Monday, May 25, 2015

MENJADI POSITIF


https://s-media-cache-ak0.pinimg.com
Hari-hari kita melalui kehidupan,pasti pelbagai rencah rasa bercampur aduk dalam hati.Adakala kita dilanda kebosanan mengulang perkara sama hari demi hari,kadang-kadang rasa marah dengan orang yang tidak pernah cuba untuk memahami kita tapi selalu memaksa untuk kita memahami mereka,rasa sedih kerana merasakan kita ditakdirkan untuk dilahirkan sebagai seorang yang gagal.Masalah berterusan hadir bertimpa-timpa.Seribu satu rencah rasa jika diadun mungkin menjadi sepinggan hidangan yang mempunyai beribu rasa. Fitrah insan,apabila kita tersungkur kegagalan,air mata sudah tumpah berbaldi-baldi,pasti tiba-tiba fikiran kita akan menerawang memikirkan nasib diri,ketika inilah pilihan terletak di tangan kita.Sesetengah individu memilih  untuk berkongsi masalahnya dengan orang lain ,namun ada sesetengah lagi yang memilih untuk menyelesaikan masalahnya sendiri.Memilih individu yang tepat adalah penting supaya masalah yang dihadapi tidak merebak menjadi makanan utama diri.Inilah keperluan penting untuk kita berkongsi masalah dengan kaunselor.Mereka sememangnya mempunyai kepakaran dalam bidang ini.Seandainya kita memilih untuk menyelesaikan sendiri masalah kita,kewarasan akal haruslah diletakkan  sebagai keutamaan,jika tidak pasti ketidakwarasan akal yang akan memandu kita.
            Jalanilah kehidupan yang berteraskan gaya hidup yang sihat. Pastinya,setiap penganut agama yang taat pada agamanya percaya amalan kerohanian memandu kepada  kehidupan yang tenang.Selain itu,berminda positif juga akan membuatkan kita tenang walaupun diri sedang berhadapan dengan seribu masalah. Sekiranya sahaja kita mendengar kata-kata positif, sudah pastinya di minda kita akan dipenuhi dengan perkara yang baik-baik sahaja. Dalam menjalani arus kehidupan yang penuh dengan dugaan ini, manusia sudah semestinya tidak dapat lari daripada masalah yang pastinya akan membebankan mereka sehingga bagi yang tidak kuat menghadapinya mampu untuki jatuh tersungkur namun percayalah dengan hanya berfikiran positif, masalah yang dihadapi bukan sahaja dapat dihadapi dengan tenang namun masalah itu sendiri mampu untuk menjadi pendorong kearah kejayaan seseorang manusia.
              Namun begitu,terdapat beberapa prejudis yang telah diletakkan oleh masyarakat ke atas kaunselor.Masyarakat menganggap kaunselor sebagai seorang yang sentiasa bebas daripada masalah sehingga mampu membuatkan mereka mendengar masalah orang lain.Hal in sebenarnya bagi penulis sendiri mampu membuatkan penulis susah untuk menjadi positif.Namun begitu,melalui pembacaan penulis berjaya mendapat beberapa tips yang dapat dikongsikan dalam menjadikan diri kita seorang yang positif, antaranya:

1) Setiap hari, pilihlah sebuah kata-kata hikmah yang mempunyai kata-kata yang positif. Tulis kata-kata hikmah tersebut dan letakkanlah ianya di tempat yang mudah untuk and baca antaranya di dalam poket, di dashboard kereta, di cubicle tempat anda bekerja ataupun di tempat makan. Sebatikan kata-kata hikmah tersebut dengan diri anda setiap hari dan percayalah anda akan rasa perubahannya untuk setiap hari anda.
2) Setiap pagi, bercakaplah di hadapan cermin kata-kata semangat serta kata-kata yang positif sambil tersenyum. Tahukah anda, walaupun kita sedang bersedih tetapi sekiranya otak kita melihat kita tersenyum maka dia akan mengeluarkan hormone yang akan menyebabkan kita gembira sehingga tidak langsung kita juga akan berasa sangat gembira.
3) Belajar untuk memberi. Sekurang-kurangnya di dalam seminggu, anda luangkanlah masa anda untuk memberi sumbangan kepada orang lain secara ikhlas. Jangan mengharapkan balasan dan perubahan yang anda alami dalam diri anda pasti akan menjadi perubahan yang sangat mengagumkan.
4) Tandakan satu hari di dalam seminggu sebagai ‘hari berfikiran positif’. Hapuskanlah segala kata ‘tidak dapat’,’tidak pernah’ atau kata-kata yang seumpama dengannya. Secara amnya buang terus kata tidak untuk hari tersebut agar anda dapat belajar untuk menemukan kejayaan selain daripada berterusan memberi alasan.

Ingin Berjaya??!!, Kuncinya, jangan sesekali membenarkan fikiran kita berfikir negatif. Buang jauh-jauh segala cabaran yang kita rasakan menjadi halangan untuk kita berjaya.Akhir sekali,letakkan diri pada  matlamat akhir kehidupanmu,tatkala diri dihuni perasaan buntu,pasti kamu akan lebih positif menghadapi hidupmu. Anggap masalah sebagai cabaran pasti kau akan kuat   menghadapi masa depan. Sekian,yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari saya.Sekian sahaja untuk entri kali ini. In sha Allah ada kesempatan kita berjumpa lagi dengan entri yang lebih informatif lagi.Akhir kata, saya sudahi dengan entri ini dengan kata-kata semangat yang saya suka "Think positive and positive things will happen".

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com

Ikhlas,
Nur Aqilah Binti Azis (43040)


Sumber : Kumpulan materi bimbingan dan konseling Penerbit  Tim Paramitha Publising Yogyakarta 2011







8 comments:

  1. topik ni best laa,,,rasa dekat di hati je,,,informasinya menarik...hidup positif tu kan kunci bahagia...hehe... :) tapi akak nak komen sikit eak,,sikiiiit jeee,,, ;D kalau qilah bagi tajuk lagi gempak,,,tambah foto-foto comel,,,for sure laa...lagi,,,lagi,,,dan lagi fantastic!! hee,, jangan marah eak,,harap komen ni membina,,, :)

    by : nurul saidah mat adbi - 43615

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bagus...think positive...tapi kalau terlalu positif pon macam susah jgk kan?...konklusinya, timbang tara lah sesuatu dengan bijak..tq atas perkongsian...hehehe..peringatan untuk diri ini juga.

    ReplyDelete
  3. gantung gambar ibu bapa ditempat yang paling kita senang nampak. In syaa allah semuanya mudah dipositifkan kecuali....negatif filem..sampai bila pon xboleh positip ;p

    ReplyDelete
  4. Semoga penulis dapat melaksanakan apa yang penulis tulis iaitu untuk sentiasa berfikiran positif dan influence rakan-rakan seperjuangan dalam bidang kaunseling untuk berfikiran positif bersama. All the best!

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan penulis. Kita mesti bersikap positif terhadap apa sahaja yang berada di sekeliling kita dan juga diri kita sendiri. Amalkan dalam hidup penulis itu sendiri agar sentiasa sabar menempuhi apa sahaja cabaran yang mendatang. :)

    Nor Aisha
    42798

    ReplyDelete
  6. Sy suka perkongsian ini.. kita sememangnya perlu sentiasa bersikap dan berfikiran positif untuk meyakinkan kita dengan apa jua situasi yg kita hadapi.

    Melissa wong
    42045

    ReplyDelete
  7. Sy suka perkongsian ini.. kita sememangnya perlu sentiasa bersikap dan berfikiran positif untuk meyakinkan kita dengan apa jua situasi yg kita hadapi.

    Melissa wong
    42045

    ReplyDelete
  8. Hi leader Qila, hihi

    banyak input tiqa dapat dalam entri qila. Entri ni dapat memberi sedikit insight untuk diri tiqa untuk menjadi seorang lebih positif. Bagi saya tips yang diberikan qila sangat bagus dan boleh dilakukan mengikut kemampuan individu. Good Job !

    - your co-leader
    Atiqa Anuar (44158)

    ReplyDelete