Saturday, March 22, 2014

coretanku

Assalamualaikum w.b.t..dan salam sejahtera buat rakan2 dengan harapam rakan2 yang dikasihi sentiasa berada dalam kesejahteraan dan limpah serta rahmatnya. Mh 370, isu yang sangat hebat diperkatakan dalam dunia sekarang, hilang entah kemana n tanpa berita. Ditambah lagi dengan pelbagai spekulasi yang berbagai oleh sesetengah masyarakat, sehingga mendatangkan impak yang besar kepada keluarga yang terlibat. Walaubagaimanapun, ujian ALLAH sangat hebat, dia yang maha berkuasa keatas segala sesuatu., disaat dunia masih lagi murung dengan kehilangan MH 370, kita sekali lagi dikejutkan dengan fiesta  (FMFA) yang berlangsung di Bukit Jalil  yang mana dalam fiesta tersebut telah membawa  5 orang maut. Apa yang menyedihkan saya adalah semua yang maut terebut merupakan golongan remaja yang berumur dalam lingkungan 21 tahun sehingga 28 tahun.  Sangat menyedihkan. Dalam hal ini, orang yang paling hampir dengan mangsa sedikit sebanyak akan merasa tempias tatkala ada terdengar kata2 negatif yang timbul terhadap keluraga dan  mangsa itu sendiri. Jadi, Apa yang ingin saya kaitkan disini adalah profesion sebagai seorang kaunselor adalah sangat penting, dan diperlukan pada bila-bila masa sahaja., lebih2 lagi apabila ia melibatkan perkata yang berkaitan dengan emosi perasaan , ataupun tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu. Bagi keluarga mangsa itu sendiri, mereka mungkin akan merasa sedih, dan tertekan terhadap apa yang berlaku. Jadi, sebagai seorang yang bergelar kaunselor, proses menelong pada saat ini amat diperlukan  untuk memulihkan kembali tekanan yang dihadapi. Proses menolong yang diberikan memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu agar proses menolong dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Sekian wassalam…

 

PRAY FOR MH 370

YAALLAH,

Jika Dilangit Turunkanlah,

Jika Didarat Tunjukkanlah,

Jika Di Laut Timbulkanlah.

Enkaulah Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu…

AMIN YARABBAL A’LAMIN..


              by ; Nor Asmawati ab.samat (37605)

 



No comments:

Post a Comment