KAWAN, SAHABAT DAN
KAUNSELING
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa saya memilih
tajuk ini. Bagi saya kawan dan sahabat merupakan orang yang sangat penting
untuk kita sebagai seorang pelajar. Orang kata kawan dan sahabat adalah dua
perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh
berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan
yang kita mahu. Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja.
Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama.
Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita
senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang
lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”.
Persahabatan
tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan proses yang panjang seperti
menajamkan besi. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan
duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan,
dibantu, ditolak, namun semua ini bukanlah disengajakan apa lagi untuk
menimbulkan kebencian.
Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerana dikhianati sahabatnya.
Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerana dikhianati sahabatnya.
Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah persahabatan ialah masalah ketidaksetiaan, perubahan perasaan, fitnah, timbulnya insan ketiga dan kehilangan kepercayaan. Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya adalah juga sahabatnya. Setiap daripada kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat itu tadi. Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat kepada diri kita sampai bila-bila dia tidak akan mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya apabila tiada siapa mahu mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’, tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan.
Dalam
persahabatan, kita hendaklah sentiasa jujur dan menerima diri seseorang itu
seadanya. Persahabatan boleh dikaitkan dengan Teori Pemusatan Carl Rogers yang
mana beliau percaya bahawa setiap manusia boleh dipercayai dan mempunyai sifat
yang baik. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah Rogers ada menyatakan
bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana
menggalakkan pembinaan diri seseorang sehingga membolehkan mereka bergerak
maju, menjadi apa yang mereka mahu dan boleh lakukan (Raihan) . Tiga sifat itu
ialah:
a)Kongruens
(Keikhlasan dan ketulenan)
b)Penerimaan tanpa syarat (sedia menerima dan
mengambil berat)
c)Empati
(kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain
Menurut
Rogers (1987), jika semua sifat ini digunakan oleh kaunselor, klien akan
menjadi lebih berdikari, lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka
buruk dalam kehidupan dan dapat bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih
membina (Raihan) . Keadaan ini boleh
dikaitkan macam mana cara untuk kita bersahabat dan menerima orang di
sekeliling mereka. Kita boleh dianggap sebagai ahli terapi manakala sahabat dan
kawan kita boleh dianggap sebagai klien. Oleh kita, kita hendaklah menerima
kawan dan sahabat kita tanpa syarat yang mana kita tidak memilih dalam
persahabatan. Kita seharusnya menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada
pada kawan atau sahabat kita. Sekiranya kita menerima mereka tanpa syarat,
pasti mereka akan berasa dihargai. Manakala untuk kongruen, kita hendaklah
menerima segala keburukkan kawan dan sahabat dengan ikhlas dan jujur dengan apa
sahaja perkara yang kita tidak sukai tentang mereka. Kadang-kadang, bersikap
jujur itu adalah penting agar kawan atau sahabat kita tidak lalai daripada
landasan yang sepatutnya. Dan akhir sekali untuk empati, kita hendaklah
mendalami isi hati kawan dan sahabat kita dengan baik. Hal ini kerana,
kebanyakkan masyarakat pada hari ini suka membuat andaian melulu terhadap kawan
dan sahabat mereka. Mereka lebih suka untuk mendengar daripada pihak ketika
berbanding daripada sahabat dan kawan mereka sendiri. Keadaan seperti inilah
yang boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah persahabatan tanpa sebab dan alasan
yang munasabah. Dengan itu, kita hendaklah mendalami hati seseorang sebelum
membuat tindakan yang melulu yang mana boleh mendatangkan penyesalan kepada
kita di masa yang akan datang.
Sekian
sahaja perkongsian dari saya, saya berharap agar kawan – kawan dan sahabat
semua boleh menjadikan perkongsian ini sebagai iktibar dalam memilih dan menjalinkan
hubungan persahabatan sesama kita. J
J
GOODLUCK FOR YOUR FINAL EXAM!!! J
Raihan, A. (t.t). Teori Pemusatan Klien
Carl Rogers. Didapatkan dari academia.edu: http://www.academia.edu/6216786/Teori_Pemusatan_Klien_Carl_Rogers
Nor
Aisha Bt Mustapha
42798
sahabat yang paling best ialah sahabat yang sanggup berkongsi ape jenis makanan (halal) dengan kita. Jaga hubungan dengan Allah, hubunga dengan yang lain in syaa allah mudah
ReplyDeleteTahniah kepada penulis kerana dapat mengaplikasikan teori kaunseling iaitu di dalam kehidupan seharian. Ikhlaskan diri untuk berkawan dengan orang lain, Insya Allah orang lain pun akan ikhlas berkawan dengan penulis. All the best!
ReplyDeleteThank you Aisha for reinforcing the importance of friendship and some factors that contribute to conflicts among friends. It recalls back what have been happened throughout these two years with you guys, numerous memorable experiences. Anyway all the best too to you, and my fellow classmates. Counselling always awesome!!!
ReplyDeleteFrom
Tan Yao Xiong (Ah Bear)
44370
Thank you Aisha for reinforcing the importance of friendship and some factors that contribute to conflicts among friends. It recalls back what have been happened throughout these two years with you guys, numerous memorable experiences. Anyway all the best too to you, and my fellow classmates. Counselling always awesome!!!
ReplyDeleteFrom
Tan Yao Xiong (Ah Bear)
44370
Thanks aisyah atas perkongsian yang sangat menarik dan menyentuh hati.. Semoga persahabatan kita semua kekal selamanya.. Amen!
ReplyDeleteBila tengok first picture tu teringat pula kenangan pahit + manis-manis sikit time di Alapong. :) Sangat setuju bila Sha cakap kawan adalah antara orang yang penting untuk kita yang sedang belajar nie. Sebab pada kawan la kita bertanya, meminta pendapat dan menjadi tulang belakang apabila kita berjauhan dari keluarga. Dan saya rasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga kaunseling yang sangat unik seperti anda-anda semua..hehe :)
ReplyDeleteAssalamualaikum aisha,
ReplyDeleteTengok daripada gambar-gambar aisha post dalam entri ini, rasa macam tak sangka kita dah pengakhiran tahun 2. Bagus entri aisha. saya dapat refleksi diri sendiri sebagai sahabat kepada orang lain. Aisha meletakkan gambar sendiri, bagi saya amat bagus. Sebab terasa dekat di hati :)