Wednesday, May 20, 2015

TERAPI SENI KREATIF DALAM PERKHIDMATAN KAUNSELING


Assalamualaikum w.b.t...Hai semua =) Apa khabar? Diharap berada dalam keadaan yang sihat hendaknya ya =)


Entri kali ini adalah berkaitan dengan Terapi Seni Kreatif dalam pengendalian sesi 
kaunseling. Saya yakin, ada yang mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan terapi ini. 
Pada 12 Mei 2015 yang lalu, saya telah menghadiri Program Sarawak Peer Colloqioum (SPC'15) anjuran 
Pelatih kaunselor Tahun Tiga UNIMAS. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada komuniti yang terlibat dalam perkhidmatan kaunseling.            

Terdapat beberapa bengkel pilihan yang telah disediakan bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kaunseling. Seterusnya, saya dan rakan-rakan telah memilih bengkel Terapi Seni yang telah dikendalikan oleh seorang pensyarah kaunseling UNIMAS. Beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan mempunyai kemahiran dalam Terapi Seni yang cukup hebat.Beliau dikenali sebagai Encik Merikan Aren. Ada yang kata, beliau seperti ahli silap mata. Mana tidaknya,
daripada apa yang saya dan ahli lain lukis beliau boleh meninterpretasikan lukisan tersebut dan setiap interpetasi tersebut benar belaka. 
Terdetik pula hati saya untuk menjadi seperti beliau pada suatu hari kelak..Doakan ya! =) 

 Penggunaan Terapi Seni boleh digunakan semasa pengendalian sesi kaunseling kelompok ataupun individu. Ianya merupakan satu terapi berfungsi sebagai alat diagnosis untuk menganalisis lambang visual seperti 
lukisan. Melalui terapi seni ini juga kita boleh membina kemahiran sosial, mengubah tingkah laku, meningkatkan kesedaran diri serta menyelesaikan konflik emosi.

Terdapat beberapa jenis terapi seni antaranya adalah:

Mewarna/ melukis
Penulisan Jurnal
Penceritaan/ Pembacaan h
Gambar, kad, postcard yang kreatif
Penulisan kreatif seperti sajak dan Surat

Aktivti sepanjang bengkel :


Bengkel kami diteruskan lagi dengan melakukan :
i. Non Directive Art Therapy
ii. Directive Therapy
iii. Mandala

Aktiviti Non Dretive Art Therapy

lMerupakan satu pendekatan yang merujuk kepada tugasan yang tidak mempunyai spesifik mengikut tema. 
lPenceramah telah meminta kami untuk melukis apa sahaja yang terlintas dalam pemikiran kami pada masa
 sekarang. 
* Saya telah mendapat idea untuk melukis diri saya sendiri dan matlamat saya dalam bentuk peta minda. 
lSetelah itu, kami diminta untuk berkongsi bersama ahli kumpulan yang lain berkaitan dengan lukisan kami. 

Aktiviti Directive Art Therapy

  • Merupakan pendekatan yang merujuk kepada tugasan yang lebih spesifik mengikut tema.
  • Penceramah telah meminta kami untuk membuat curhat hati kami terhadap ibu bersempena  Hari Ibu
  • Penghasilan tugasan tersebut diberikan mengikut kreativiti peserta masing-masing. Sebagai contohnya, melukis wajah, tulisan sajak dan sebagainya. 
                    

  Dalam hati saya. wah! Ini senang sedikit..=)
lSepanjang sesi tersebut, penceramah telah memainkan musik yang berkaitan dengan ibu. Sejujurnya, aktiviti tersebut memberi kesan dalam diri saya dan rakan-rakan. 

Yang sebenarnya, Saya tak suka melukis. Lebih- lebih lagi saya tidak mempunyai bakat dalam bidang lukisan. 
Melihat gelagatkawan, saya mula jadi teruja dan sangat seronok. Apa salahnya saya mencuba kan? Bak kata pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta =) 


Mandala
  • Mandala berasal daripada perkataan Sanskrit sebagai bulatan
  • Mandala dalalm konteks terapi seni adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menghasilkan imej atau mewarnakan dalam bulatan material yang telah diberikan.
  • Kelebihan mandala ini adalah memberi keupayaan kepada klien untuk fokus, mengawal energi diri dan mengawal keadaan diri agar tenang daripada pelbagai aspek seperti emosi,mental dan fizikal. 
  • Mandala juga boleh diaplikasikan kepada klien yang mengalami Autisme kerana ianya membantu dalam memfokuskan diri klien dan menghasilkan keadaan yang tenang kepada klien. 
  • Mandala juga boleh digunakan sebagai alatan assessment untuk koordinasi tangan serta mata dan aktiviti mental klien.


** Saya sangat menyukai Aktivit Mandala kerana aktiviti ini telah membuat saya berada dalam keadaan yang sangat tenang.           
Saya juga sangat menyukai warna-warni dan warna yang agak terang mungkin sebab itulah saya mewarnakan mandala saya berwarna warni..* Lain individu, lain juga citarasanya...=)


Inilah hasil kerja saya dan rakan-rakan.. Nah!!
 Enjoy =)



Non-Directive Art Therapy



Mandala 

Peralatan yang digunakan :

i. Oil Pastel
ii. Soft Pastel
iii. Crayon
iv. Drawing set
v. Peralatan mewarna dan melukis


Pameran Peralatan Terapi Seni

ENJOY! =))






Gambar kenangan bersama En Merikan Aren


 Penggunaan Puppet sebagai pendekatan dalam Terapi Seni Kreatif





Sekian, Terima Kasih SPC'15
Kerana Pengalaman Ini Begitu Berharga



Salam Kasih Sayang,
Athiera Murad 



Rujukan : 

American Art Therapy Assosiation,
http://www.arttherapy.org/about.html

3 comments:

  1. Assalamualaikum Athierah. Saya suka entri anda mengenai art therapy kerana saya juga menyertai bengkel ini. Bagi saya bengkel ini sangat menarik kerana dengan lukisan kita mampu menangis mengenangkan ibu kita. Selain daripada itu, saya juga menyukai peralatan yang dibawa oleh Encik Merikan di bengkel ini. Antara peralatan yang paling saya suka adalah puppet dan pasir.. Terima kasih kerana membuat entri mengenai bengkel art therapy serta penerangan yang cukup jelas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Cik Aina,
      Terima Kasih diatas kesudian anda memberi maklum balas terhadap entri saya pada kali ini. Diharap, terapi seni yang telah wujud di Malaysia dapat membantu sedikit sebanyak sebagai alatan@ Tools untuk menerokai isu klien kelak .. =)

      Delete
    2. assalamualaikum..saya suka entri ini,,banyak maklumat yang saya dapat untuk tugasan saya. terima kasih.cuma,bolehkah saya tahu dengan lebih lanjut tentang mandala?saya telah mencari maklumat2 di internet,tapi saya masih tidak faham.bolehkah saudari ceritakan kepada saya dengan lebih lanjut tentang cara melaksanakannya?terima kasih

      Delete