Senyum?
Semua orang tahu senyum itu apa dan bagaiman cara nak senyum kan? Senyuman
boleh memupuk sebuah perhubungan dan mengeratkan lagi perhubungan yang sedia
ada. Malahan senyuman mempunyai kuasa yang hebat, iaitu boleh membuatkan orang
yang sedang marah menjadi tenang. Namun begitu, senyuman mempunyai banyak
maksud yang tersirat dan hanya yang memberikan
senyuman itu sahaja mengetahui maksud disebaliknya. Pelbagai jenis
senyuman yang ketahui, antaranya adalah senyum kambing, senyum mengejek dan
senyuman manis. Senyuman boleh mempengaruhi emosi orang yang melihatnya. Bagaikan
lagu M. Daud Kilau :
sumber: youtube
Senyumlah, senyumlah
Ahai cik mek molek
Senyumlah, senyumlah
Ahai cik mek molek.
sumber: google |
Senyuman mempunyai kuasa untuk mempengaruhi
seseorang individu dan dalam konteks kaunseling, senyuman yang diberikan oleh
seorang kaunselor mampu untuk membuatkan klien lebih yakin dan percaya dengan
kaunselor. Saya akui sebagai seorang kaunselor sepatutnya muka yang manis perlu
di pamerkan kepada klien walaupun sedang berada dalam konfliks.
Di sini saya nak kongsikan pengalaman saya, yang
mungkin membuatkan anda semua berfikir banyak kali untuk tidak senyum selepas
ini. Berdasarkan pengalaman saya, pernah sekali saya mulakan hari saya dengan
muka yang masam apabila bangun pagi dan sepenjang hari saya semua pekerja yang
saya lakukan tidak menjadi, malah makin teruk. Hal ini menyebabkan, keadaan
saya sepnajng hari itu sangat teruk dengan keadaan emosi yang tidak stabil.
Orang disekeliling saya juga tidak berani untuk mendekati saya. Namun begitu,
hari seterusnya saya mulakan hari saya dengan senyuman ketika awal pagi setelah
bangun tidur, cuba teka apa yang terjadi? Hari saya berjalan lancar dan semua
pekerjaan yang saya lakukan menjadi. Orang disekeliling saya juga turut ceria
dan paling tidak saya sangka saya berjaya membantu klien saya mencari jalan
menyelesaikan isu beliau. Disamping saya mendapat klien baru yang tertarik
dengan gaya saya yang ceria, serta beliau mempercayai saya untuk membantu
beliau.
Sekarang dah nampak kenapa kita perlu senyum? Serta
bagaimana senyuman itu boleh membina sebuah hubungan? Jadi jangan lupa senyum.
sumber: google |
45057
bila tengok video Cek Mek Molek rasa macam mau gelek pula....Asma silakan demo gelek kedah...hahahaha
ReplyDeleteYaaa!! Keep it up Asma..good sharing actually.. sememangnya senyuman itu mampu mengubah sesuatu ya.. Apapun keadaan tetaplah tenang dan sentiasa senyum..dan paling pnting, bsyukur atas segala keadaan!
ReplyDeleteAsma, remember to smile everyday like what you do right now.. It is a positive power that influences surrounding people to be happy. Let's smile and laugh together, ahahahaahahahahahahaahaha!!!!
ReplyDeleteFrom
Tan Yao Xiong
44370
Good job asma!! Memang sesuai tajuk ni dengan kamu.. Perkongsian yg sangat menarik.. kita harus sentiasa senyum & tenang dlm mhadapi apa jua cabaran di luar sana..
ReplyDeleteAsma, remember to smile everyday like what you do right now.. It is a positive power that influences surrounding people to be happy. Let's smile and laugh together, ahahahaahahahahahahaahaha!!!!
ReplyDeleteFrom
Tan Yao Xiong
44370
Asma, senyumanmu menawan kalbu. hihi satu hari asma tak senyum tu bukan asma. hehe suka self disclosure asma dengan topik tu, rasa tajuk ni sesuai sgt sgt dengan asma and suka gambar terakhir tu, :)
ReplyDelete-Atiqa Anuar (44158)