Wednesday, May 14, 2014

COUNSELLING HEAL ME

salam sejahtera untuk semua yang membaca....


Pekara yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan dengan kisah kehidupan yang saya jalani sebagai pelajar kaunseling. Kisah ini beralku semasa saya masih dalam tahun pertama lagi.semuanya bermula dengan  permigaian arwah ibu saya yang tercinta. pada ketika itu saya merasakan seakan waktu berhenti berputar. Saya merasakan seakan hidup saya kosong dan orang yang sering memberikan sokongan kepada saya dimasa saya merasakan saya tidak mampu dan dikala saya merasa sakit ketika jatuh.

 setelah peristiwa itu saya mula merasakan perubahan dalam diri saya. saya mula menjadi orang yang lain dari diri saya yang dulu. semangat saya boleh dikatakan dibawa pergi dengan pemergiaan ibu saya. semua itu saya tidak sedari secara keseluruhannya sehinggalah saya menghadiri sebuah bengkel kaunseling yang bertajuk "Art Therapy" yang dianjurkan oleh Jabatan Kaunseling FSKPM, UNIMAS.

  saya mengikuti sebuah aktiviti iaitu "pokok gembira". pada ketika itu saya hanya melukis apa sahaja yang terlintas dalam minda dan terlintas dihati saya. saya tidak sedar pula sebenarnya apa yang saya lukiskan sebenarnya menggambarkan apa yang saya sedang lalui dan pekara  itu yang menjadikan saya berkelakuan sedemikian. ia memang pengalaman yang sangat menarik untuk saya katakan kerana selepas menghadiri bengkel itu saya merasakan seolah saya bangkit bernafas dan hidup semula.

dari situ saya mula yakin dan percaya terhadap kepercayan yang saya pegang dalam mengendalikan sesi kaunseling iaitu emosi merupakan faktor utama mengapa manusia itu bertindak sedemikian dan kita hendaklah menyelesaikan "unfinished issue" dalam diri klien dahulu barulah kita dapat menyelesaikan isu yang dia hadapi pada masa sekarang.

  sesugguhnya memang kaunseling banyak mengajar dan merawat diri saya dari sudut banyak sudut.satu kebanggan untuk menjadi sebagai pelajar kaunseling kerana kita diajar untuk mengenali diri sendiri manyelasaikan isu yang kita sendiri hadapi untuk kita tahu kekuatan dan kelemahan yang kita hadapi supaya kita dapat membantu klien kita dimasa hadapan.

kini kehidupan saya rasakan lebih indah dan lebih seronok dari apa yang saya alami pada awal pengajian saya. setelah mengendalikan beberapa sesi kaunseling dengan pelbagai jenis klien dan pelbagai jenis isu klien ia sedikit sebanyak membantu saya untuk teruskan perjuangan saya. inilah perkongsian kecil daripada saya. bagi saya memang indahnya bial berada di dunia kaunseling ini. dibawah ini merupakan dua buah motivasi saya yang saya pegang bila saya merasa tengah menghadapi masalah.



by : Entry

No comments:

Post a Comment