Menurut majalah Dewan Siswa (2012) mengatakan bahawa sejumlah 14.4% pelajar remaja berusia 16 tahun sehingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan mental berbanding dengan golongan dewasa yang mencatatkan 11.2% . Kajian itu juga menunjukkan bahawa secara keseluruhan, 11 peratus golongan muda berusia 16 tahun hingga 24 tahun pernah terfikir untuk membunuh diri. Lihat lah bahawa adakalanya kita sering memikirkan bahawa stres itu perkara yang kecil, akan tetapi jika perkara yang kecil tidak ditangani dengan sebaiknya, maka kita boleh terjebak dengan perkara yang tidak pernah dijangka oleh akal iaitu membunuh diri. Banyak bukti-bukti yang telah didedahkan oleh media massa mengenai banyaknya pelajar membunuh diri gara-gara stres. Disini saya hanya ingin berkongsi mengenai diri saya seandainya berhadapan dengan stres. Apa yang saya lakukan ketika stres, dan mungkin apa yang saya lakukan ini sama dengan apa yang anda semua lakukan wahai pembaca yang budiman.
Menurut Hans Selye (1982) mengatakan bahawa stres merupakan tindak balas tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi oleh persekitaran. Antara bentuk tekanan yang dihadapi adalah tekanan fizikal iaitu tekanan yang berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal, tekanan mental seperti rasa sedih, kecewa dan seronok serta bentuk tekanan yang lain. Apa pun bentuk tekanan yang diterima, reaksi fisiologikalnya tetap sama. Seperti mana dengan kebangkitan, stres merupakan tindak balas fisiologikal yang neutral terhadap tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran. Nilai stres sama ada positif atau negatif, sebenarnya bergantung kepada tafsiran yang dibuat oleh individu yang menghadapinya. Justeru itu, stres dan kebangkitan mempunyai persamaan yang ketara iaitu kedua-duanya bersifat neutral serta tidak mempunyai pengaruh emosi. Untuk makluman anda Hans Selye merupakan pelopor untuk segala jenis stres. Terdapat banyak buku yang dikeluarkan oleh Selye berkaitan dengan stres. Jadi ini apa yang saya lakukan apabila stres..:-)
1. Berlari, jogging dan sebagainya.
Perkara yang paling saya suka lakukan ketika stres adalah berlari atau jogging. Saya akan lari sejauh yang saya suka. Selalunya saya akan berlari sampai saya rasa letih sangat-sangat sampai kan apabila pulang ke rumah, saya akan terus tidur. Pernah ada ketika saya merasa sangat stres, saya berlari sejauh 15.8 KM. Selain sihat, ianya mampu membuatkan saya lupa sekejap masalah yang dihadapi.
Gambar ihsan dari blog saya. Ketika ini saya menyertai larian Milo Breakfast Day yang diadakan di Kuching pada 26 April 2015. Saya menghabiskan larian 3KM selama 30 minit.
2. Makan
Makan adalah kegemaran saya dikala stres. Memang saya akan makan sebanyak yang mungkin. Saya akan lebih gembira apabila dapat makan. Selalunya saya akan makan beramai-ramai dengan rakan-rakan saya. Makanan manis seperti kek dan muffin selalu menjadi pilihan semasa saya stres.
3. Menonton wayang bersama dengan rakan
Ini adalah hobi saya yang saya wajib lakukan.. Tak kisah cerita apa janji bukan cerita hantu. Saya sanggup menghabiskan masa berejam-jam semata-mata menonton wayang dan ada kalanya saya akan lakukan marathon sehingga 2-3 filem dalam satu hari.
Ketika saya menghabiskan masa dengan kawan baik saya. Mereka adalah rakan seperjuangan saya ketika menuntut semasa Diploma dahulu. Alhamdulillah persahabatan kami erat walau kami berjauhan.
4. Membeli belah
Ini pun antara terapi yang saya lakukan apabila saya stres. Tak kisah apa pun, saya akan beli mengikut keadaan. Jika saya di rumah adakalanya mama dan abah saya jadi mangsa untuk menjadi bank bergerak saya. Jika di Unimas, saya terpaksa berfikir dua tiga kali jika ingin membeli belah. Jika di rumah selalunya mama saya akan memberi kad kredit. Jadi saya akan beli apa sahaja yang saya suka dan selalunya saya akan beli kasut. Saya memang gila dan hantu kasut...:-)
5. Membaca novel
Novel pun adalah terapi saya yang saya akan lakukan ketika saya stres. Koleksi novel di rumah saya memang banyak sehinggakan 'mini library' di rumah saya penuh dengan novel saya semata-mata. Habis almari buku mama abah dan adik beradik saya penuh dengan novel saya sahaja. Antara penulis yang saya paling suka adalah karya Siti Rosmizah dan Acik Lana. Semua koleksi Siti Rosmizah saya ada.
Sekian sahaja perkongsian saya mengenai stres dan cara-cara saya hadapi apabila stres dan mungkin cara saya ada persamaan dengan anda semua.. Jika ada masa jemput singgah di blog saya Officially Website Ainaa Nazmi ..Sekian terima kasih.
Sumber rujukan:
1. Pelajar dan tekanan emosi. (2012). Dewan siswa.
2. Selye, H. (1982). The stress of life. New York, NY: Mcgraw-Hill Publications Sdn.Bhd.
Ainaa Syafiqah Nazmi
44854
teknik release stress yang menarik.. lebih-lebih lagi bahagian makan dan membeli belah. maybe aina pasni boleh bina modul untuk terapi sebegini. aku join k,,hahaha.. nak tambah,, maybe kite jugak boleh menyanyi sampai hilang suara.
ReplyDeleteAssalammualaikum, Aina.........saya suka perkongsian awak mengenai teknik release stress........part yang paling saya suka adalah part makan sebab saya suka makan ketika sedang stress.
DeleteHai Aiezzat, Terima kasih kerana sudi baca entri saya..InshaAllah kita akan cuba untuk buat modul yang berkaitan stres pada masa hadapan cuma untuk menyanyi saya kurang gemar kerana tahu kemampuan suara yang tak berapa nak sedap..hehehe
DeleteAssalammualaikum, Aina....saya suka perkongsian awak, satu perkongsian yang menarik dan saya enjoy membaca perkongsian awak. Part yang paling saya suka adalah part makan.......saya juga suka makan dan berjalan-jalan di mall untuk release stress.
ReplyDeleteWaalaikumussalam ..hai lili.. terima kasih kerana sudi baca entri saya. Saya rasa semua orang di dunia ni suka makan tak terkecuali saya dan lili..hehe..mungkin sebab itu kita jadi kawan baik sebab berkongsi perkara yang sama...hehe...
DeleteAina dan Lili, sama, ada gang makan. Terima kasih Aina kerana Aina mengkongsikan cara Aina untuk mengurangkan tekanan, dan saya juga sangat suka makan dan dengar muzik untuk mengurangkan tekanan.
DeleteFrom Tan Yao Xiong
44370
Aina dan Lili, sama, ada gang makan. Terima kasih Aina kerana Aina mengkongsikan cara Aina untuk mengurangkan tekanan, dan saya juga sangat suka makan dan dengar muzik untuk mengurangkan tekanan.
DeleteFrom Tan Yao Xiong
44370
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehai Cik Aina,
ReplyDeletepada pendapat saya enrty teknik mengurangkan tekanan sebagai seorang pelajar yang cik kongsikan adalah sangat menarik hati saya.. Jika diberi pilihan antara meluangkan masa melihat keindahan alam dengan meluang masa di pusat membeli belah, saya lebih menyukai pusat membeli belah. Untuk pengetahuan cik, saya juga gemar untuk meluangkan masa saya di pusat membeli belah sekiranya saya mengalami tekanan dalam pelajaran saya. kekadang, saya hanya duduk-duduk sahaja di pusat membeli belah, tidak membeli apa-apa barang. Jadi, pada pendapat cik, adaklah teknik mengurangkan tekanan emosi yang saya aplikasikan tadi sangat relevan? =)
sekian, terima kasih.
Hai cik Athirah, terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri saya. Saya setuju dengan pendapat cik athirah, kerana kadang kala saya juga gemar pergi ke mall untuk berjalan-jalan tanpa membeli barang.. niat di hati hanya suka-suka untuk melihat gelagat orang..dan adakalanya saya terhibur melihat gelagat dan telatah pengunjung di mall. Bagi pendapat saya, itu adalah cara cik athirah mengendalikan stres, jika cara itu mampu membuatkan cik athirah gembira, maka ianya sangat relevan untuk cik athierah kerana setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk mengurangkan stres yang dihadapi. diharap jawapan saya dapat membantu
Delete