Monday, May 25, 2015

Etika Dalam Kelompok
sumber: Google



            Secara umum, mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, etika merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli professional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Demikian di dalam kod etika ianya akan menyentuh berkaitan persoalan perlakuan betul dan salah. Menurut Francis (2009) etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi. Profession kaunseling juga merupakan satu kerjaya yang memerlukan tingkah laku yang mengikut etika ini.  Di dalam kod etika kaunseling , ia telah menggariskan 4 prinsip  utama dalam kaunseling, iaitu autonomi, bukan berbentuk kejayaan (nonmaleficence), kepatuhan , dan kebajikan. Autonomi merujuk kepada hak klien dalam membuat pemilihan.   Nonmaleficence adalah tindakan yang sepatutnya bagi menghindarkan klien dari mendapat kemudaratan. Kepatuhan pula ialah persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan klien dan terakhir kebajikan ialah sesi itu adalah demi kebaikan klien dan segala tindakan di dalam sesi adalah demi kebaikan klien itu sendiri. ( Pack-Brown & William, 2003).

 sumber: Google
            Dalam menjalankan sesi, pematuhan etika bukan sahaja harus diikut ketika membuat sesi individu malahan program bimbingan dan SESI KELOMPOK. Kaunseling Kelompok ialah proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang peserta. Mereka menilai diri dan situasi dalam usaha menukar sikap dan tingkah laku (Hansen, Warner dan smith, 1980). Demikian juga, menurut Corey (1990) kaunseling kelompok bertujuan untuk mencegah dan memulih. Dalam menjalankan sesi kelompok ini amatlah penting untuk menjaga etika. antara kepentingannya ialah memberi perlindungan kepada ahli terhadap tindakan yag boleh mendatangkan kesan negatif kepada klien, mempertingkatkan keberkesanan sesi disamping membantu perjalanan sesi, dan melindungi kaunselor jika terdapat kes yang melibatkan undang-undang.Menurut Ev. Asriningrum, M.K, Etika kaunseling kelompok bermaksud  suatu  aturan yang harus dilakukan oleh seorang kaunselor dan hak-hak klien yang harus dilindungi oleh seorang kaunselor. Dia telah membagi empat etika yang penting dalam kaunseling kelompok iaitu
 

1.   Professional Responsibilty : sepanjang sesi dijalankan kaunsepor harus bertanggungjawab terhadap klien dan dirinya sendiri. Dalam kata lain aunseing haruslah memberi sepenuh perhatian terhadap ahli di dalam kelompok. perhatian ini melibatkan emosi, tingkahlaku, kognitif, fizikal dan nilai ahli di dalam kelompok.
2.      Confidentiality : kaunselor wajib menjaga kerahsiaan klien
3. Conveying Relevant Information To The Person In Counseling : kaunselor haruslah membekalkan infiormasi berkaitan sesi dan modul yang digunakan kepada klien. Seorang klien berhak untuk mendapatkan informasi ini.
4.   The Counselor Influence : kaunselor haruslah menjaga tingkah laku dan sebagainya kerana kaunselor memberi pengaruh besar terhadap ahli. Pengaruh negatif dari kaunselor akan mencacatkan sesi.

Seperti sedia maklum, kod etika trut dipengaruhi oleh nilai-nilai dan moral. Maka kod etika ini boleh berubah asalkan ianya mendatang kebaikan kepada klien. Namun demikian  terdapat perkara yang di dalam etika yang bersikap universal. Dengan kata lain ianya mampu diterima sepanjang waktu seperti kelayakan ketua atau pemimpin ahli kelompok, pemilihan ahli kelompok, pembekalan informasi kepada kelompok, penyaringan peserta kelompok, kerahsiaan, penamatan atau berhenti dari mengikuti sesi, dan penilaian sesi. Seorang kaunselor kelompok akan dihadapi dengan maklumat yang banyak, hasil dari proses berkelompok. Ia memerlukan satu rangka untuk menyusun maklumat tersebut supaya membawa makna yang senang difahami, untuk membantu ahli menangani masalah yang di hadapi. Dengan itu, teori akan membantu kaunselor menyusun, memahami, melihat perkembangan proses kaunseling supaya dapat mencapai matlamat yang ditujui.Selain itu, kaunseling kelompok dapat membentuk peluang-peluang keemasan yang berlanjutan kepada klien bagi memperkembangan hubungan biasa dan positif dengan orang lain, Secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada ahli-ahli kelompok. Jesteru itu mematuhi etika amat penting dalam setiap kaunseling kelompok yang dijalankan. Etika akan membantu proses kaunseling kelompok itu sama ada berjalan lancar atau tidak. Mematuhi etika sedikit sebanyak akan mengurangkan isu-isu yang akan timbul dalam kaunseling kelompok nanti .

Dengan tertubuhnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan sebuah Lembaga Kebangsaan ia dapat mengawal dan menyelia amalan kaunseling di Malaysia. Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf profesional kaunseling di Malaysia.
45017
MUHAMAD AIEZATT ASRAF BIN IDRIS

No comments:

Post a Comment