Monday, May 25, 2015

Releasing Stress through the Power of Music






Sumber: https://www.google.com


Siapa yang tidak pernah mengalami tekanan atau lebih suka kita katakan “STRESS”? Saya suka berkongsikan mengenai tekanan kerana saya selalu mengalami tekanan, boleh dikatakan hampir setiap hari dilanda tekanan, walaupun tahap tekanan masih boleh dikawal. Kata orang tidak sah hidup sebagai pelajar sekiranya tidak dilanda tekanan. Saya percaya setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meredahkan tekanan, begitu juga dengan saya. Saya ingin berkongsikan sedikit tips bagaimana saya meredahakan tekanan yang saya alami setiap hari. Sudah semestinya ia melalui muzik atau lebih spesifik melalui lagu ataupun instrumen muzik. Saya seorang yang sangat suka akan muzik, seperti mendengar lagu, menyanyi dan bermain gitar. Perkara ini membuatkan saya tenang terutama ketika saya mengalami tekanan, tidak kiralah apa juga jenis tekanan. Saya selalu mendengar lagu setiap kali saya bangun tidur, mandi, dalam perjalanan ke kelas, semasa menunggu kedatangan pensyarah, belajar dan dalam apa juga yang saya lakukan kecuali tidur. Ia sememangnya memberi saya ketenangan dan secara jujur saya rasa hidup saya tak lengkap kalau saya tidak mendengar muzik atau menyanyi dalam setiap hari.
“Music is My Life”
Sumber: https://www.google.com

Menurut Collingwood (2007), mendengar muzik memberi kesan yang baik terhadap minda dan tubuh badan kita, terutama apabila kita mendengar muzik yang perlahan atau muzik klasik. Jenis muzik seperti ini mampu memberi kesan terhadap fungsi fisiologi, memperlahankan kadar denyutan jantung, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tekanan hormon.


Sumber: https://www.google.com

Terdapat 12 cara mengurangkan atau meredahkan tekanan dengan menggunakan muzik. (Fitzpatrick, 2014)
1.     Starting our right – Rise with Music
2.    Daily Medicine – Sing with Music
3.    Instrumental Moment – Play with Music
4.    Mantra – Reprogram with Music
5.    Emotion in Motion – Move with Music
6.    Traffic Jamming – Commute with Music
7.    On the Job – Work with Music
8.    A Sonic Diet – Meet with Music
9.    Active Listening – Tune in with Music
10.  Happy Hour – Recline with Music
11.  Getting in Sync – Unite with Music
12.  Daily Groove – Dance with Music


Collingwood, J. (2007). The Power of Music To Reduce Stress. Psych Central. Retrieved on March 24, 2015, from http://psychcentral.com/lib/the-power-of-music-to-reduce-stress/000930
Fitzpatrick, F. (2014). Helpguide.org. Retrieved from 12 Ways to Reduce Stress with Music: Retrieved on March 24, 2015, from http://www.helpguide.org/articles/stress/12-ways-to-reduce-stress-with-music.htm

https://www.google.com                                                    

Farhanna Binti Francis (41199)

4 comments:

  1. Good jobs Anna, I am attracted by your topic as I love music. Some sharing from here, sincerely, I agree with Anna, as I used to follow this way (listening to music and singing out) to reduce stress. As we know, counselling is not an usual and easy subject. Sometimes, it really overloads my ability, so music can be one of my best friend. I feel calm when I listen to my love song by earphone and sit besides the Unimas lake during nighttime, However, I believe that everyone have their own to distress, so friend. if you think that this method works on you, go ahead ^^ Love music, love life.

    From
    Tan Yao Xiong
    44370

    ReplyDelete
  2. Good jobs Anna, I am attracted by your topic as I love music. Some sharing from here, sincerely, I agree with Anna, as I used to follow this way (listening to music and singing out) to reduce stress. As we know, counselling is not an usual and easy subject. Sometimes, it really overloads my ability, so music can be one of my best friend. I feel calm when I listen to my love song by earphone and sit besides the Unimas lake during nighttime, However, I believe that everyone have their own to distress, so friend. if you think that this method works on you, go ahead ^^ Love music, love life.

    From
    Tan Yao Xiong
    44370

    ReplyDelete
  3. Saya memang selalu dengar lagu, menyanyi dan menari bila saya stress.... Saya dapat rasa satu energy yang lain bila saya menyanyi walaupun suara xsedap, hentam saja yang penting puas hati... Adakalanya bila tengah bersedih, dengan mendengar muzik boleh memulihkan emosi saya... TQ for the sharing..saya mau try dengar lagu-lagu yang ada dalam list di atas.... :)))

    ReplyDelete
  4. Nice sharing ana!! Saya pun suka dengar lagu terutama lagu Taylor Swift..haha.. Bagi sy musik memberi ketenangan.. Sy selalu juga menyanyi dalam kereta semasa drive pulang rumah dari kelas, walaupun suara tidak sesedap kmu, tapi sy tetap ingin menyanyi untuk meluahkan emosi atau perasaan sy.. hahaa..

    Melissa Wong
    42045

    ReplyDelete