NUR AMIRAH BINTI
ABDULLAH
43027
Assalamualaikum,..
Kenapa saya memilih tajuk ini kerana kanak-kanak merupakan insan yang sangat istimewa dan anugerah yang terindah. Pada
pendapat saya, kanak-kanak adalah
istimewa kerana setiap tingkah laku yang ditonjolkan oleh kanak-kanak adalah
mengambarkan perasaan yang dialami oleh mereka. Expresi muka dan tingkah laku
(gembira,sedih,marah,takut dll) yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak menunjukkan segala-galanya kepada kita. Perkembangan
kanak-kanak dari peringkat bayi hingga dewasa adalah sangat penting kerana
perkembangan yang positif akan melahirkan insan yang cemerlang.Kadang-kadang perwatakan mereka ini banyak
memberi pengajaran terhadap saya dalam menghadapi masalah yang saya alami.
Perkembangan Emosi Kanak-Kanak
Emosi
memainkan peranan sangat penting dalam
kehidupan kanak-kanak kerana setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka merupakan satu proses pembelajaran
untuk sesuaikan diri atau memahami dengan
persekitaran sekelilingnya. Persekitaran yang sihat terhadap mereka memberikan
perasaan yang selamat berada di persekitaran tersebut. Malah secara tidak
langsung membantu proses perkembangan terhadap kanak-kanak. Ada sesuatu perkara
atau benda yang dialami oleh seseorang mendatangkan rasa senang (aman) dan ada
perkara yang tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang
hendak dicapai oleh seseorang. Menurut
Lefrancois emosi adalah perasaan, psikological (jiwa) dan fisiologikal (kehidupan) dalam tindak
balas seseorang terhadap sesuatu perkara yang berkaitan keperluan dan
kehendak peribadi seseorang individu.
Perkembangan emosi yang sihat adalah amat penting bagi kanak-kanak. Setiap bayi mempunyai kebolehan dalam menunjukkan emosinya. Contohnya bayi akan merasa sedih apabila ibunya tidak memberi perhatian terhadapnya oleh itu, bayi akan menangis bagi menarik perhatian ibunya. Tindakan sedermikian adalah salah satu cara yang dilakukan oleh bayi bagi memberitahu ibunya bahawa dia inginkan perhatian dari ibunya. Selain itu juga sekiranya, ibunya tidak memeluknya atau membiarkan bayi tersebut terus menangis tindakan sedermikian boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut apabila dewasa kurang mempercayai orang lain. Pada pandangan mata bayi individu atau orang dewasa dianggap sebagai giant dan setiap tindakan yang dilakukan oleh orang dewasa boleh mendatangkan ketakutan terhadap bayi atau rasa tidak selamat apabila ibunya tidak berada disamping bayi. Oleh itu apabila bayi menangis ibu perlulah segera memeluk bayinya bagi menunjukkan dia selamat. Sekiranya ibu tidak membuat sedemikian akan bukan sahaja menjejaskan emosi bayi malah boleh mewujudkan ketidakpercayan terhadap orang lain apabila ia dewasa.

Salah
satu proses pembelajaran kanak- kanak adalah dari keadaan persekitaran di sekelilingnya, persekitaran yang sihat mewujudkan emosi
positiif (ceria,gembira,ketawa)
terutamanya apabila berasa
disamping keluarganya. Bagi peringkat pekembangan awal kanak-kanak merupakan peringkat yang paling penting kerana pada peringkat ini
kanak-kanak akan mempelajari atau
mengalami emosi – emosi asas sebagai manusia.
Tingkah
laku
emosi terbahagi kepada dua faktor iaitu faktor luar dimana kanak-kanak
menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka (ketawa,senyum,menangis,masam
muka,dll). Kedua ialah faktor dalam iaitu perasaan emosi yang
ditunjukkan
melalui tingkahlaku emosi yang berubah mengikut tindak balas emosi untuk
menarik perhatian penjaga atau rakan.
Emosi merupakan cara yang paling mudah untuk meluahkan fikiran dan
perasaan yang dialami oleh kanak-kanak.
Faktor
hubungan kekeluarga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi
kanak-kanak sama ada gembira atau sedih.Pergaduhan ibu bapa di hadapan
anak-anak akan memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap emosi kanak-kanak
seperti kemurungan,tekanan,anti sosial,dan sebagainya. kanak-kanak
menganggapkan punca pergaduhan ibu bapa adalah disebabkan oleh mereka. Selain
itu juga, pengunaan bahasa yang kesat terhadap anak-anak akan mempengaruhi
mereka untuk berbuat demikian juga.
Kanak-kanak
yang sering mendengarkan kata-kata unsur yang negatif terhadap diri mereka
menyebabkan keyakinan dalam dirinya berkurang sehingga menggangu proses
perkembanganya. kesan daripada penghinaan yang sering diterima bukan sahaja
menganggu emosi bahkan juga menyebabkan ia susah untuk mempercayai orang lain
dan sangat sensitif terutamanya apabila menerima kritikan daripada orang lain.
Individu sedermikian susah untuk berubah walaupun ia inginkan perubahan dan
akhirnya membuatnya berada kebuntuan sehingga tidak dapat mencari jalan
penyelesaian. Antara salah satu cara yang dapat dilakukan bagi mengatasi isu
sedermikian adalah melalui perkhidmatan kaunseling. Sehubungan dengan ini,
peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam perkembangan emosi kanak-kanak.
kesimpulannya, perkembangan emosi yang baik adalah penting untuk kanak-kanak.sekian.....
No comments:
Post a Comment