Sumber : Google
Perkataan "hypnosis" telah diperkenalkan oleh
James Braid, iaitu seorang doktor yang ternama di England. Sebelum itu, hipnosis dikenali
dengan nama Mesmerism / Magnetism. Hipnosis berasal dari perkataan
"hypnos" iaitu nama dewa tidur orang Yunani. Namun keadaan hipnosis bukanlah
seperti keadaan orang yang sedang tidur. Orang yang sedang tidur tidak
menyedari dan tidak boleh mendengar suara-suara disekitarnya tetapi orang yang
berada dalam keadaan hipnosis masih boleh mendengar dengan jelas dan bertindak
balas terhadap maklumat yang diterimanya, meskipun tubuhnya sedang dalam
keadaan rehat (seperti tidur). Selain itu, hipnosis juga ialah satu proses
untuk memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya
mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua - dua pihak. Biasanya, proses
ini digunakan untuk tujuan perubatan,
membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.
Hipnosis hanya dapat dirasakan apabila individu
tersebut mengizinkan dirinya untuk mengalaminya. Contohnya, ketika seseorang
itu membaca novel atau menonton filem, dan mengizinkan dirinya untuk
terpengaruh oleh filem atau hanyut dalam cerita novel tersebut. Kebanyakan
orang beranggapan bahawa hipnosis adalah cara untuk menguasai fikiran seseorang
namun ianya adalah seni atau proses untuk meneroka dan mengelola fikiran. Pakar
hipnosis tidak mempunyai kekuatan ajaib untuk mengendalikan pemikiran seseorang
itu. Sekiranya seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk menonton filem, maka
seseorang itu juga tidak boleh dipaksa untuk dihipnosis.
Masyarakat selama ini menganggap bahawa hipnosis /
hipnoterapi tidak rasional, dan sesuatu yang ghaib serta berunsur mistik.
Padahal, hipnosis sebenarnya merupakan fenomena rasional dan ilmiah,
supernatural, dan sama sekali tidak bertentangan dengan akal sihat. Oleh itu,
hipnosis bukanlah ilmu hitam mahupun ilmu sihir.
Sumber :
Google
Manfaat hipnoterapi?
Hipnoterapi boleh memberi manfaat kepada banyak
pihak dan berperanan dalam bidang kecantikan, kedoktoran, kesihatan tubuh dan
fikiran, masalah psikologi, masalah anak dan remaja, perkembangan diri, masalah
seksual, dan juga boleh dijadikan sekadar hiburan dan rekreasi mental. Hasil proses
terapi yang saya pernah jalani sebelum ini telah membuatkan saya faham bahawa
kunci perubahan sebenarnya ada di fikiran bawah sedar kita. Anda sendiri juga
boleh mengubah diri anda menjadi apa pun yang anda inginkan, asalkan anda
ikhlas dan bersetuju untuk mengubah program fikiran yang tertanam di Fikiran
Bawah Sedar anda.
Setiap manusia yang normal mempunyai kemampuan untuk
mengalami hipnosis sekiranya individu tersebut ingin dan ikhlas untuk mengalami
hipnosis. Bagi seseorang yang tidak ingin dihipnosis, maka individu tersebut
boleh menolak dengan cara mengabaikan semua yang diperkatakan oleh hipnotis (orang
yang melakukan hipnosis atau “ahli hipnosis”). Hipnosis sebenarnya adalah
fenomena mental semula jadi.
Saya pernah menjalani sesi bersama hipnotis sebelum
ini untuk menghilangkan fobia saya. Fobia saya itu biarlah rahsia ya. Tapi
sememangnya rasa fobia saya itu beransur-ansur hilang dan kini saya merasa
selesa dan lebih tenang. Sebelum saya mengalami proses hipnosis, saya
sebenarnya merasa takut. Banyak benda yang bermain dalam kepala saya. Saya
takut sekiranya apa yang saya tidak ingin orang lain ketahui akan terbongkar.
Namun, setelah saya mengalami dan berada dalam proses hipnosis, saya merasa
tenang, lega dan semakin merasa seronok untuk menjalankan sesi tersebut.
Syukur, dengan menjalani beberapa sesi bersama hipnotis, rasa fobia saya itu
beransur pulih dan sekarang saya tidak lagi merasa terganggu dengan fobia saya
sebelum ini. Melalui pembacaan saya tentang hipnoterapi, proses hipnosis ini
sebenarnya mampu “re-programming” minda dan fikiran kita. Oleh itu, sejak saya
sendiri mengalami proses hipnosis tersebut, saya berminat untuk mendalami lebih
lagi tentang proses hipnoterapi ini.
Bahagian yang paling saya suka
semasa proses hipnosis ialah bahagian terakhir kerana sejurus saya membuka
mata, saya pasti merasa sangat lega kerana saya merasakan bahawa ion-ion
positif sedang berlegar-legar di dalam tubuh badan saya. Saya tahu bagaimana
perasaan orang yang gembira dan saya gembira melihat orang lain gembira dan
tertawa. Oleh itu, saya selalu berharap agar saya dapat menggembirakan orang
lain. Setiap hari apabila saya bangun di awal pagi, saya akan tanamkan azam
untuk membuat yang terbaik untuk sepanjang hari tersebut. Apabila saya
melakukan kesalahan atau membuat orang lain tersinggung, maka saya akan
berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut untuk hari esoknya. Kerana saya
percaya bahawa setiap manusia pasti ingin dihargai. Sehingga hari ini saya
pegang kata-kata Ayah saya iaitu ayat yang diambil daripada Alkitab yang
berbunyi “Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan
siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu”. Bukan
bermaksud untuk ditindas tetapi kita harus berbuat baik terhadap semua orang agar
mereka juga berbuat baik terhadap kita.
So,
be happy guys! Tanamkan sifat positif dalam diri kita agar apa yang berada di
sekeliling kita akan merasakan aura positif dari dalam diri kita. Ingat! Jangan
biarkan diri kita dipengaruhi oleh keadaan persekitaran kerana kita sendiri
yang mengawal keadaan dalam diri kita.
Sekian,
perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat!
Sumber : Google
Rujukan
Neldoralee
Binti Jikah
42654
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood night Dora, I wonder is that any potential risk of using hypnotherapy? Then, is that any consideration that we should concern with? As I did involve in hypnotherapy previously with my religious teacher. The way she conducted was based on religious method, but I could not get into full hypnosis. That's a terrible experience for me, as I was like seeing something that I don't wish to see.
ReplyDeleteFrom
Tan Yao Xiong (Ah Bear)
44370
Good night Ah Bear.. sebenarnya sebelum ini saya berfikir juga sma seperti apa yg Ah Bear fikirkan..tetapi apabila sy merasa dan melalui sendiri pengalaman untuk mengikuti sesi tersebut,bnyk input yg sy dapat.. seperti apa yang saya nyatakan dalam entry sy, kita tidak boleh dipaksa untuk dihipnosis sekiranya kita tidak ingin dihipnosis.. Hipnotis sy sebelum ini juga ada menyatakan bahawa sesi itu tidak akan berjaya sekiranya salah satu pihak tidak memberikan komitmen.. mungkin apa yg Ah Bear alami sblm ini agak sedikit berbeza drpd cara yg saya pernah ikuti namun setiap kita mempunyai penerimaan yg berbeza2 dan cara hipnotis juga sememangnya berbeza..Tp satu yg saya ingin katakan pd Ah Bear, jgn takut utk melalui pengalaman seperti ini..namun, sekiranya Ah Bear tdak bersedia so ada baiknya kumpulkan semangat dlu ya supaya Ah Bear lbh bsdia dan fokus serta tidak was-was.. Terima kasih Ah Bear!
DeleteTerima kasih Dora, mungkin masa tu saya tak bersedia, dan mungkin trust dengan religious teacher tu tak ada, so menang susah nak masuk hipnosis. Walaupun, teknik ini berkesan untuk meningkatkan kesedaran saya terhadap isu yang dihadapai, tetapi memang tidak selesa dengan itu
DeleteFrom Bear
Terima kasih Dora, mungkin masa tu saya tak bersedia, dan mungkin trust dengan religious teacher tu tak ada, so menang susah nak masuk hipnosis. Walaupun, teknik ini berkesan untuk meningkatkan kesedaran saya terhadap isu yang dihadapai, tetapi memang tidak selesa dengan itu
DeleteFrom Bear
Perkongsian yang sngat bagus dora. Sebelum ini sy selalu mendengar perkataan hipnosis, tetapi kurang jelas dengan maksud yang sebenarnya. terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeletefrom :
Nor Aisha
42798
Perkongsian yang sngat bagus dora. Sebelum ini sy selalu mendengar perkataan hipnosis, tetapi kurang jelas dengan maksud yang sebenarnya. terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeletefrom :
Nor Aisha
42798
Perkongsian yang sngat bagus dora. Sebelum ini sy selalu mendengar perkataan hipnosis, tetapi kurang jelas dengan maksud yang sebenarnya. terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeletefrom :
Nor Aisha
42798
Sama2 Aisha.. sememangnya sharing is caring ya.. haha!
DeleteSama2 Aisha.. sememangnya sharing is caring ya.. haha!
DeleteHi Dora,
ReplyDeleteSebenarnya saya amat tertarik dengan hipnoterapi melalui penceritaan kamu dahulu. Bagi saya, ia memberi eluang kepada kita untuk melangkah dari satu fasa yang gelap ke fasa yang lebih cerah dan lebih memberi keyakinan. Sewaktu kamu menceritakan dulu, saya amat tertarik dan kalau diberi peluang untukmerasai sendiri hipnoterapi ini, ia sangat mengujakan saya. Bagi saya, saya mampu untuk keluar ke satu fasa yang sebenarnya saya sendiri mahu tinggalkan. Its a good sharing Dora! :)
Siti Nur Syahirah Saad (syee)
44167
Yaa Syee.. bagi sy secara peribadi memang banyak membantu sy utk keluar dr keadaan yg sememangnya membebankan sy selama ini.. apa yg pntg kita ikhlas utk lakukan sesuatu bnda tu ya.. o ya satu lg sy mau share, melalui hionoterapi ini jg secara tidak langsung sy rasa semakin termotivasi dan membuatkan sy selalu bfkir bnda yg positif kerna melalui sesi ini saya banyak belajar tentang aura positif itu.. Terima kasih Syee!
DeleteDo, sekali baca entri ko nie terus saya macam mau try pula hipnoterapi nie...Nanti cuti nie mau buat appointment dengan Encik Azmil la :D
ReplyDeleteHaha..dipersilakan Alyaaaa...mmg best ba..try something new! ahaa..buatla appoinment ahh...
Delete