Bismillahirrahmanirrahim
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera pembaca sekalian
Coretan
rintihan derita seorang insan……
Derita,
derita,derita
Makin
lama makin aku derita. Jiwa dan jasadku semakin lemah, lemah dalam membentengi noda yang tak henti menerpa, yang tak henti membasahi jasad dan jiwaku. Aku… aku
sebenarnya sakit, sakit yang belum ku jumpa penawarnya. Sakit itu seringkali menoreh belahan jiwaku yang
masih baru bercantum, sakit itu juga buatku meronta dan merintih derita. Arhhhh
sakitnya (berpeluk tubuh sambil menunduk). Saat hujan menembusi pipi, hatiku rapuh,
hatiku membengkak, saat air mata membasahi wajahku, aku menahan sakit yang tak seorang pun tahu. ku
pendam, ku simpan….., ku simpan ia sehingga suatu saat aku sudah tiada daya, aku
sunyi walau ribuan manusia ku temui, Aku sunyi walau dalam khalayak dan Aku juga
sepi walau kedengaran bingitan suara
manusia.
Hanya
aku yang mengetahui apa yang telah terjadi dalam hidupku… jiwaku sesak bagai
dihimpit batu yang mengcengkam. Cengkaman itu membuat hatiku luka dan berparut.
Dadaku dipenuhi lompong –lompong. Aku kini
tak punya siapa yang bisa melindungiku. Aku sendiri menempuhi derita
ini. Aku juga sendiri berjuang di medan ini. Aku menanti Sang Perwira yang bisa
membawaku keluar dari keadaan ini. Membimbing aku bagi memenangi peperangan
ini. Sudah lama aku berjuang sendiri. Sudah lama aku simpan seorang diri. Aku
penat, penat sekali menempuhi jalan ini. Jalan yang belum ku jumpa penghujungnya.
Aku
membayangi lautan luas yang membiru sebagai penyejuk mataku tiupan angin redup
mendatarkan kesegaranku dan pancaran mentari membawa kekuatan buatku. Kisahku
menjadi tatapan seluruh buana. Aku si pencari cinta yang jalannya dipenuhi
duri-duri tajam yang meletakkan aku diantara dua rasa, derita dan air mata. Sepanjang jalanku ku temui suatu
rasa. Rasa yang tak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata, rasa yang tak dapat ku
gambarkan dengan nada biasa. Setiap kali kali aku cuba menapak diatas jalan
berduri itu, aku sering menoleh kekiri dan kekanan. Dalam diam hatiku bersuara
alangkah indah andai ada yang bisa melihat kakiku yang sedang menapak ini.
Darah yang mengalir, bisa yang meresap hanya aku yang sedar, hanya aku yang
merasa. Ingin ku cerita pada yang ku percaya, namun sukar bagiku membuat ia
percaya, membuat ia menerima dan memahami kisahku kerna kisahku itu melangkaui
lumrah nuansa. Hari demi hari ku masih leka dan tak berdaya.
Sampai
suatu saat nanti, aku sudah tidak tertahan lagi melalui semua ini. Aku bingung
sendiri….Derita ini benar-benar buatku sakit, benar-benar buatku sengsara.
Pernah hatiku berbicara dalam diam aku ingin menjerit sepuas hatiku aku ingin
menerjah segala yang menyakiti, ingin ku
biarkan mereka dan teruskan hidupku … ahhh aku ingin melakukan itu tapi aku tak
mampu kerna aku punya ikatan perjanjian. Perjanjian antara hamba dan Pencipta.
Segala yang ku mahu tak semua akan ku bisa miliki, ada yang kukira baik untukku
tetapi yang berlaku adalah diluar jangkauanku. Namun perancanganNya jauh lebih
baik buat si hamba yang jahil.
Aku
bicara dan meluah denganNya melalui hati. Segala yang berlaku antara aku dan
dia adalah kusandarkan kepada keredhaanNya. Bagiku redha Sang Pencipta adalah
segalanya. Penentu kebahagian, kesedihan, ketabahan dan kekuatan seseorang.
Namun, hati ini juga kadang goyah, goyah dalam medan pertempuran dunia yang
menusuk. Suatu ketika pernah sesekali aku terleka sehingga melupakan kehidupan
yang lebih abdi. Ingin saja aku ucapkan sayonara pada si durjana itu…. Yang
membuat hatiku goyah yang membuat jiwaku tak keruan.
Rentetan
coretan hidup derita seorang insan….
Inilah
aku yang tak semua tahu inilah aku yang tak semua kenal. Inilah aku seorang
pencari cinta. Aku sanggup derita walaupun badai sering menerpa asalkan aku bisa
bahagia asalkan aku bisa gembira dengan apa yang kupinta dengan apa yang
dijanjikan untukku. Sudah lama aku pendam perasaan ini, sudah lama aku simpan
dengan rapi yang menjadi rahsiaku dan kini saat aku menapak duri-duri itu
dengan pimpinan tangan dari Sakinatul Hayyah. Gelaran ini kuberikan kerna dalam
derita aku masih bisa tenang.
Sang
Pewira yang dimaksudkan adalah seseorang yang dapat membantu si Aku didalam
nukilan ini keluar dari derita yang ia alami misalnya seorang kaunselor, rakan-rakan
terdekat yang sentiasa ada saat susah dan senang, teman istimewa, suami atau
isteri dan sebagainya.
Nukilan
ini dicipta bagi menyatakan dan menggambarkan fitrah manusia yang saling
memerlukan antara satu sama lain. Bagi penulis, seseorang manusia mempunyai dua
sokongan dalam hidupnya. Sokongan daripada Tuhannya iaitu Sang Pencipta dan
sokongan daripada sesama manusia di sekelilingnya.
Penulis
ingin menyentuh berkenaan sokongan daripada sesama manusia iaitu kaunselor. Di
sini kaunselor mengambil peranan bagi membantu seseorang individu yang
mengalami kesempitan hidup dan menjadikan insan tersebut tertekan dan tidak
mampu menahan lagi derita yang dialami dalam kehidupannya. Rakan pembaca
sekalian tugas seorang kaunselor sebenarnya pelbagai.
Perhubungan
menolong dilaksanakan oleh seorang kaunselor dengan sistematik menggunakan
prinsip psikologi bagi menghasilkan perkembangan dan perubahan positif terhadap
individu yang dibantu. Kaunselor biasa akan memberi gelaran kepada individu
yang dibantu sebagai klien. Perhubungan antara kaunselor dan klien adalah
secara professional dan kaunselor berperanan penting dalam membantu kliennya
mencapai penyesuaian peribadi secara menyeluruh sepanjang hayat dengan hati
yang rela untuk dibantu.
Proses
kaunseling dijalankan oleh kaunselor bagi membantu sesiapa sahaja yang datang
dan meminta untuk dibantu. Sesi kaunseling merangkumi sesi secara individu,
kelompok (perkahwinan, keluarga, rakan dan sebagainya) dan aktiviti bimbingan.
Para pembaca sekalian anda semua usahlah khawatir kerana apa sahaja yang anda
kongsikan bersama kaunselor pelatih adalah menjadi kerahsian. Terdapat akta
yang melindungi anda semua iaitu Akta 580 Akta Kaunselor 1998.
Kaunselor
berperanan untuk membantu apa sahaja yang anda semua kongsikan bersama dengan
mereka. Walaupun begitu, anda perlu
ingat bahawa kaunselor juga manusia biasa dan masing-masing mempunyai limitasi
tersendiri. Mereka hanya mampu membantu sekiranya apa yang anda kongsikan itu
dibawah bidang kuasa mereka dan sekiranya mereka tidak mampu untuk membantu
anda mereka akan merujuk kepada kaunselor lain yang mahir dalam permasalahan
ataupun isu yang anda kongsikan.
Rakan
pembaca sekalian anda semua akan dilindungi dan barisan kaunselor dengan rela
hati akan membantu anda sehingga anda mampu hidup dengan lebih tenang dan
mencapai perkara yang hajatkan dalam kehidupan. Penulis memberi gelaran kepada
seorang kaunselor dalam nukilannya Sakinatul Hayyah yang membawa maksud
ketenangan hidup.
Akhir
kalam buat pembaca yang disayangi, anda tidak sendiri dan anda juga berhak
untuk hidup bahagia. Setakat ini dahulu
perkongsian daripada penulis harap semua pembaca mandapat manfaat. Sekian.
Noor Syifaa Othman
FIKIRKAN PENYELESAIAN KEPADA SEGALA MASALAH DAN JADIKAN MASALAH SUMBER KEKUATAN DALAM KEHIDUPAN.
Gunakan umpan ikan yang kecil untuk tangkap ikan yang lebih besar. Jadikan segala pengorbanan itu terasa kecil supaya kejayaan yang lebih besar akan diperoleh (Habib Ali).