DILEMA PELAJAR DALAM MEMILIH KERJAYA
Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan berasa puas dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada dirinya, orang lain dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan dan identiti keperibadian seseorang (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1989).
Sumber: google |
Pasaran kerjaya yang pelbagai di negara kita dianggap telah membuka ruang serta peluang kepada para pelajar untuk menentukkan kerjaya pilihan mereka. Pemilihan kerjaya yang bijak memerlukan maklumat yang tepat tentang pekerjaan yang diminati, kelayakan serta faedah yang boleh diperolehi daripada pekerjaan tersebut. Seseorang itu mestilah mempunyai kesedaran kerjaya setelah tamat persekolahan. Kesedaran kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan antara kendiri dengan pendidikan, mengenali kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu pilihan. Oleh itu, kesedaran kerjaya merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan pelbagai aspek dunia pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan (Fadale, 1974).
Hampir setiap pelajar yang telah menamatkan pengajian tidak kira di dalam bidang apa sekali pun akan mencari pekerjaan. Pekerjaan yang dipilih ataupun diceburi adalah berdasarkan kepada jenis pendidikan, jenis latihan dan tahap pencapaian yang diperoleh oleh seseorang pelajar itu. Terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat keputusan jenis pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya yang dipilih dan melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan terpaksa (Suradi, 1996).
Menurut Hollad (1973), personaliti pelajar mempunyai pengaruh kepada pemilihan kerjaya pelajar. Seseorang itu tertarik kepada sesuatu pekerjaan disebabkan personaliti dan beberapa faktor lain yang terkandung dalam latar belakang pekerjaan itu. Seseorang akan memberikan pandangan mereka terhadap sesuatu pekerjaan berdasarkan bentuk kerja dan pangkat-pangkat yang terdapat di dalam pekerjaan itu. Perbandingan diri dengan tanggapan satu-satu pekerjaan dan perasaan menerima atau menolaknya adalah satu penentuan utama di dalam pemilihan pekerjaan.
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pelajar bagi memastikan pemilihan kerjaya adalah tepat dan bersesuaian dengan personaliti, minat serta kebolehan mereka untuk melakukan sesuatu pekerjaan tersebut. Antaranya adalah dengan menggunakan ujian Self Directed Search (SDS) yang diperkenalkan oleh Holland. SDS adalah alat ujian bagi mengenal pasti minat ataupun jenis personaliti seseorang. Holland membentuk alat ini berdasarkan Teori Pemilihan Kerjaya Holland. Minat kerjaya ataupun jenis personaliti yang diukur oleh SDS adalah Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional atau singkatannya RIASEC.
sumber: google
TEORI PERSONALITI HOLLAND
Holland (1966, 1973, 1985, 1992, 1997) mendakwa bahawa kajian-kajian yang dijalankannya menunjukkan bahawa individu berkembang dan berjaya dalam persekitaran kerja bersepandan dengan personaliti mereka. Menurut Holland, pilihan pekerjaan merupakan satu bentuk luahan atau ekspresi personaliti seseorang. Oleh itu, adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang individu untuk memilih kerjaya yang bersesuaian dengan personalitinya agar beliau dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan gembira dan rela hati serta tanpa paksaan. Justeru, hasil kajian Holland telah mengklasifikasikan personaliti manusia kepada 6 kategori iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (Berdaya usaha) (E) dan Convensional (Konvensional) (C). Walaubagaimanapun, Holland mengingatkan bahawa tidak semestinya hanya ada 6 jenis klasifikasi personaliti manusia di dunia ini. Seseorang mungkin memiliki lebih daripada satu jenis klasifikasi personaliti yang bertindan antara satu sama lain, tetapi mungkin memiliki jenis yang lebih ketara berbanding yang lain.Realistik (R)
sumber: google |
Persekitaran Bidang Kerjaya Realistik
Persekitaran Realistik merupakan persekitaran yang menekankan keperluan fizikal individu seperti kebolehan mengendalikan mesin, peralatan atau benda-benda hidup seperti haiwan. Oleh sebab persekitaran seperti ini menuntut kebolehan fizikal, individu yang bekerja dalam persekitaran ini perlu mempunyai kebolehan teknikal mengendalikan peralatan dan perkakas. Justeru itu, disebabkan sifat persekitaran yang sedemikian, kebolehan interpersonal atau hubungan dengan individu lain adalah tidak diperlukan di dalam konteks persekitaran Realistik.
Jenis Personaliti Realistik
- Gemar bermain dan bekerja dengan peralatan
- Meminati kursus pengajian yang bersifat praktikal dan teknikal
- Tidak mahir dalam perhubungan interpersonal
- Individu bersifat praktikal dan tidak humanistik
- Jurutera
- Automotif
- Pertani
- Pengawal Trafik Udara
- Tukang Kayu
- Juruukur Bahan
- Juruelektrik
Persekitaran Investigatif merupakan persekitaran yang menekankan tentang kebolehan, kecekapan dan minat dalam bidang matematik dan sains. Justeru, individu yang bekerja dalam persekitaran ini digalakkan menggunakan kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Keperluan hubungan sesama manusia tidak begitu diperlukan oleh persekitaran Investigatif dan pekerjaan mereka tidak memerlukan mereka mempunyai kemahiran tersebut.
Jenis Personaliti Investigatif
- Suka menyelesaikan isu-isu yang memerlukan kebolehan matematik dan sains
- Berupaya bekerja sendiri tanpa bergantung kepada orang lain
- Mempunyai sifat suka menyiasat dan mencari jawapan
- Cenderung untuk menyelesaikan sesuatu isu secara rasional dan logik
Pekerjaan Investigatif
- Ahli Sains
- Ahli Psikopatologi
- Ahli Geologi
- Ahli Kimia
- Ahli Zoologi
- Ahli Biologi
Artistik (A)
Sumber: google |
Persekitaran Bidang Kerjaya Artistik
Persekitaran Artistik adalah menyediakan ruang untuk bekerja secara bebas, kreatif dan luahan peribadi. Setiap individu bebas untuk berkembang menggunakan potensi dan kreativiti diri tanpa perlu mengikut satu peraturan tertentu. Oleh sebab persekitarannya yang tidak rigid, individu yang bekerja dalam bidang kerjaya Artistik boleh menentukan apa yang disukai atau tidak dan perlu mengikut logik dan rasional masing-masing.
Jenis Personaliti Artistik
- Tidak suka persekitaran yang teknikal dan mekanikal
- Mempunyai cara yang unik untuk meluahkan dan mengekspreskan diri
- Mempunyai idea dan kreativiti yang tinggi
Pekerjaan Artistik
- Ahli Muzik
- Pelukis
- Penyajak
- Jurugambar
- Pereka Pelan
- Penyanyi
- Penari
Sosial (S)
Sumber: google |
Persekitaran Bidang Kerjaya Sosial
Persekitaran Sosial menggalakkan seseorang menjadi fleksibel dan memahami orang lain. Individu Sosial suka pekerjaan yang membolehkan mereka bercampur, bertemu dan bergaul dengan orang lain. Individu Sosial juga cenderung untuk mempelajari cara bagaimana memahami dan membantu orang lain.
Jenis Personaliti Sosial
- Tidak suka persekitaran yang rigid
- Seorang individu yang fleksibel
- Mempunyai sifat peramah, penyayang, mengambil berat dan prihatin
- Mampu melakukan atau melaksanakan tugas dengan cemerlang
- Guru
- Kaunselor
- Ahli Terapi
- Doktor Perubatan Psikologi
- Operator
Enterprising (Berdaya Usaha) (E)
Persekitaran Enterprising merupakan persekitaran yang membolehkan pekerja yang cekap dalam memujuk dan mempengaruhi orang lain. Mereka mampu menyerlahkan keyakinan, berkongsi matlamat, bermotivasi dan mungkin tidak gemar kepada matlamat hidup yang mereka rasa tidak bersesuaian dari segi sosial.
Walaupun individu Enterprising gemar bersosial namun terdapat perbezaan dengan individu Sosial iaitu individu Enterprising lebih gemar untuk meyakinkan orang lain, menunjukkan kebolehan dan kecekapan serta menilai kebolehan diri secara berlebihan.
Jenis Personaliti Enterprising
- Tidak suka menunggu
- Mempunyai sifat berdaya saing yang tinggi
- Bersaing untuk mengejar kuasa, kekayaan dan matlamat hidup
- Suka menarik perhatian orang lain
- Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
Pekerjaan Enterprising
- Jurujual
- Pakar Motivasi
- Ahli Perniagaan
- Ahli Politik
- Broker Insurans
- Pengurus
Convensional (Konvensional) (C)
Sumber: google |
Persekitaran Bidang Kerjaya Konvensional
Persekitaran Konvensional sering kali dikaitkan dengan perancangan dan organisasi berstruktur. Kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam persekitaran Konvensional termasuklah kemahiran dalam Word Processing, mesin fotokopi, perkeranian dan kebolehan menerima arahan.
Oleh sebab individu Konvensional bersifat mengikut garis panduan dan sangat bersturktur, mereka kurang selesa bekerja dalam persekitaran terlalu fleksibel seperti persekitaran Artistik.
Jenis Personaliti Konvensional
- Membuat sesuatu pekerjaan dengan teratur dan berstruktur
- Tidak fleksibel
- Tidak suka meluahkan atau mengekspreskan diri
- Bekerja dalam suasana yang rigid
Pekerjaan Konvensional
- Kerani
- Pentadbir
- Setiausaha
- Pegawai Bank
KOMBINASI PERSONALITI DAN PEMILIHAN KERJAYA
Walaupun Holland membuat klasifikasi personaliti kepada 6 jenis, tetapi pada kebiasaannya, seseorang mempunyai personaliti bertindan yang saling berkait antara satu sama lain. Seseorang yang mempunyai personaliti Sosial besar kemungkinan juga mempunyai personaliti yang hampir sama dengan Sosial iaitu Enterprising dan Konvensional. Seseorang yang memiliki personaliti Realistik, kemungkinan juga mempunyai personaliti Investigatif dan Artistik. Walaubagaimanapun terdapat juga individu yang memiliki personaliti yang bertentangan seperti seseorang yang bersifat Sosial turut memiliki sifat Realistik atau Investigatif. Untuk menentukan jenis atau klasifikasi personaliti, Holland telah membina beberapa instrumen yang boleh digunakam oleh kaunselor untuk meramal personaliti klien seperti Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS) dan Strong Interest Inventory (SII).Dengan menggunakan mana-mana instrumen di atas dapat membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami pola persionaliti diri masing-masing serta tahap darjah keselarasan atau kekongruenan personaliti bagi menilai kesesuaian siri mereka dengan bidang kerjaya yang bakal diceburi. Keselarasan yang wujud akan dapat membantu meningkatkan motivasi ke arah pelaksaan tanggungjawab di tempat kerja yang cemerlang.
Rujukan:
http://google.com
Holland, J.L (1973). Making Vocational Choices : A Theory Of Personalities, Type And Model Environment. Waltham Massachusettes : Braisel
Teori dan Amalan Kaunseling KerjayaNur Aliah Binti M. Mohd Noor
43009
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih aliah,,,topik yang menarik...tengok je entri ni,,terus rasa nak komen,,,sebab nampak padat dan tersusun,,,gambar pom bermotif dan sesuai,,, :) sebut pasal pemilihan kerjaya,,,pening kepala saya,,,tapi bila saya baca perkongsian pasal artistik...tiba-tiba tersenyum ... hee :D
ReplyDeleteby : nurul saidah mat adbi - 43615
This comment has been removed by the author.
Deletehahaha... sebut artistik ja mesti teringat dekat Saidah...hehehe... sebenarnya xda idea pun mau tulis apa, last2 tulis pasal kerjaya sebab tengah teringat En Edris semalam....hahahahaha
Deletesaya ade satu soalan. Ape personaliti yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan suri rumah berjaya?
ReplyDeleteAlamak!!! Soalan luar kotak pemikiran....hahaha... Tapi bagi pandangan saya, tugas utama seorang suri rumah ditambah pula dengan berjaya adalah melakukan semua kerja-kerja di rumah yang memerlukan pelbagai skill dan kebolehan...so, seorang suri rumah yang berjaya mungkin mempunyai personaliti konvensional iaitu suka benda2 yang teratur dan berstruktur seperti mengemas rumah...hehehe.. mungkin ada juga personaliti-personaliti yang lain mengikut minat seseorang individu yang bergelar suri rumah itu.... :)))
DeleteTahniah kepada penulis kerana berjaya menerangkan Teori Personali Holland dengan jelas. Sebagai penambahan, mungkin penulis dapat kongsikan sedikit pengalaman penulis sendiri setelah menggunakan SDS. All the best!
ReplyDeletePernah buat invemtori SDS tu dengan Bapak tp xtau mcm mana mau explain...maybe next tym, bila skill menulis semakin meningkat boleh la letak pengalaman pula...hehe.. thanks Mul!!
DeleteGood jobs Aliah, just one thing I wonder, is that any possibilities that an individual personality based on Holland Theory will change over time? It means that if I am Social type, will I change to Investigative or others type?
ReplyDeleteFrom
Tan Yao Xiong
44370
Good jobs Aliah, just one thing I wonder, is that any possibilities that an individual personality based on Holland Theory will change over time? It means that if I am Social type, will I change to Investigative or others type?
ReplyDeleteFrom
Tan Yao Xiong
44370
I would say yes.. Because, according to Holland, each of person have one dominant personality and him/her may have other personality as well... Like for example I'm Social type person but at the same time I like to do structured work such as organizing data (Conventional). So, one individual may have more than one personality :))
Deletesaya masih tak tahu apa yg saya minat, saya lepasan spm dan bakal sambung pelajaran, tapi saya tak tahu nak pilih course apa memandang saya tidak mempunyai cita-cita,saya tidak mahu menyesal nanti kerana tersilap lankah
ReplyDeleteSaya dah buat ujian psikometri ni. Banyak kali dah buat. Keputusannya tetap sama. Pertama ciri investigatif, Kedua ciri sosial, Ketiga ciri realistik. Jadi kerjaya apa yang sesuai untuk seseorang yang memiliki ciri investigatif + sosial? Saya masih mencari tetapi saya langsung tak tahu nak pilih kerjaya apa.
ReplyDelete