Monday, May 25, 2015

SEUNTAI SENYUMAN




sumber:youtube
SENYUM-AZIZ HARUN

assalamualaikum dan salam sejahtera
senyum semua....
hari saya terdetik untuk membincangkan entri tentang senyum...
alangkah manisnya bila kamu senyum wahai sahabatku...
okay, jom kita teroka dan mendalami apa itu senyum..
dan apa pula manfaatnya..

Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang topik yang saya hendak sampaikan,saya ingin memberitahu kenapa saya memilih lagu dia atas sebagai pembuka bicara saya.Jika diteliti lirik lagu SENYUM yang dinyanyikan,terselit beberapa manfaat senyum dan dan saya sendiri pun tersenyum tatkala mendengar dan meneliti liriknya.Malah,rentak muzik yang dinyanyikan kena pada citarasa muzik saya.Okay,dah habis saya mengomel.Seterusnya, saya akan membawa anda mendalami topik seuntai senyuman dan harap anda memperoleh ilmu yang bermanfaat kepada anda untuk digunakan dalam kehidupan seharian anda.

Senyum adalah ekspresi wajah yang dipamerkan seseorang yang gembira. Selain itu,orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah".Ada kajian mengatakan 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manakala ekpresi masam menggunakan 43 otot.
sumber:google
Manfaat dan alasan kenapa kita harus senyum...
Pertama: Senyum membuat kita lebih  menarik
Kedua: Senyum mengubah mood kita
Ketiga: Senyum dapat mengurangi stress
Keempat: Senyum dapat meransang orang lain tersenyum
Kelima: Senyum menurunkan tekanan darah
Keenam: Senyum meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Ketujuh: Senyum mengeluarkan endorfin yang menghilangkan rasa sakit
Kelapan: Senyum boleh membuat seseorang yang melihatnya sukses
Kesembilan: Senyum membuatkan seseorang itu kelihatan muda
Kesepuluh: Senyum boleh membantu seseorang berfikiran positif

Jadi semua dah tahu manfaat senyum,jadi selepas ini kita senyum sokmo la. Hal ini kerana kalau selalu berwajah masam ,seseorang itu mempunyai peluang untuk terkena penyakit jantung berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Karina Davidson dari Pusat Medik Universiti Kolombia,Amerika Syarikat.Seuntai senyuman kita memiliki manfaat yang sangat luar biasa terhadap kehidupan kita. Senyumlah dengan ikhlas dan kita akan merasa manfaatnya. 

Sebagai tambahan, terdapat perbezaan antara senyuman asli dan senyuman palsu. Seorang ahli neurologis Perancis telah membuat kajian tentang perbezaan kedua-dua senyuman ini. Keputusan yang diperoleh olehnya ialah senyuman asli yang terlahir daripada perasaan gembira dan bahagia melibatkan pergerakan otot-otot di bahagian mulut,pipi dan mata manakala senyuman palsu hannya melibatkan pergerakan di mulut sahaja dan dikenali sebagai senyuman Duchenne.

PERINGATAN:
senyumlah pada waktu dan tempat yang sesuai.

Selepas ini,mungkin saya boleh pratikkan senyuman ini dalam sesi kaunseling yang akan saya kendalikan kelak.Saya boleh menetapkan peraturan dalam sesi kelompok saya untuk senyum apabila berada dalam sesi kerana ia memberi manfaat kepada diri dan kesihatan kita.Seperti yang saya nyatakan di atas, secara tidak langsung klien saya boleh merehatkan otot muka mereka dengan senyum dan menjadikan sesi lebih harmoni dan selesa.Bukankah keselesaan klien itu penting dalam sesebuah sesi?

Saya sudahi entri dengan kepingan gambar saya dengan rakan saya yang suka bergambar dan SENYUM.....

Reference:

10 Manfaat Senyum Yang Harus Diketahui. (n.d.). Retrieved May 25, 2015, from http://sehatkancantik.blogspot.com/2014/01/10-manfaat-senyum-yang-harus-diketahui.html  


Yang ikhlas,
NURUN AMIRA BINTI BIDIN
43651









1 comment:

  1. bagus perkongsian nurun!saya suka...saya setuju bahawa senyuman dapat mengubah mood saya daripada kusut kpd lebih tenang. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi...rajin-rajin senyum...hehehe..tq atas perkongsian..good jod!

    ReplyDelete