Faktor pemakanan amat penting dalam kehidupan
seseorang. Hal ini demikian kerana
pemakanan dapat mempengaruhi otak untuk berfungsi dengan baik.Kita perlulah
mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Zat dan khasiat yang diserap daripada permakan
itu akan membantu otak untuk menjadi lebih baik. . Pakar pemakanan mengakui
bahawa terdapat zat tertentu atau sebatian kimia dalam sesuatu makanan amat
penting untuk fungsi otak manusia dan mengelakkan berlakunya kerosakan serta
ketidakupayaan kognitif seseorang.
Kenapakah ilmuwan Islam terdahulu memiliki otak genius dan
mampu menguasai pelbagai bidang? Corak pemakanan yang menepati pemakanan sunnah
harus diambil kira. Berbeza dengan budaya pemakanan masyarakat kita pada masa
sekarang. Kadangkala sensitiviti pemilihan makanan terbaik tidak wujud dalam
diri masyarakat kita sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan
datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan
apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?- HR Bukhari.
Terdapat pelbagai jenis makan yang bagus untuk minda. Antaranya
adalah coklat hitam. Coklat hitam dapat meningkatkan kemampuan otak dan
menejamkan pandangan. Penemuan terbaru ini merupakan hasil penyelidikan dari
University of Reading, Britain. Mereka menemui bahawa coklat hitam memiliki
banyak kandungan flavanol yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak. Hasil
kajian ini juga membuka spekulasi bahawa coklat hitam juga membantu
meningkatkan aliran darah ke retina untuk mempertajam penglihatan.
Selain itu, makanan sunnah seperti kismis juga baik untuk
minda. Hal ini demiian kerana kismis mempunyai khasiat untuk meraka yang
menghafal. Apabila makan kismis, kita akan lebih mudah untuk mengingat sesuatu.
Kismis juga mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan
oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Selain menajamkan minda, kismis
merupakan serat yang baik dan dapat dihadamkan dengan cepat untuk penghasilan
tenaga berfikir. Menurut Imam Al Zuhri,
barangsiapa yang inging menghafal hadith hendaklah mereka memakan anggur
kering. Selain daripada itu, terdapat banayak lagi makanan yang baik untuk
minda. Antaranya bijirin, kurma, buah delima, madu, susu segar, labu badam dan
banyak lagi makan berkhasiat untuk minda dan otak.
Jadi adalah menjadi satu kemestian bagi kita untuk menjaga
pemakan kerana gaya pemakanan amat penting dalam kehidupan. Hal ini demikian
kerana untuk menjaga tubuh badan dan minda supaya sentiasa sihat. Pepatah arab
ada menyebut, akal yang sihat terlebah pada badan yang sihat. Pemakan yang
tidak sihat akan menyebabkan seseorang itu tidak sihat den berisiko untuk
mendapatkan penyakit. Jadi, marilah sama-sama mengamalkan makanan minda untuk
minda yang sihat.
NUR DAYANA BINTI GAZALI
43084
Na, bagi-bagi makanan ke bilik sebelah.. Lebih afdal... :D
ReplyDelete