Sunday, May 24, 2015

Bicara Tanpa Suara


            Assalammualaikum dan salam sejahtera…..

   Sudah semestinya anda tertanya-tanya apa itu bicara tanpa suara? Bicara tanpa suara merupakan suatu bentuk komunikasi bukan lisan seperti menggunakan pandangan mata, gerak-geri badan dan melalui ekspresi wajah. Jadi, inilah yang dimaksudkan dengan bicara tanpa suara. Manusia dilahirkan dengan kepelbagaian kelebihan dan keunikan. Keunikan seseorang itu akan terserlah andai seseorang itu bijak menghargai dirinya. Tiada manusia yang dilahirkan di dunia ini sempurna tetapi kesempurnaan itu akan dicapai andai manusia berusaha untuk memperbaiki kekurangan yang dimiliki.

    Oleh sebab itu, sebagai seorang kaunselor kita  perlu mempelajari gaya bahasa badan agar proses membantu ketika menjalankan sesi kaunseling lebih berkesan. Berdasarkan pengalaman yang saya pernah lalui ketika mengendalikan sesi kaunseling kelompok terdapat seorang ahli kelompok yang pendiam. Ahli tersebut tidak pandai mengekspresikan perasaan mahupun pemikirannya melalui percakapan. Penulis berasa sangat keliru ketika itu kerana penulis tidak tahu apa-apa yang bermain dalam pemikiran ahli tersebut malahan penulis tidak tahu maksud disebalik ekspresi wajahnya. Akhirnya, penulis meminta ahli kelompok tersebut melukis dan meminta beliau kongsikan tentang perasaan dan perkara yang bermain dalam pemikirannya. Akhirnya, beliau sudi berkongsi walaupun tidak banyak yang diluahkan.

     Berdasarkan pengalaman tersebut penulis menyedari kepentingan untuk mempelajari komunikasi melalui bahasa badan. Pada pendapat penulis perkara yang paling utama adalah belajar memahami ekspresi wajah. Wajah merupakan sesuatu yang melambangkan keperibadian dan akhlak seseorang. Wajah juga mampu memberi beribu makna kepada orang sekeliling yang memandangnya. Hal ini kerana, apa-apa yang ada dalam hati akan terpancar kepada wajah kita.Cuba kita berdiri selama seminit di hadapan cermin. Kira berapa banyak mimik muka yang dapat dihasilkan. Tanpa kita sedar, wajah kita mencipta seribu makna. Ia juga dapat melahirkan sejuta maksud. Maksud dapat difahami dari mimik muka. Muka kita tetap berbicara walaupun kita tidak mengucap sepatah kata pun (Syahrul, 2013).

      Menurut Syahrul (2013) kajian tentang ekspresi wajah sudah melebihi 130 tahun. Ia diasaskan oleh Charles Darwin pada tahun 1872. Selain itu topic ekspresi wajah menjadi bahan kajian Dr. Paul Ekman, professor psikologi dari University of California, San Fransisco sejak 40 tahun lalu. Penyelidikannya membuktikan terdapat enam ekspresi wajah yang piawai di seluruh dunia iaitu:


Takut

Meluat

Terkejut

Marah

Sedih

Gembira

Sumber: google

            Secara kesimpulannya, segala isi hati seseorang individu akan bocor melalui ekspresi wajah.  Wajah tidak akan mampu berbohong. Hal ini kerana, emosi akan mempengaruhi ekspresi wajah seseorang. Jika seorang kaunselor bijak membaca ekspresi wajah, ia akan membantu keberkesanan dalam proses sesi kaunsel)ing.

Sekian, terima kasih

Rjukan

Syahrul Nizam Junaini. (2013). Seni bahasa badan. Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.

Nur Akalili Khairah Binti Ishak (45093)

No comments:

Post a Comment