Sumber : Google
Perkataan "hypnosis" telah diperkenalkan oleh
James Braid, iaitu seorang doktor yang ternama di England. Sebelum itu, hipnosis dikenali
dengan nama Mesmerism / Magnetism. Hipnosis berasal dari perkataan
"hypnos" iaitu nama dewa tidur orang Yunani. Namun keadaan hipnosis bukanlah
seperti keadaan orang yang sedang tidur. Orang yang sedang tidur tidak
menyedari dan tidak boleh mendengar suara-suara disekitarnya tetapi orang yang
berada dalam keadaan hipnosis masih boleh mendengar dengan jelas dan bertindak
balas terhadap maklumat yang diterimanya, meskipun tubuhnya sedang dalam
keadaan rehat (seperti tidur). Selain itu, hipnosis juga ialah satu proses
untuk memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya
mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua - dua pihak. Biasanya, proses
ini digunakan untuk tujuan perubatan,
membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.
Hipnosis hanya dapat dirasakan apabila individu
tersebut mengizinkan dirinya untuk mengalaminya. Contohnya, ketika seseorang
itu membaca novel atau menonton filem, dan mengizinkan dirinya untuk
terpengaruh oleh filem atau hanyut dalam cerita novel tersebut. Kebanyakan
orang beranggapan bahawa hipnosis adalah cara untuk menguasai fikiran seseorang
namun ianya adalah seni atau proses untuk meneroka dan mengelola fikiran. Pakar
hipnosis tidak mempunyai kekuatan ajaib untuk mengendalikan pemikiran seseorang
itu. Sekiranya seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk menonton filem, maka
seseorang itu juga tidak boleh dipaksa untuk dihipnosis.
Masyarakat selama ini menganggap bahawa hipnosis /
hipnoterapi tidak rasional, dan sesuatu yang ghaib serta berunsur mistik.
Padahal, hipnosis sebenarnya merupakan fenomena rasional dan ilmiah,
supernatural, dan sama sekali tidak bertentangan dengan akal sihat. Oleh itu,
hipnosis bukanlah ilmu hitam mahupun ilmu sihir.
Sumber :
Google
Manfaat hipnoterapi?
Hipnoterapi boleh memberi manfaat kepada banyak
pihak dan berperanan dalam bidang kecantikan, kedoktoran, kesihatan tubuh dan
fikiran, masalah psikologi, masalah anak dan remaja, perkembangan diri, masalah
seksual, dan juga boleh dijadikan sekadar hiburan dan rekreasi mental. Hasil proses
terapi yang saya pernah jalani sebelum ini telah membuatkan saya faham bahawa
kunci perubahan sebenarnya ada di fikiran bawah sedar kita. Anda sendiri juga
boleh mengubah diri anda menjadi apa pun yang anda inginkan, asalkan anda
ikhlas dan bersetuju untuk mengubah program fikiran yang tertanam di Fikiran
Bawah Sedar anda.
Setiap manusia yang normal mempunyai kemampuan untuk
mengalami hipnosis sekiranya individu tersebut ingin dan ikhlas untuk mengalami
hipnosis. Bagi seseorang yang tidak ingin dihipnosis, maka individu tersebut
boleh menolak dengan cara mengabaikan semua yang diperkatakan oleh hipnotis (orang
yang melakukan hipnosis atau “ahli hipnosis”). Hipnosis sebenarnya adalah
fenomena mental semula jadi.
Saya pernah menjalani sesi bersama hipnotis sebelum
ini untuk menghilangkan fobia saya. Fobia saya itu biarlah rahsia ya. Tapi
sememangnya rasa fobia saya itu beransur-ansur hilang dan kini saya merasa
selesa dan lebih tenang. Sebelum saya mengalami proses hipnosis, saya
sebenarnya merasa takut. Banyak benda yang bermain dalam kepala saya. Saya
takut sekiranya apa yang saya tidak ingin orang lain ketahui akan terbongkar.
Namun, setelah saya mengalami dan berada dalam proses hipnosis, saya merasa
tenang, lega dan semakin merasa seronok untuk menjalankan sesi tersebut.
Syukur, dengan menjalani beberapa sesi bersama hipnotis, rasa fobia saya itu
beransur pulih dan sekarang saya tidak lagi merasa terganggu dengan fobia saya
sebelum ini. Melalui pembacaan saya tentang hipnoterapi, proses hipnosis ini
sebenarnya mampu “re-programming” minda dan fikiran kita. Oleh itu, sejak saya
sendiri mengalami proses hipnosis tersebut, saya berminat untuk mendalami lebih
lagi tentang proses hipnoterapi ini.
Bahagian yang paling saya suka
semasa proses hipnosis ialah bahagian terakhir kerana sejurus saya membuka
mata, saya pasti merasa sangat lega kerana saya merasakan bahawa ion-ion
positif sedang berlegar-legar di dalam tubuh badan saya. Saya tahu bagaimana
perasaan orang yang gembira dan saya gembira melihat orang lain gembira dan
tertawa. Oleh itu, saya selalu berharap agar saya dapat menggembirakan orang
lain. Setiap hari apabila saya bangun di awal pagi, saya akan tanamkan azam
untuk membuat yang terbaik untuk sepanjang hari tersebut. Apabila saya
melakukan kesalahan atau membuat orang lain tersinggung, maka saya akan
berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut untuk hari esoknya. Kerana saya
percaya bahawa setiap manusia pasti ingin dihargai. Sehingga hari ini saya
pegang kata-kata Ayah saya iaitu ayat yang diambil daripada Alkitab yang
berbunyi “Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan
siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu”. Bukan
bermaksud untuk ditindas tetapi kita harus berbuat baik terhadap semua orang agar
mereka juga berbuat baik terhadap kita.
So,
be happy guys! Tanamkan sifat positif dalam diri kita agar apa yang berada di
sekeliling kita akan merasakan aura positif dari dalam diri kita. Ingat! Jangan
biarkan diri kita dipengaruhi oleh keadaan persekitaran kerana kita sendiri
yang mengawal keadaan dalam diri kita.
Sekian,
perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat!
Sumber : Google
Rujukan
Neldoralee
Binti Jikah
42654