Thursday, May 21, 2015

KAEDAH PEMBANGUNAN MODUL

Asssalamualaikum & Salam Sejahtera.. J

Perkataan modul acap kali kedengaran dalam kalangan pelajar, terutamanya bagi individu-individu yang terlibat secara aktif dalam penghasilan produk latihan atau pembangunan modal insan.

Sumber : Google


Sebelum itu, kita mestilah betulkan dahulu tanggapan kita mengenai modul itu membawa maksud yang sama dengan aktiviti. Tanggapan itu tidak dikatakan salah cuma, modul bukanlah membawa maksud aktiviti, bahkan aktiviti merupakan salah satu cabang daripada modul.J

Berikut merupakan input-input yang sangat memberi makna kepada saya untuk dikongsikan dengan rakan-rakan kelas yang cantik lagi kacak. :P

Pengetahuan yang berharga ini saya perolehi dari Bengkel Kaedah Pembangunan  Modul Kaunseling yang di bentangkan oleh Prof Madya Dr. Jamaluddin Ahmad iaitu pakar dalam pembangunan modul sempena Sarawak Peers Colloquium 2015 (SPC’15).

Sumber: Google


Apakah itu MODUL?

Suatu bahan, alat dan sumber yang mengandungi pelbagai aktiviti atau nota lengkap yang telah dirancang secara sistematik bagi memudahkan individu mencapai dan menguasai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

Jenis-jenis MODUL

 1.Berpandukan Fasilaltator
CONTOH: Modul Motivasi & Modul Latihan

 2.Tidak Berpandukan Fasilatator
CONTOH: Modul Pengajaran & Modul Akademik

 3. Gabungan 
CONTOH: Modul berbantukan fasilatator & tanpa bantuan fasilatator

Langkah-langkah Pembangunan MODUL

1. Pembinaan MODUL
·    BERPANDUKAN MODEL: Pembinaan modul haruslah berpandukan model. Model merupakan rujukan bagi individu membangunkan modul yang baharu atau penambahbaikkan modul sedia ada. Terdapat 3 jenis model yang dapat dijadikan rujukan iaitu:
1. Model Rusell (1974)
2. Model Sidek Mohd Noh
3. Model Sharifah Alawiyah As-Sagof

2. Kesahan MODUL

“Modul yang baik seharusnya telah disahkan oleh pakar modul ke atas kandungan aktiviti dalam modul tersebut.”

Apabila modul sudah dibangunkan, ia harus melalui ujian rintis dahulu untuk melihat kekuatan serta kelemahan modul tersebut dan seterusnya dihantar kepada pakar untuk melihat kesahan modul dan juga kandungan (aktiviti yang ada dalam modul). Pakar adalah individu yang membuat thesis mengenai modul, menggunakan jurnal daripada luar dan juga dalam Negara sebagai rujukan dan menerbitkan buku berkaitan pembangunan modul.

3. Kebolehpercayaan MODUL
Bagi melihat kebolehpercayaan modul, satu(1) instrumen haruslah dibangunkan sendiri oleh pencipta modul itu sendiri. Pembinaan instrumen haruslah berdasarkan kepada langkah-langkah dalam akiviti modul atau berdasarkan kepada objektif modul.
Kesalahan dalam Pembangunan Instrumen

  • Setiap pembangunan instrumen mempunyai item (soalan).
CONTOH:
1. Saya suka makan KFC dan McD     1    2    3    4    5    (X)
2. Saya suka makan KFC atau McD    1    2    3    4    5    (X)

·     ‘DAN’ & ‘ATAU’ tidak boleh digunakan kerana mengandungi dua maksud.
·         Jadikan setiap ayat membawa satu maksud sahaja.

1. Saya suka makan KFC   1    2    3    4    5         (/)
2. Saya suka makan McD   1    2    3    4    5         (/)

Soal selidik(instrumen) hendaklah diberikan sesudah sahaja semua aktiviti modul dijalankan. Setelah itu, data yang diperolehi haruslah di masukkan dalam perisian SPSS. Kebolehpercayaan modul itu dapat disahkan apabila significant value lebih daripada 0.8 dan ke atas.

4. Keberkesanan MODUL

I.           Menentukan sejauh mana sesuatu modul itu memberi impak yang positif atau negatif.
II.         Dilakukan melalui pelbagai kajian seperti kajian eksperimen yang melibatkan ujian r dan ujian pasca.
III.       Perlu mennggunakan satu soal selidik tertentu (seperti konsep kendiri, motivasi personaliti, dll).

Sekian sahaja langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses pembinaan modul. Moga memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian.

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. 

Sekian, terima kasih.

Salam sayang,

Syee :)
(Siti Nur Syahirah Saad, 44167)




No comments:

Post a Comment