Wednesday, May 14, 2014

Teknik Belajar Dengan Berkesan



Saya mulakan entry saya dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim....






Tajuk yang saya pilih ini sangat berkait rapat dengan saya dan semua pembaca. Walaupun tajuk ini untuk tatapan umum, tetapi ianya sebenarnya sangat memberi kesan kepada saya. Teknik belajar yang berkesan sebenarnya  perlu dipraktikkan dan caranya bergantung kepada individu masing-masing.

Sebelum saya masukkan teknik-teknik berkesan dalam pembelajaran, izinkan saya berkongsi sesuatu kepada semua mengenai cara kita  mengingati perkara yang telah dipelajari berdasarkan kajian yang dijalankan. Tahukah anda sebanyak 10 % kita akan mengingati apa yang telah dibaca dalam proses pembelajaran. 20 % pula kita akan mengingati apa yang telah kita dengar sahaja. Manakala sebanyak 50 % kita akan mengingati apa yang telah kita dengar dan lihat. 70 % kita akan mengingati apa yang telah kita cakapkan dan sebanyak 90% kita akan mengingati semua apabila kita mempraktikkan semua perkara di atas. Oleh itu, pengajaran yang boleh diambil daripada fakta di atas ialah jika kita mahukan yang terbaik, maka kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai sesuatu. Pepatah melayu ada menyatakan ‘hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.

Antara tips yang dapat saya kongsikan kepada semua mengenai teknik belajar dengan lebih berkesan ialah:
1.     Belajar mengikut masa yang sesuai.
Antara masa yang effektif untuk kita semua belajar ialah diantaranya sebelum kita tidur, selepas mandi, dan selepas ibadat. Tujuannya adalah untuk memberi otak kita semua cergas sebelum dan selepas daripada kita belajar.
2.     Ulangkaji pelajaran secepat mungkin.
Selepas selesai sahaja kita habis kuliah atau kelas, pada hari itu juga kita hendaklah mengulangkaji pelajaran kerana  kemungkinan sebanyak 80 % kita akan lupa apa yang telah kita belajar. Waktu yang paling sesuai ialah pada waktu malam hari tersebut.
3.     Kreativiti sendiri.
Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri bergantung kepada kemahiran individu. Antara kreativiti tersebut ialah pelajar itu pandai dalam  membuat nota ringkas, menampal nota didinding dalam bilik dan membuat kata-kata semangat untuk diri sendiri. Selain itu, kita juga digalakkan untuk membuat peta minda dalam membuat nota ringkas kerana peta minda ini akan mempercepatkan daya ingatan kita dalam pembelajaran.
4.     Cekap dalam menguruskan jadual belajar.
Pelajar yang cemerlang akan tahu menguruskan masa dengan bijak.  Masa itu amat penting dan pengurusan masa  yang effektif akan mempengaruhi pembelajaran kita.
5.     Tahu kesesuaian corak belajar masing-masing.
Semua orang mempunyai dan tahu bagaimana corak belajar masing-masing. Antara contoh cara pembelajaran setiap orang ialah Visual,listener, dan kinestatik.  Gaya pembelajaran visual merupakan mereka yang akan mudah cepat belajar dengan melihat gambaran. Kaedah Listener merupakan mereka seorang pendengar yang baik. Mereka akan cepat belajar apabila mendengar ketika dalam pembelajaran. Gaya kinestatik merupakan mereka yang mengaplikasikan apa yang telah dibelajar.

Akhir kata daripada saya dalam entry ini adalah kita tahu semua daripada kita adalah tidak sempurna. Oleh itu, bergantung kepada kita semua untuk berusaha dengan lebih untuk mencapai apa yang kita mahu.


by : E-Can(ihsan)

No comments:

Post a Comment