Monday, May 25, 2015

SERLAHKAN DIRIMU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sumber: Google
           
        Tajuk “Serlahkan dirimu” ini adalah berkenaan dengan keyakinan diri. Keyakinan ialah perasaan atau kepercayaan merasakan dirinya mampu  lakukan sesuatu yang baik atau berjaya di dalam sesuatu perkara. keyakinan membolehkan anda menggambarkan diri anda dalam keadaan yang baik dan cekap. Selain itu, keyakinan amat sinonim untuk setiap golongan tanpa mengira usia. Keyakinan seperti pra-komunikasi di dalam perhubungan individu terhadap persekitaran dirinya. Tanpa pra-komunikasi ini ia akan menimbulkan masalah seperti berikut:

1. Tidak mempercayai kebolehan diri
2. terlalu pemalu
2. Perasaan takut untuk mencuba
3. Mudah berputus asa
4. Terlalu berasa rendah diri terhadap pencapaian yang telah dilakukan
5. Melakukan sesuatu hanya untuk menyenangkan orang lain. (to please others)
6. Negatif terhadap segala kegagalan pada masa yang lalu

            Bagi pendapat saya, saya merasakan melalui isu keyakinan diri ini, akan membentuk pelbagai masalah yang akan berlaku diri kita sendiri atau diri klien. Hal ini dapat menjejaskan kebolehan diri dan cita-cita masa akan datang kerana terbelenggu dengan masalah tersebut. Oleh itu, saya menyediakan sedikit cara-cara dalam menangani masalah keyakinan diri seperti berikut :

1. TIP PERTAMA: SENYUM

Sumber: Google

            Senyum dapat membina perasaan gembira. Perasaan gembira akan memupuk perasaan yang baik terhadap diri sendiri. Berikutan perihal itu, ia mampu dalam memanipulasikan perasaan gembira. Keyakinan diri juga dapat dipupuk dengan menanam perasaan sayang dan cinta pada diri sendiri. Terlalu banyak kelebihan senyum ini untuk perkembangan diri kita. Antara kelebihan senyum boleh dilihat di ruangan rakan saya telah tulis di  link ini : Klik sini

2. TIP KEDUA :  PAKAIAN MELAMBANGKAN KEYAKINAN

Sumber: Google
         
   Memakai pakaian yang cantik dan kemas ke tempat kerja, kuliah atau pusat membeli belah mampu menaikkan keyakinan diri. Namun pakain terbaik tidak semestinya pakaian sahaja namun boleh juga menjadi kasut, aksesori, gaya tudung atau rambut dan juga solekan. Menggunakan kaedah objektif secara luaran juga menambah keyakinan diri kita kerana dapat merasakan diri kita dalam keadaan yang baik.

3. TIP KETIGA :  TIDAK MEMBANDINGKAN DIRI

Sumber: Google
            
          Perbandingan diri terhadap individu lain dalam aspek positif tidak menjadikan perbandingan sebagai suatu kesalahan. Namun sekiranya perbandingan tersebut membawa kearah negatif maka ia akan mengurangkan keyakinan diri kita dan merasakan diri kita tidak sempurna seperti orang lain. Oleh itu, tanamkan diri bahawa tiada manusia sempurna dan menjadi diri sendiri adalah yang terbaik!


4. TIP KEEMPAT : SENARAI 10 PERKARA YANG ANDA SUKA PADA DIRI SENDIRI


Sumber: Google

            Apakah yang saya suka terhadap diri sendiri? 


Pernahkah anda bertanya soalan tersebut kepada diri sendiri? Sekiranya belum, mari kita lakukan senarai 10 perkara yang anda suka pada diri sendiri. Mungkin anda sendiri ada kelebihan yang diri kita sendiri tidak ketahui dan tidak sedar sebelum ini. Tetapi sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti kelebihan yang diri anda ada, mungkin boleh bertanya kepada rakan-rakan rapat. Selepas daripada menyenaraikan perkara yang anda suka pada diri sendiri, anda boleh menampal kertas tersebut di ruang yang anda selalu nampak, atau mengambil gambar dan meletakkannya di Facebook, Instagram atau Twitter 

Kesimpulan : Untuk memupuk keyakinan dalam diri mungkin mengambil masa yang lama namun dengan usaha yang gigih, saya pasti ia akan menjadi satu batu loncatan untuk diri kita menjadi berjaya kerana keyakinan diri kita. Saya akhiri dengan gambar saya bersama rakan-rakan saya.


BOOST YOUR CONFIDENCE WITH YOU FRIENDS MAY STRENGTH YOUR PERSONALITY

Sekian, terima kasih


NAMA          :  SITI NUR ATIQAH BT KHAIRUL ANUAR
MATRIC ID. : 44158


3 comments:

  1. Saya sangat suka topik ini!! Saya dalam proses kearah ini..haha.. tips yang diberikan sangat simpel dan mudah utk diaplikasi.. Saya selalu membuat tips ke 4 iaitu menyenaraikan 10 perkara yg saya suka tentang diri saya..I Love my self!!

    ReplyDelete
  2. Saya sangat suka topik ini!! Saya dalam proses kearah ini..haha.. tips yang diberikan sangat simpel dan mudah utk diaplikasi.. Saya selalu membuat tips ke 4 iaitu menyenaraikan 10 perkara yg saya suka tentang diri saya..I Love my self!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anna,

      yay, kita sama-sama dalam proses untuk meningkatkan keyakinan diri. good luck Anna. :)
      Its feel good when we love ourselves right? Keep it up. May good thing come around you.

      - Atiqa anuar (44158)

      Delete