli-ahli kelompok..bagi saya yang menyebabkan ahli-ahli kelompok mudah berkongsi disebabkan cara untuk membina hubungan mungkin  menggunakan kemahiran yang telah diajar..jadi,disini saya nak beritahu sahabat-sahabat sekalian,saya lebih gemar menggunakan teori PCT yang diasaskan oleh Carl Rogers. Teori ini menekankan tiga perkara dalam menjalankan sesi  iaitu:

Kongruen/jujur

Kaunselor mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien. Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi oleh ahli.

Menerima Tanpa Syarat

Penerimaan tanpa syarat kaunselor terhadap ahli dalam kumpulan bermaksud kaunselor menerima diri ahli yang sebenar. Kaunselor perlulah melayan ahli sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun ahli datang dengan masalah yang negatif. Kaunselor tidak boleh memandang negatif terhadap permasalahan ahli dan tidak membuat tanggapan pada ahli dengan tanggapan yang negatif.

Berempati

Kaunselor mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan tetapi bukannya sifat simpati. Sifat empati menunjukkan kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia ahli dan turut membenarkan kaunselor mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh ahli.



Bagi saya,tiga perkara diatas perlu ada dalam diri kaunselor bagi mengelakkan “bias” pada ahli yang baru dikanali. Kaunselor perlu lebih menunjukkan cirri-ciri positif agar ahli kelompok tahu bahawa mereka diterima oleh “leader” dan ahli yang lain. 
ini sahaja coretan yang saya dapat kongsikan untuk hari ini...

TAQIAH BINTI MOHAMED SALLEH

No comments:

Post a Comment